JUMAAT
Pagi tu...aku ke ofis Etiqa Kamunting. Nak renew insurans utk alza. Pejam celik pejam celik...dh 4 tahun dh alza bersama kitorang. Byk berjasa tu walaupun 4 tahun, huhu......
Dah parking motor....sebelum masuk ofis Etiqa aku kena gi kuar duit dulu, hehe. Ala...maybank berdepan jer ngan ofis Etiqa tu. Dh kuar duit baru leh masuk Etiqa nak renew insurans, ye dak.
Geran pun dh ada kat abang sejak tahun pertama guna. Sebabnya, mula2 cuma nak pinjam aje sbb abang nak renew insurans utk peridup roadtax sendiri. Tapi officer bahagian loan kat Maybank tu cakap..takpe laa...terus jer simpan. Tu yg leh pegang geran wlpn lom abes hutang ngan maybank lagi, hehe..
Renew sendiri kat ofis cawangan ni...untong. Kita dh jimat dari membayar duit komisen sekiranya kita gi kat agen. Bkn sket2 jgk..kekadang cecah seratus ringgit jgk tu.
Alhamdulillah, insurans alza tahun ni cuma RM624 aje.
Dh selesai perbaharui insurans...aku terus balik umah. Ari tu kan hari Jumaat. Abang balik makan nasik dan solat Jumaat. Jadi kul 2.30 tu...aku gi pulak JPJ Taiping. Naik motor jgk. Malas tul nak gi ngan kereta wlpn agak jauh jgk ler, kan.
Sampai2...ofis JPJ dh penoh ngan pelanggan2. Alamakkkk..
Namun utk urusan perhidupkan roadtax kereta...takde laa byk nombor yg nak kena tunggu pun. Ada laa 10 giliran cenggitu. Yg ramai2 tu dorang nak renew lesen memandu yg baru. Yg tu cuma guna nombor kad manila aje, hehe. Aku guna nombor mesin digital, hihi.
Ramai ni...tak nampak keseluruhan dalam ofis. Kalo kat ngan pintu masuk tu lagi ramai yg berdiri. |
Dengan RM90...maka selamat ler cukai jalan alza utk tahun 2014/2015 ni diperbaharui. Aku pun balik ler umah.
Ni laa lesen memandu baru tu. Buat pd 23/01 ari tu dh. Saja jer padam nama tu. Bkn semua singgah sini kenal aku, kan..huhu.. |
Tapi masa aku teman along buat lesen P utk D & B2 dia bulan lepas....aku pun buat laa sekali. Dah alang2 menunggu, kan.
Gambar tu mmg diambil di JPJ aje. Tp kalo kita ada bawak gambar berukuran passport pun ok jgk. Dorang akan scan gambar kita tu. Tak perlu dia snap gambar kita guna kamera dorang. Aku pulak mmg takde plan pun nak buat lesen baru ni. Gi sini takde ler berbedak pun. Keluar gitu aje dari umah. Tapi bagi aku...perlu sangat ke gambar lesen memandu nak cantek2?? huhu...Bkn ada orang nak tengok pun melainkan tetiba kena tahan dek polis atau JPJ, kan..
Gitu gak ler ngan gambar IC aku yg baru. Aku cuma bawak akiss buat IC sebab dh umur 12 tahun. Tetiba kerani kaunter tu cakap..."puan tak mau baharukan kad pengenalan ni ke? RM10 sj".
Aku pun pikir....sebelum dikuatkuasakan baik aku buat awal2. Kalo idak...nanti lagi ler ramai dan sesak orang. Eii...tak sanggup ler aku buat perkara last minute ni.
Mmg ari tu aku keluar ngan sempoi gi bawak anak2 perbaharui IC....mcm nak gi pasar aje. Sebab JPN tu dekat sangat ngan umah. Malas aku nak bergincu bagai, huhu. Tapi dah alang2 tu...aku pun buat jer kad pengenalan baru ngan muka serabai tu. Bkn ada sape pun nak tengok, kan...melainkan utk pengeluaran duit kat kaunter bank dan urusan2 rasmi yg memerlukannya.
Itu aje laa citer hari ni..
Nota ALONA:-
~Kalo dalam gambar bukan main lawa...tp tengok berdepan biasa2 aje pun tak syok jugak, kan..huhu. Lagi malu ada laa.
3 comments:
hmm.. ada jugak 2-3 org customer T yg hulurkan licence baru tu. pas ni lesen T pun berwajah baru jugak le kan,,
owhhh..
zura punya lesen memandu xpired la 16/2 ni...bday zura hari tu..ahha..
samalah kita lona , aty pun geran mmg ada kt aty masa 1st time nak hidupkan roadtax insuran lepas usia kete setahun .
Post a Comment