Saturday, February 15, 2014

Bertugas bersama sahabat..

15.02.2014
SABTU

Hari ni aku ngan abang bertugas kat dewan MPT di Kamunting. Ada dua pasang pengantin adik beradik perempuan tp kitorang ditugaskan utk amek gambar si kakak aje. Adiknya pulak dorang dh tempah OP dari KL, hehe.
Tapi sebelum tu amek gambar pengantin mekap kat umah dia. Petang semalam amek gambo diorang menikah kat Masjid Assam Kumbang.

Sampai dewan kul 12 tengahari dari umah pengantin pempuan. Tak sangka...PA System yg disewa oleh tuan umah utk majlisnya adalah sahabat kitorang jer rupa2nya, hehe. Sebelum2 ni mmg tak penah bertugas sekali dlm satu majlis. Sampai abg tingin jer nak bertugas ngan dorang di majlis yg sama.
Ni laa...kak shidah dan suaminya...
Sebenarnya...Dolah ni kawan sama keje ngan abang. Aku kenal dia dan isterinya sebab ni ler, hehe.. Dorang pun wat bisnes sampingan jgk sebagai menjana pendapatan tambahan utk keluarga..
Buat bisnes mcm Dolah ni best jgk sebenarnya. Pagi2 datang set up semua barang2 dia. Pasang lagu, upah orang jadi DJ kalo dia takmo jadi DJ utk majlis tu....kul 4 ptg siap2 balik. Esok ada orang sewa...buat lagi. Takde dh balik umah tu nak memikir lagi utk majlis tadi.
Tak macam kitorang....keje dari pagi...sampai petang utk outdoor. Balik umah tu...nak simpan gambar dlm folder. Pilih2 gambar seratus lebih dari 1000 lebih gambar sampai juling2 mata. Editing...susunan yg memerlukan kreativiti...mm, ni lah keje kitorang demi menambahkan pendapatan keluarga. Gambar kena pastikan ada kualiti walaupun tak mcm photog yg dh ada nama femes2 tu. Bila pengantin tanya bila gambar nak siap kak, agak2 bila gambar nak siap kak (bila tgk kitorang muat naik gambar pengantin lain majlis terlebih dulu dari dorang) kat fesbuk kitorang tu.......kitorang mmg pening laa nak menjawabnya, huhu. Keje kitorang ni ikut giliran. Majlis sape dulu...gambar dorang ler yg kitorang sentuh dan siapkan dulu, hmm..

Keje ni mmg minat kitorang...kalo tak minat..tak buat. Tapi sebagai manusia kita kena faham...kena tau...apa keje pun, yg minat ke yg tak minat ke.....semua ada cabaran dan dugaan tersendiri. Kena hadapi laa segalanya utk berjaya. Semua memerlukan kesabaran...
Alhamdulillah, setakat ni...dari Mei 2009...takde lagi laa pengantin yg campak album depan kitorang sbb tak puashati.

Nota ALONA:-
~Buat sehabis baik utk jangka masa panjang..

3 comments:

nad said...

In shaa Allah..
Bila kita ikhlas dlm pekerjaan, org akan suka dan rezki pun in shaa Allah akan bertambah..
Moga lebih sukses!

attyfir said...

inshallah .. kita rajin usaha mesti ada hasilkan

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

alhamdulillah
ada kemahiran tertentu yg bleh dibuat utk xtra pndptan kn kak

semoga kak dan abg bjaya dlm biz ..

#pak saudara iwan pun ada buat DJ cm ni..