Wednesday, September 4, 2013

Dh boleh bawa kereta sendiri ke Langkawi..

Wahh..panjang tajuk entry ni, ye. Dah boleh bawak kereta sendiri ke Langkawi pada hari & waktu yang sama kita pergi. Takyah dh hantar keta sehari sebelum nak belayar...dan kita naik feri yg berlainan keesokkannya seperti yg sudah ada perkhidmatannya di jeti Kuala Kedah.

Sebenarnya aku dh tau citer pasal ni masa aku balik dari Langkawi baru2 ni. Sepupu aku...Abg Peli tu laa yg cerita. Dia tau pun sebab pak menakan isteri dia terlibat dlm urusan ni. Mgkn salah sorang pekerja di Jabatan Laut Kuala Perlis tu kot...hehe.

Abg Peli bagitau...tak lama lagi...leh bawak kereta kita sendiri ke Pulau Langkawi tu. Feri khas tu ditempah kat negara India. Tapi tambang mungkin mahal laa.

Tup2...masa aku tgk berita TV1 malam tadi (03/09)....dh keluar citer pasal ni.
Sesape yg nak masuk Pulau Langkawi dh boleh bawak kereta sendiri guna feri tersebut. Feri tu leh memuatkan sehingga 45 bijik kereta (maaf kalo tersalah bg jumlah, hehe) dan 200 orang penumpang utk satu2 perjalanan ulang alik Kuala Perlis ke Langkawi. Ok...menarik, kan?? Jom kita tengok pulak berapa cas tambang yg dikenakan??

Cas tambang utk kereta adalah RM180 dan ke atas berdasarkan saiz atau kelas cc satu2 kereta cenggitu laa utk perjalanan sehala. Harga tu dh termasuk sekali ngan pemandu kenderaan tersebut, ye..
Tetapi utk penumpang yg lain...mereka dikenakan tambang seperti biasa..iaitu seperti menaiki feri penumpang tu jugak lah. RM18 seorang laa kalo cenggitu, kan.

Tempoh perjalanan nak sampai ke sana...makan masa dua jam jugak lah. Sebab bawak kenderaan berat2, kan. Ngan penumpang lagi. Kena sabar lah sket.
Kredit utk gambar ni...ambil dari halaman fesbuk Dr. Maza..
Keadaan feri tu sekali pandang aku tgk dlm berita tadi...ada laa mcm feri Pulau Pinang tu, hehe. Tapi tempat duduk penumpang selesa laa nampaknya. Mcm seat feri penumpang biasa ke Pulau Langkawi tu jgk. Tempat penumpang kat sebelah atas. Suasananya terbuka laa. Mcm feri Pulau Pinang tu jugak.

Proses nak bawa masuk dan bawak keluar kenderaan ke Pulau Langkawi ni pun kena hadap Jabatan Imigresen jugak lah, kan. Mgkn kena bawak geran sekali ke....tu aku tak pasti laa pulak. Pasal tak sebut pun dlm berita tu tadi, hehe..

Skang ni...dh ada pilihan laa. Kalo nak bawa kereta sendiri pun boleh...kalo nak simpan kereta kat area terminal jeti seperti biasa dan menyewa kereta kat pulau tu pun boleh. Pilihan di tangan masing2. Ikut bajet masing2 jugak laa mana yg lebih untung.
**Pendapat aku, mungkin lebih berbaloi pada mereka2 yg bercuti lebih dari 3h2m...atau kena berkursus kat sana seminggu, dua minggu, sebulan atau berbulan2....ke, kan..

Bagi aku...walaupun ada pilihan mcm ni...tak bermakna penyewa kereta kat Langkawi tak leh cari makan. Sebabnya...Langkawi adalah destinasi yg popular kat Malaysia ni.

Berapa bijik feri khas ni disediakan utk perkhidmatan terbaru ni pun aku tak dengar dlm berita malam td, hehe. Sori ye kalo ada yg tertanya2 tentang persoalan ini...

Nota ALONA:-
~Kalo nak pi bawak kereta ke Langkawi masa peak season...masak laa nk tunggu turn perjalanan, kot...hahaha..(terbayang nk tunggu turn naik feri Pulau Pinang waktu puncak, adeii)..

10 comments:

Kamsiah yusoff said...

kalau guna Star Cruise,mmg boleh bawak keta kesana..akak pernah la sekali merasanya...portnya kat penang..tp tambangnya lbh kurang rm700 pada masa tu...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wahhhh sng la cenggitu kan..
tp tu la..mmg lmbt la cm tu nk smpi pun dh 2jam..haha..
ngan tmbang lg mahal gak..haha..

tk per ada budget bleh la dipertimbangkan...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

byk info yg alona kongsi cara nak ke langkawi.. senang utk org mcm akak yg tak pernah pg buat rujukan nnt... t.kasih..

wantie said...

rasa mcm tak berbaloi la pulak. sehala 180.00 sah sah le kena bayar 360 kan..

then kena tunggu 2 jam tuk sampai. pas tu kena lalui imegresen bagai. adoi..sangat sangat meletihkan.

baik sewa keta di sana. perjalanan individu pun kejap je.

el said...

sehala 180...tu belum tambang balik pulak..lau 2hala oklah
ermm awat mahal nak mmpus hahaha
cer buat tambang mcm feri penang tu ha ekekeke..tgklah lau bajet lebih bolehlah nak bw kete..

Anonymous said...

mmg leceh kalau nak bawa keta sendiri ni !

Unknown said...

Tq bnyk info pasal langkawi nie. Blh jadi duta langkawi lah gayanye

attyfir said...

macam mahal jugak kan..bak kata lona..sapa yg bercuti lebih dr 3H2M..mmg berbaloi..

lelawaty said...

Sy pon sempat nek..tp dah tak dak dah.msa tu anak sy 5 thun..sek dia 20tahun

Anonymous said...

Feri
180x2=rm360

Sewa kereta
2hari=100x2=200
3hari=100x3=300
4hari=100x4=400

Verdict: feri hanya berbaloi jika bercuti lebih 4hari dilangkawi.