Saturday, February 8, 2014

Perginya seorang sahabat...

07.02.2014
JUMAAT

Maghrib tu...aku terima wassap dari Leen kat dalam wassap grup.
Memberitahu...sahabat kitorang sama batch 91/92 di SMVTAA, sama kursus ngan aku...telah pergi utk selamat2nya selepas 2 minggu bersalinkan anak sulungnya. Mmg terkejut. Innalillah, Al-fatihah..

Selepas tu...mesej bertalu2 kat dlm wassap grup. Semua nak tau info.
Rupa2nya...petang Jumaat tu arwah sudah dikebumikan.
Inilah sahabat kitorang, Mimi yg telah pun pergi menemui Maha Penciptanya. Arwah baru jer kawen awal tahun lepas..**(gambar dari fb arwah)
Menurut 2 orang sahabat kitorang yg mewakili kitorang ziarah keluarga Mimi petang tadi 8/2/2014...(serta menghulurkan sedikit sumbangan kutipan sesam kitorang)..sejak bersalinkan baby ni...arwah sempat menyusukan baby dia, Alhamdulillah.
Ni laa baby Mimi...seorang bayi lelaki. Sayu aku tengok...baru berusia 2 minggu...ibunya telah pergi meninggalkannya selamanya.
Semoga dia dapat kasih sayang dari seorang wanita lain seperti kasih syg seorang ibu curahkan. **Gambar2 baby ehsan dari Noreena yg gi ziarah famili dan baby mimi ni bersama Zabedah petang td..
Skang ni...mak Mimi yg jaga baby. Baby ni mmg baik. Tak banyak ragam. Alhamdulillah, dia memahami dan tak mau menyusahkan ayah dan nenek dia.
Doa kami...semoga baby membesar dengan sihat dan penoh kasih sayang. Walaupun tanpa ibu di sisi...InsyaAllah ibumu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di sini...

Mimi pergi dalam syahid..di hari Jumaat penghulu segala hari.
Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. Al-fatihah..

Nota ALONA:-
~Walaupun memahami tetapi hati tetap terasa hiba...

6 comments:

mamawana said...

Sayunya... innalillah

Suzana Ikram said...

Alfatihah buat arwah.. Sayu tengok baby yg masih kecil. Alhamdulillah sempat juga menyusu.
Arwah sakit apa sis??

nad said...

Sayu sebak sedih...
Al fatihah buat arwah..

wantie said...

sebak T baca entry ni. syahid tu kak kan.. Syurga menanti. alfatihah ..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sebak sy kak..

alfatihah utk arwah

sayu tgk muka bb tu kak..

attyfir said...

innalillahirajiun.. salam takziah .
sakit apa lona ?