Thursday, August 16, 2012

Tiada lagi sentuhan listrikmu...

Bila aku dok tercari2 folder Aidilfitri 1432H tahun lepas tapi tak jumpa, aku dh gelabah. Dlm internal hard disk takde, kat external hard disk pn tak jumpa, dlm 4-5 bijik pendrive pun tak jumpa2. Aduhaii...
Mujurlah masih tersimpan dalam netbook, legaaaa....

Gambar di dalam folder tu antara kenangan paling berharga kerana rupa2nya itulah hari raya terakhir kitorang bersama emak tersayang....Tema baju raya tahun lepas adalah kaler BIRU!!!!

Inilah antara sebab kenapa aku buat satu klip foto kitorang sedondon berbaju biru. Dengan kerelaan & keikhlasan abg mengajar aku buat klip ni guna Ulead....akhirnya berjaya jgk ler aku menyiapkan klip ni ketika abg sebok final editing gambar pengantin malam td. Lagu latar klip ni pun abg yg cadangkan kat aku sebab mmg liriknya ada kena mengena jgk lah ngan situasi kitorang ni.

***Dulu....aku mmg tak suka betul dgr lagu raya Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru ni. Rimas pun ada kalo terdengar lagu raya ni, mm..Tp skang, ia sudah mempunyai makna utk aku dengari dan hayati.

~Terima kasih kerana sudi menonton klip foto yg serba ringkas ni namun bg diriku ia adalah syahdu...
---------------------------------------------------------------------
 Di bawah ni adalah antara gambar2 yg terdapat dlm klip di atas. Aku dh kolajkan utk N3 khas ni...

Terpancar kasih sayang mak pada cucu2nya.....Mak mmg seorang yg prihatin. Sentiasa mendoakan yg terbaik utk orang2 yg mak sayang..
Mak sgt spoting......masa ni mak dh mula sakit2 (sekejap elok...sekejap sakit balik)...Tp mak kuatkan semangatnya, menceriakan suasana...sehinggakan orang luar tak nampak mak ketika itu sebenarnya sedang menanggung kesakitan.
Berulang kali aku bgtau...sesiapa yg tak pernah kehilangan mak...diorang takkan tau mcm mana perasaan sebenar kehilangan mak. Walaupun aku dh tua ketika mak tiada lagi....tp emak tetap emak. Kasihsyg aku pd mak...kasihsyg yg mak curahkan pada aku....pada kami semua......tak ternilai.
Kenangan terindah.....
Oleh itu, pada mereka yg merajuk ngan mak, selisih faham ngan mak....jgnlah merajuk lama2. Aku pun pernah jgk merajuk ngan mak tp mmg tak reti nk merajuk lama2. Tak sedap hati nk merajuk ngan mak ni. Paling tidak...kalo aku merajuk pagi...malam aku dh bercakap2 ngan mak balik.

Sepatutnya sebagai anak....kita perlu membahagiakan hati emak. Bkn nilai ringgit, emas permata yg mak perlukan tetapi kasihsyg, sentuhan listrik dari anaknya sudah memadai utk menggembirakan hati tua nya...
Bagi mereka yg masih ada mak.....sayangilah dan jagalah hati tua mereka. Byk keberkatan yg kita dpt jika kita berbuat sedemikian. Melihat wajahnya pun dh dpt keberkatan inikan pula membahagiakan hatinya.

Skang aku dh takde mak. Hanya doa diiringi Al-fatihah yg mampu aku titipkan agar emak di sana sentiasa tersenyum tenang dan bahagia dgn hadiah yg disampaikan oleh insan2 yg menyayanginya di dunia ini..

Nota Alona:-
~Amat payah jgklah aku menyelesaikan n3 ni kerana hati aku sering dicarik hiba. Sesekali menangis dalam hati....sesekali menangis diiringi airmata..
~Mmg orang selalu nasihatkan aku agar bersabar dan redha..tp iyelah...sebagai manusia kita tak lari dari kesayuan bila seorang insan yg sgt disayangi tiada lagi bersama di sisi. 
~Sayangilah ayah dan ibu kita.....

**Asalnya aku cari folder album raya tahun lepas sebab nk buat kad raya utk blog dan fesbuk aku tp terus tak jadi nk buat kadraya disebabkan kesayuan ini...

2 comments:

wantie said...

kasih sayang ibu sampai ke syurga. sentiasalah sedekahkan pahala kepadanya kak. moga dia tenang di sana..

Rinna said...

Sayunyaa baca N3 nie.. Moga mak tenang di sana..

Selamat Hari Raya buat Ina sekeluarga.. Maaf Zahir dan Batin..