Wednesday, August 15, 2012

Skill menganyam ketupat...

Semalam, kat sebuah kedai...akiss tgk hiasan ketupat bergantungan kat kedai tu. Dia cerita laa hiasan ketupat kat kelas dia tak byk. Pastu, aku pun offer kat dia..."kalo nk tambah....ibu leh tolong buatkan. Pi laa cari reben kat dlm kedai ni".
Apalagi, cergas ler dia mencari reben tersebut kat dlm kedai berkenaan. Tp takde laa pulak kaler yg betul2 kaler ketupat, hehe. Tak kisah lah..belasah aje.

Maka, balik aje umah akiss teruja nk soh aku ngayam ketupat. Dia pun dh tak ingat yg ibu dia ni reti nganyam ketupat sebab aku mmg dh lama betul tak menganyam ketupat ni.

Aku cuma tau satu jenis aje...jenis ketupat sate. Sebabnya cara menganyam ketupat yg paling senang adalah ketupat sate, hehe..
Kalo nk yg lawa tu...ketupat bawang. Susah & rumit sket...aku pun tak bersungguh2 nk belajar anyam ketupat bawang tu...tu yg tak dapat ilmu tu, hehe.

Menganyam ketupat sate ni....mak aku yg ajar. Inilah salah satu ilmu yg mak aku tinggalkan kat aku....Bersungguh2 mak ajar masa usia aku masih bersekolah dulu. Alhamdulillah, dapat jgk ilmu ni. Cuma tu lah...lepas aku dh pandai anyam ketupat sate ni....aku dh malas nk belajar anyam ketupat bawang, mmm...nyesal lak rasanya, uwaa....

Mula2 nk anyam ketupat dari reben ni mcm renyah jgk lah sebab reben ni jenis lembut. Dua tiga kali gulung bukak jgk ler reben kat tangan aku ni bila nk mula buat sebijik permulaan. Sebab skill dh tumpul. Tapi bila dh jadi satu....utk ke-2 dan yg seterusnya senang aje rasanya jari2 ni menganyam. Alhamdulillah, masih tak lupa lagi. 
Semua ni akiss nk bawak ke sekolah hias kelas dia....
Aku pun dh beberapa tahun tak jumpa ketupat dalam daun kelapa ni kalo gi beraya walaupun kat umah mak2 sedara. Dorang pun dh malas nk rebus ketupat ni. Semua main rebus nasik impit segera aje..mcm aku jgk lah, hehe..

Nak rebus ketupat ni...kena guna dapur arang sebab ia amek masa yg lama utk masak. Kalo guna dapur gas...rugi gas!! hehe..Bila guna dapur arang...elok ler guna tin minyak masak tu utk buat tempat merebus. Kalo tin tu itam dek api dapur arang....dh tak kisah nk menggosok....leh terus buang aje, hehe..

Nak masukkan beras dlm sampul ketupat ni pun kena betul2. Kalo idak ketupat tak menjadi. Leh frust dibuatnya!!! 

Kat utara ni...lagi lah susah nk jumpa ketupat nasik ni. Kat sini lebih popular ngan ketupat palas iaitu ketupat pulut. Kalo tgk kat pasar pun....ramai yg menjual daun palas ni aje. Yg membeli tentulah ramai jgk. Mesti ada yg memegang satu pelepah pucuk daun palas ni sambil membeli barang2 lain.

Mak mentua aku mmg pakar dalam bab menganyam dan buat ketupat palas ni....cuma aku takde pulak amek peluang utk belajar ilmu ni. InsyaAllah...nanti aku mintak mak mentua aku kongsi ilmu tu, hehe..

Abes citer...

Nota Alona:-
~Akiss sebok nak belajar anyam daun kelapa jadi sampul ketupat ni. Tp aku kata..kalo nk belajar kena guna daun kepala tua tu senang. Kalo guna reben ni susah sket ler sebab dia lembut sgt. Kalo terbelit...terus tersimpul-simpul.
~InsyaAllah, nanti ibu ajarkan, ye...

7 comments:

wantie said...

pandai kak anyam ketupat tu. dulu ni masa kecik kecik mak T selalu buat ketupat ni. Mak t memang pandai anyam. Tapi sejak kecik sampai la sekarang T masih tak tau nak anyam. malu kan..

bila raya, pokok kelapa belakang umah la yg jadi mamgsa. bukan setakat pokok kelapa tu je yg jadi mangsa, abang abang t pun sama ar. dia jadi mangsa sebab kena panjat pokok kelapa tuk ambik pucuk. hhahaha

Anonymous said...

KA ponw lama dh tak menganyam ketupa ni, main buat nasi himpit je senang & mudah KA suka wat ketupat bawang. Nak kena polish skill balik la kalau nak buat hehe. Selamat hari raya dari KA sekeluarga. Mohon maaf andai ada silap & salah selama kita kenal di alam maya ini ye

Gieyana said...

sy mmg tak pandai buat ketupat nie..nak kena bljr dr kak lona nie..:-)

Rinna said...

Saya langsung tak de skill nak anyam ketupat..nie.. tak de seni laa. :)

attyfir said...

aty mmg takde bakat anyam ketupat..

alona ,Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ya :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Ila mmg tak reti

Anonymous said...

saya pnh gak anyam ketupat bawang. Tapi bila dah bertahun2 tak buat ketupat daun ni..skill pon ntah lari kemana.

Org sini ada jual sampul ketupat..so, klu teringin sgt nak ketupat daun..beli je la sampul dia..balik terus isi beras. huhu!

kad dah 2 hari sampai. terimaksih ye kak! selamat hari raya maaf zahir batin