Sunday, February 9, 2014

Sambutan CNY peringkat kebangsaan..

08.02.2014
SABTU

Sejak seminggu yg lalu...kat kawasan ni sudah mula rancak memulakan persiapan utk satu acara besar dalam kalendar pelancongan negara kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ni.
Kalo tahun lepas...acara ni diadakan di Penang. Kali ni diadakan di bandar Taiping pulak.
Ni masa dorang wat persediaan. Hari2 ada jer keje2 yg perlu dorang selesaikan. Punya laa susah ye. Padahal..majlis tu utk sehari pun tak sampai. Dan majlis kemuncak adalah pada waktu malam saja.
Masa ni...aku lalu sini...dorang dh mula tepek kertas menu yg diliminasikan di kiosk2 makanan yg disediakan..
Ramai jugak penduduk Taiping tertanya-tanya...kenapa buat major event ni kat sini?? padahal ada tempat lapang yg lain?? Bukan tak ada padang esplanade, dataran kedamaian kat lake garden, kat Tekah area airport tu...

Kalo tengok gambar kat atas tu aku rasa laa...leh dpt jawapannya.
Mgkn dorang nak jadikan bangunan mercu tanda Taiping tu...iaitu Wisma MPT dan Pejabat Tanah tu sebagai background.

Pada malam kejadian....kitorang pun pi kejap. Saja nak nyebok. Aku nak cari bahan blog ler, kan..heheh.
Bukan nak pi makan pun. Perut dah kenyang dh makan kat umah.
**Tapi malam tu anak paklong tahir dpt satu kiosk sediakan cendol dan laksa. Dgr citer...kiosk dia yg paling mendapat sambutan. Mana kan tidak...gerai cendol, kan. Org tengah panas2 malam tu...dpt pekena cendol sejuk tekak, hehe..

Seperti biasa laa...bila ada event gini...parking kereta kena ler jauh sket dari tempat kejadian. Tp kitorang yg naik motor ni pun pakcik2 RELA tu soh parking jauh jgk, mm. Jadi, kitorang ikut cakap sorang abang RELA tu...dia kata..boleh jer motor ni selit2 parking kat celah2 pokok2 depan padang Esplanade tu. Maka, kitorang pun parking kat situ.
Tgk ada jgk pengunjung yg dh balik. Aku ingat dorang dh siap2 makan dh, huhu. Rupa2nya dorang tu malas kot nak nunggu. Mgkn dorang pun mcm kitorang...bkn pi situ sbb nak makan pun. Sesaje jer nak tengok. Dah alang2 buat kat tempat sendiri, kan. Lain2 kali ntah buat kat mana pulak.
Masa sampai tu...menteri pelancongan sedang memberi ucapan.
Tapi tu laa...dalam grup Taiping bagitau tiap2 malam sampai kul 2 pagi krew dok test speaker berdentam dentum bunyi sampai orang majlis kena komplen. Tp tiba masa menteri berucap...tak jelas langsung apa yg beliau cakap. Padahal aku kat area depan pentas jgk tu walaupun ke belakang sket, huhu.
Aku ingat atas pentas tu orang VIP yg dok...rupa2nya PM pun kat bawah tu...area VIP kat khemah bawah tu.
Ni abang yg tolong snap kan gambar. Harap aku...takde ler. Tak sampai ler tangan tu, huhu.
Pengunjung mmg ramaiiiiiii. Semuanya sabar jer. Bagus dorang ni.
Pihak berkuasa...polis, ambulans, bomba, FRU segala standby aje kat situ.
Tanglung yg cantek tergantung di atas pokok di luar pagar wisma MPT..
Ni pun abang yg amek kan gambo. Zoom kamera...
Nampak kan dalam gambar kabur2 sebab zoom tu...ada sapa?? hehe..
Itu laa tetamu paling VIP malam tu.

Ronda2 kat situ...ada jugak ler booth2 tourism, radio Ipoh (radio klasik RTM)..dan booth2 berkaitan yg lain.
Dato Seri ahli parlimen Bentong ni dari MCA yg mewakili kaum cina pada malam tu sedang memberi ucapan....
Masa tu...aku nak balik dh laa. Bkn sebab boring ke apa...sebabnya mmg niat pun nak gi kejap aje. Nak balik umah nak layan anugerah meletop pulak. Best ke majlis anugerah tu?? Aku ni artis2 yg tercalon pun tak tau sapa, hehe. Yg ni pun saja jugak...saja nak menengok aje.

Tapi OTW jalan kaki nak ke parking motor tu...aku bergambar ler dulu ngan bas FRU ni, hehe.
Ye lah..bkn selalu bas ni masuk sini, kan. Takde apa sgt yg nak dirisaukan merusuh yg bukan2 kat sini mcm kat stadium perlawanan bola, hihi.
Ada satu bas FRU jer pun malam tu, hehe..
Amek gambar depan bas pulak, hehe. Tp ada nampak mcm kepala sorang perempuan bertudung lengkap ngan hidung, mata, mulut pulak kan kat tingkap kanan bas tu..hehe. Alahhh, 'macam, aje laa. Sebab sebenarnya takde apa pun. Efek lighting aje.
Sampai umah...masa iklan kat siaran langsung anugerah meletop tu...aku alih jgk ler ke TV2...ada siaran langsung sambutan CNY peringkat nasional utk tahun ni sampai kul 10.30 malam. Tp takde ler over tengok beriya2, hahaha. Alih masa iklan aje, ngee..

Itu aje laa...

Nota ALONA:-
~Petang tu sempat ler wat aktiviti mesin rumput, potong2 dahan pokok yg dh masuk ke rumah jiran, cantas pokok2 bunga kantan yg ntah bila nak keluar bunga ntah...Alhamdulillah, takde ler jadi mcm laman rumah batman, hehe...

7 comments:

nad said...

Hahaha..! Sebenarnya kak, saya dh tergerak nk wassap akak, nak tnya akak p ke tak event ni hihihi... Rupanya pegi =)

Kamsiah yusoff said...

depa punya raya lama nooo...tak sampai chap goh mei lagi,kan...tiap malam mercun bagaikan kat zon peperangan..

wantie said...

niat yang bagus tu kak. bahan untuk blog. hihihi...

dulu masa wat kat penang pun T tak jejak. malas nak berasak reramai.

ye la bukan nk makan pun, tapi seronok tengok org ramai yg berpusu pusu tu kan.

Mia Kassim said...

Salam singgah dan follow :D

el said...

npk jelas rosmah tu haha

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ada suami kwn zura dia kater mknan kt event ni..tk slh zura dia buat nasi kot...hehe..

bas FRU tu zura ada gk amik masa gi knuri kt FRU air itam kt png ni..tp irfan la yg posing dlm bas tu..hehe

attyfir said...

meriah sambutannya .. mesti happening