Hehe...
Setelah banyak entry asek ajak pi makan2 aje, kan....kali ni nak ajak pi gym pulak, hihi.
Utk gaya yg sihat, ler...kan.
Sebenarnya...aku mmg pi gym pun. Tp gym rakyat aje laa. Peralatan pun byk dh rosak. Dari 3 buah treadmill skang dh tinggal 1 aje. Lom lagi tgk peralatan yg lain. Tak semangat jer, mm.. Tp gi jugak laa sbb abg yg bayar yuran bulanan tiap2 bulan, hehe. RM10 aje kalo gi gym rakyat ni, hehe.
Kat Taiping ni mmg ada beberapa buah gym. Tp gym rakyat ni ler yg paling murah sekali. Sekali masuk RM2 utk bukan ahli. RM10 bulanan utk ahli.
Gym yg terbaru...kat depan TESCO ni...atas PappaRich aje. Tapi tingkat 3 lah, hehe..
Naik tangga aje dh kira exercise dh..
|
Pemandangan dari aras 3... |
Nama gym baru ni...Red Gym Fitness Centre.
Hari tu saja naik sini ngan abg...nak tengok2. Sebabnya, tengok dari luar mcm best aje, kan.
Maklum ler...dinding dorang cermin...taruk treadmill kat situ. Syok jer tgk dorang guna mende tu sambil memandang pemandangan kat luar tu, hehe.
|
Dh masuk kat dlm sambil tengok2 mesin2 baru. Tu tengok nyonya2 tu...exercise guna treadmill. |
Suasana kat dlm ni padat ngan mesin2...tp masih selesa ketika penggunaan mesin2 tersebut.
Mmg cukup laa walaupun ramai yg datang ketika waktu puncak, hehe..
Maka...kitorang pun tanya laa info kat kaunter yg ketika itu cik Farah yg sedia berkhidmat, hehe..
Utk jadi ahli...yuran RM50 utk pendaftaran. Dorang ada sediakan beberapa pakej.
Tapi kalo bukan ahli...sekali masuk RM7.
Kalo nak masuk gym RM5....leh ler gi sana waktu pagi hari biasa dan bukan cuti umum dari kul 8pagi hingga 4 petang. Lepas kul 4 petang tu dh kira RM7, hehe.
Tp kalo waktu hujung minggu dan cuti umum...dari pagi tu dh kena bayar RM7.
|
Muka berazam...kengkononnya, hehe.. |
Kat sini ada jugak kelas Yoga, aerobik....tp aku nk pi gym aje laa. Sbb dh biasa ngan gym, hehe.
Mcm tak kuasa aje nak gi aerobik tu...Yoga pulak, emm...dh timbul isu larangan dalam agama Islam pulak..kan..
Nota ALONA:-
~Baru nak cuba masuk gym ni...harap2 semangat ni bukan hangat2 taik ayam, :p
**HUKUM SENAMAN YOGA
Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah
membincangkan Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam. Muzakarah
berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari
masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan
fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan
tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri
dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh
merosakkan akidah seorang muslim.
Oleh itu, Muzakarah juga bersetuju
dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi
unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan
syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di
atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun
demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada
dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.
Seperti yang sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.
Keterangan/Hujah:
Pengajaran Yoga berasal-usul daripada kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad
Gita’. Menurut kitab ini ‘Yoga’ memerihalkan satu pandangan bersatu,
ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk
mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman), dan yang
mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman). Tujuan
Yoga (nirvana moksha) adalah untuk melepaskan diri daripada kitaran
penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad.
Tidak wujud yoga menurut agama Islam tetapi yoga wujud di dalam agama Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian.
Maksud istilah yoga sendiri telah menjelaskan bahawa ia mengandungi
unsur-unsur Hinduism. Masyarakat Hindu mengamalkan yoga sebagai satu
cara untuk mendapatkan ketenangan dan bersatu dengan tuhan-tuhan mereka.
Unsur-unsur pengaruh hindu yang dipromosikan secara halus melalui
Trancendental Meditation dalam amalan yoga merupakan mantera agama hindu
yang disebarkan untuk kegunaan semua penganut agama.
Agama
Islam yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. telah menyediakan berbagai
kaedah kerohanian kepada umatnya untuk mencari atau mencapai ketenangan
diri dan umat Islam tidak perlu merujuk atau mengikut kepercayaan atau
amalan agama lain.
Amalan yoga adalah salah satu dakyah halus yang digunakan untuk mengembangkan pengaruh hindu.
Yoga ini pada awalnya diperkenalkan di negara-negara barat kerana
masyarakat sentiasa mengalami stress. Apabila ketenangan dapat dicapai
melalui yoga, mereka mendapati produktiviti kerja semakin bertambah baik
dan atas dasar ini yoga dianggap antara kaedah terbaik memulihkan
kesihatan dan memajukan diri.
Mengandungi unsur-unsur falsafah agama lain dan kesyirikan, adalah haram bagi umat Islam mengamalkannya.
Singapura walaupun hanya mempunyai minoriti umat Islam telah
mengharamkan yoga atas dasar mengandungi unsur-unsur syirik yang boleh
merosakkan akidah orang Islam.
Adalah wajar umat Islam dilarang
daripada melakukan apa jua amalan atau senaman yang mempunyai kaitan
dengan unsur syirik atau pemujaan agama lain.
6 comments:
Murah nyer yuran kat sana. Klu kat sini harga camgitu harus dah join senaman bagai. Seronok g gym ni dulu2 zana join kt California fetness.. Mahai gila. Ni bila la mula kan balai. Hati mau tapi badan berat rasa nak mula.. Hehehe
Dulu mase sklh rajin jgk prgi gtm. Skung x ade peluang lg lah
bestnya kak..
masa tk pregnant dulu..
ada la hubby ajak gi gym sekali
tp kt sini gymnya mahal..huhu
so bleh exercise jogging riadah ptg je lah..
now iwan pon tk gi gym dh..dia buat kt umah sdiri..sekali anak pon ikut..haha..
yoga haram baru tau huhu
tp rmi artis2 yg dok beryoga
nak pi gym gak..sn murah lah
sini mak aii mau kopak duit :)
el kena p exercise lah kak
asik dok kat umah mkn tido mkn tido
xde nak exercise petang2 pun..tau masakkkkkkkkkkkkkkkkkkk je huhu
wahai kakak Lona yang di sayangi. sejak akak wat entry yg sebut alona yang perlu kuruskan badan tu. T pun terfikir nak kurus jugak kak. dah berat ber tan tan dah ni...
meh sama sama kita kurus badan. tengok sape yg kurus dulu.ada partner baru semangat.
walla bestnyer !
Post a Comment