Wednesday, August 8, 2012

Kemalangan....

06.08.2012
Isnin

Balik dari ofis abg lepas abes menggerudi lobang kat berus gigi tu....terus lah kitorang menghala balik ke umah. Byk hal lain lagi ni. Nak masak, nak kuar hantar along balik hostel lagi...

Sampai aje kat jejambat berhampiran Indah Jaya tu...tetiba ternampak kemalangan yg baru jer berlaku. Sebuah motor.....tak melibatkan kenderaan lain pun. Mgkn dia terjatuh sensorang ataupun dia nk mengelak anjing yg sedang berlari melintas jalan....
Mangsa lemah tak daya nk bangun.
Dh ada yg menghulurkan bantuan. Aduhaii...jatuh motor ni bahaye sebenarnya. Tambah2 bila terseret dan dihempap oleh motor sendiri pulak tu..
Mangsa tak boleh bangun.
Dia menghulurkan hp dia kat pemuda yg tolong tu utk menghubungi keluarga dia, kot...
Aku ingatkan yg jatuh motor tu lelaki......rupa2nya....pempuan lah, aduhaii.
Dorang dh tolong angkat mangsa ni ke tepi. Mgkn yg tolong tu pun antara yg mengenalinya dlm satu kampung. Nampak dorang tu pun ikhlas aje. Lg pun bulan2 Ramadhan ni....byk keberkatannya kalo ikhlas tolong orang, kan.. 
Nau'zubillah..
Berdarah muka budak ni. Meleleh darah dia mengalir kat muka. Mgkn patah gigi jgk. Sian pulak. Tp berhenti ramai2 kat situ pun payah jgk...jalan sempit. Ramai sgt berhenti leh menghalang laluan. Takpelah...ramai kat situ...Pandailah dorang nk uruskan nanti.
Semoga adik ni tak mengalami kecederaan yg teruk.

Nota Alona:-
~18 Oktober 2010 itu.......

3 comments:

wantie said...

budak pompuan tu kan kak. sian dia. bercoreng muka raya nanti.

tapi kan kalau sengsorang tetiba jatuh apa kes ni. T cuma risau kot kot kalau dia kena ragut.

mana la tau kan, org yg nak ragut tak sempat nak ragut beg tu, then budak tu jatuh.

sian dia noh.

Suhana Shahril said...

Huish...terkejut baca tajuk...ingatkan akak yg kena.Apa2 pun..salam ramadan al mubarak & selamat hari raya yg bakal menjelang...hehehe

Gieyana said...

sian kat dia..kalau ler kita kt tpt dier..sure sakit nie..