Friday, August 31, 2012

Projek apa tu??

Dh byk kali aku lalu sini pi balik Taiping-Bentong-Taiping. Seronok pulak lalu jalan ni. Salah satunya sebab leh singgah beli stoberi dan sayur2 segar, kan..hihi. Terbaru...leh singgah pekena aiskrim homemade dari Al-Mashoor. Ish..teringat2 ni. Bila nk gi tido CH lagi, Fadel?? hehe..

Makin ke tepi ke tepi jalan kebun2 dorang ni...mm.
Kebun sayur yg aku amek gambo kat atas tu kalo dari Tanah Rata.....ianya dh melepasi pekan Ringlet dh tu. Menghala ke Lipis dh ni. Kalo dh mula gelap senja..mmg cantek kawasan kebun sayur & kebun bunga kat area sini sebab kebun dorang ni pasang lampu gantung2 tu...utk halau serangga dari mendekati tanaman tersebut dan jgk sekaligus memberi suhu panas utk menjaga proses kesuburan tanaman tersebut. Mmg nampak cantek sgt suasana tu.

Dalam perjalanan tu jgk....kita akan tempuh pemandangan mcm ni. Bukit yg dh dibotakkan dan ada cahaya bling2 terselit di permukaan bukit tu. Mgkn cahaya lampu ke apa aku tak tau lah. Bg aku ia sgt menarik perhatian. Teringin nk tau projek apa tu?? mesti projek mega.

Dh lama aku tgk pemandangan ni...setiap kali lalu mesti otak aku ni tertanya2 projek apa laa ni, ye??? Masa mula2 dorang membotakkan kehijauan banjaran titiwangsa ni awal tahun lepas...aku ingat dorang tebang balak sampai mcm tu. Tp lama2 ada pulak mende2 pelik kat situ. Mmg luas...menggunakan kawasan yg sangat luas.

Penah pulak taruk banner Daulat Tuanku utk Sultan Pahang kat situ...aku pun pelik. Dan pernah sekali lalu kat situ...byk bas2 sekolah, bas kilang dan bas persiaran kat tepi2 pintu masuk utk ke kawasan tu. Heran gak aku. Apa pasal, haa??
'
Baru2 ni lalu utk balik berhari raya ke Bentong...aku cuba 'panjangkan' leher ni kat dlm kete masa dlm perjalanan tu. Dok ralit tengok pe ke benda laa projek ni, ntah. Siap ada bangunan tower block lak tu, hahaha. 

Menarik minat mata aku ni bila ternampak pulak dorang bina terowong kat bawah bukit tu, ish..dh mcm projek misteri mcm dlm citer omputeh tu jer gayanya...kahkah.
Tp bila aku ternampak papan tanda mengenai projek tu...ada ler tercatat Projek Hidroelektrik bla..bla...TNB bla..bla...

Pastu, aku pun tanya ayah....ayah pun tak tau. Bila aku cakap pasal aku nampak tercatat Projek TNB tu..terus ler ayah kata tu mgkn projek Empangan dan Hidroelektrik terbaru utk Cameron Highlands agaknya. Maklum lah...yg sedia ada skang kat Ringlet tu pun dh tercemar ngan sampah sarap pekebun2 sayur kat situ. Tersumbat, keroh....ish..ish.
Elok ler dorang buat lain....pengunjung ke CH skang dh makin ramai bila ada byk jalan nk ke sana. Ikut Tapah boleh, ikut Simpang Pulai pun boleh. Orang Kelantan, Terengganu pun leh ikut dari Gua Musang...orang2 Pahang leh ikut Sg. Koyan...mm...

Tadi, baru aku tingat nk cari info pasal pojek tu. Hmm....betoi lah tu..projek Hidroelektrik. Menelan belanja sampai RM2.15billion projek ni dinamakan Projek Hidroelektrik Ulu Jelai. Berupaya menjana kuasa elektrik berkapasiti 372 megawatt bg memenuhi keperluan ketika waktu puncak!!!
Kawasan takungannya seluas 124 hektar. Woo, luasnya..Empangan tu pulak dinamakan Empangan Susu sempena nama salah satu kampung orang asli kat situ.
Dijangka mula penakungan 2015 nanti. Bila dh baca maklumat kat sokabar tu...mmg betul ler yg aku nampak terowong tu, hehe. Takde laa misteri pun bila dh tau kan..hahaha..
Dan betoi jgk laa Sultan Pahang ada datang situ utk merasmikan majlis pecah tanah utk projek mega tu.

Leh baca info kat SINI & kat SINI.

Jadi, panjang umur murah rezeki...bila selalu lalu sini nk balik Bentong - Taiping...leh ler tgk perkembangan projek ni sampai siap, kan..hehe..menarik!! Walaupun projeknya mgkn tak sebesar kat BAKUN tu...tp sesape yg lalu situ leh tgk mcm mana progress projek tu setiap kali lalu, hehe..

Abes citer....

3 comments:

Gieyana said...

dekat ker kak bila balik bentong ikut sini? Nezt time kalau nk g Genting leh ikut sini..:-)

seronoknya bila akak selalu singgzh kt jln nie..:-)

attyfir said...

besh alona slalu leh singgah CH,aty last pergi 5thn lps kot

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sonok la kak..sll kak blk bentong...leh siggh CH...

** kak tingin nk g umah kak kt Taiping..jumpa kak..peluk2 kak..huhu...mcm sedih je bc n3 kak sll..