Tuesday, February 18, 2014

Pemandangan indah di Lenggong

Walaupun pekan Lenggong takde restoran makanan segera walaupun KFC, takde pasaraya besar walaupun The Store, Aneka mahupun Apollo....tetapi keindahan semulajadinya terjaga indah. Bagi yg mmg asal orang sini...ini adalah kebanggaan dorang. Mesti dorang tak malu mengatakan mereka berasal dari Lenggong, sebuah tempat yg telah diwartakan oleh UNESCO sebagai tapak warisan setelah penemuan rangka manusia yg paling tua dan hampir sempurna yg dikatakan telah hidup di zaman dari Paleolitik iaitu 10,000 - 11,000 tahun yg lampau.

Jom tengok gambar2 yg sempat kitorang amek di sekitar Lenggong.
Tp guna kamera hp aje lah pun, huhu. Tak bawak pun dslr ke, sony nex ke..
Suasana di sebahagian Tasik Raban...
Masih di lokasi yg sama tapi dari sudut yg berlainan..
Kemudian, kitorang pergi pulak ke Durian Pipit...di tempat jeti utk seberang ke homestay kg. Beng.
Tak sangka...mmg tak rugi pun kitorang sengaja meronda kat dalam kawasan tu.

Pokok2 yg kering...menghadapi musim luruh. Satu keistimewaan pokok2 ni wlpn negara kita takde pun musim luruh ni, sebenarnya. Pokok2 getah yg nampak hampir kontang tetapi akan pulih berdaun hijau semula nanti. Itulah kebesaran Ilahi.
Aku soh abang berposing kat sini, hehe.
Kiri kanan jalan masuk ke kawasan jeti tu dipenuhi ngan pokok2 kering gini..
Jom kita teroka lagi....teruskan perjalanan.
Wahh...kalo ada dslr ni...mesti leh nampak ton2 kaler pepohon kering kat depan nuuuu...
Ni ler yg dorang dok kata pokok seringan ni. Katanya, kalo amek daunnya direbus dan dibuat mandi...badan akan rasa ringan2. Takde ler lesu dan M...MALAS, hehe..
Di seberang tasek ke...sungai ntah..tak tau status sebenar....ada kg. Beng. Kat sana ada homestay. Selalunya disewa utk kem2 motivasi laa. Pohon2 kering kat seberang sana tu laa yg kitorang snap dari tengah2 jalan tadi, hehe..
Abang amek gambo ni dari atas jeti. Aku tak turun pun. Panas tul masa ni...peluh dh masuk mata dh, hehe..
Itu laa antara pemandangan yg indah terdapat di Lenggong.
Kat sini pun terdapat ikan pekasam yg popular....

Tapi bagi pendapat aku...kawasan di Pekan Lenggong tu haruslah dimajukan sedikit. Takpe...takde restoran makanan segera takde takpe. Tapi setidak2nya majukan kawasan pekan tu. Tidak lesu tambah2 hari Ahad. Kedai semua tutup. Pekan di Pengkalan Hulu pun tak macam tu. Masih meriah walaupun berada paling hulu di kawasan Perak Hulu.
Harapnya...pihak yg diberi kuasa utk mentadbir buat laa sesuatu. Takkan takde idea2 bernas dari orang2 muda, belia2 harapan yg boleh diguna pakai??

Ini, ada R&R yg cantek di tepi hiway berdekatan dgn tasek raban tp sudah tidak beroperasi. Sayangnya..

Sebelum tu....ada jugak sebuah kawasan yg seperti hentian rehat yg dinamakan pusat ikan pekasam kebangsaan....berhampiran ngan simpang kg. Kelantan tapi....terbiar jugak. Yg digunakan hanya pejabat saja. Kat situ...ada gerai ala2 pondok chalet tp dah tiada peniaga. Mgkn tak laku...tiada promosi...maka, peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka. Sayang, prasarana mencukupi. Ada tandas, ada surau....tapi tidak dimajukan dan terbiar saja. Sepatutnya, sebelum dibina...pikir dulu bagaimana kawasan tu leh menjadi tarikan pengguna jalanraya yg melalui jalan tersebut utk singgah. Bukan sekadar memberi keuntungan kepada pihak kontraktor yg membinanya tetapi akhirnya......keadaannya seperti sekarang.

**Ini adalah komen yg ikhlas..Terima kasih.

Nota ALONA:-
~Dengarnya keputusan SPM 2014 keluar 20 Mac....

10 comments:

mamawana said...

Indah...cam Kashmir...

nad said...

akak amik tak pokok seringan tu? kalu ada saya nak gak..nak rasa ringan gak, ahahhaha! =p

kak, percaya la kak...saya rasa saya dah mokmok skrg ni huaaaa!

wantie said...

Cantiknya kak...keindahan alam semulajadi.

pokok seringan tu. T panggil pokok meringan. Ada kat umah t ni. Mak t memang spare utk kami. Klu lepas bersalin daun ni le yg mak t buat mandi. Memang ringan badan kak...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kak pakai camera henpon pn
gmbr cantik2 la kak...
pemandangan yg indah

musim pns skrg kan..habis pokok2 kering, masa zura otw pegi CH weekend br ni pon..pokok2 kt sn kering gk tgk..

pokok seringan tu tk taw plak cm mn
nmpk sgt zura ni tk byk pengetahuan psl pokok..hehe

attyfir said...

cantek sangat view walupun snap pakai hp je.

Anonymous said...

wah alona, cantik2 gambar2 yng diambil sepanjag jalan kenangan ni !

su said...

cantik2 nya gmbr..mcm bukan kat Malaysia :)

Kamsiah yusoff said...

memang sangat2 mempesonakan..air yg jernih dan bersih..

kat area tu ada kiah pekasam,kan..

el said...

cantek nau tasik raban tu
aah kak..akk amek x daun seringan tu..alang2 akk leh lah mandi daun tu hehehe

zul legend( fuat lee) said...

Pekan lenggong mmg terbaikkk...anak jati lenggong..byk lg lokasi2 menarik disana....seperti tempat beriadah atau berkelah di lata kekabu/lata papan/lata palong/ dan blh jgk menerokai pelbagai jenis gua di lenggong...