Sunday, September 8, 2013

Sanak saudara Kodiang mai umah...

06.09.2013
JUMAAT

Eh...dorang bukan mai umah aku, tau!!....hehe. Dorang sebenaqnya pi umah mentua aku.
Sedara mara dari Kodiang ni adalah sedara dari sebelah mak mentua aku. Dorang datang 3 buah bijik kereta.

Pagi tu...mak kol aku...bagitau pasal ni. Kata mak...leh sama2 masak2...sama2 menjamu selera ngan dorang nanti. Kul 10 lebih baru aku gi sana, hehe.. Tolong itu ini...tapi banyak menu kak Nor laa yg masak.
Masak lemak telur itik.
Ni ayam masak kari dari chef Ella, hehe..
Tengah2 sebok kat dapur...kucing mak ni tetiba masuk ngan plastik cenggini kat badan. Mengiau nak mintak tolong soh bawak keluar plastik tu dari badan dia, huhu. Tak tau laa mcm mana leh jadi mcm tu. Bkn ada budak2 pun kat umah masa tu melainkan adik anis yg busy layan tablet dia, hihi...
Ok...dorang dh sampaiii.
Dh sampai...sembang2 dulu. Yg lelaki tak lama tu perlu ke masjid utk solat Jumaat.
Tunggu dorang balik baru berhidang.
Alhamdulillah...ni pun ada yg tak keluar utk makan lagi ni. Masih kat dlm bilik depan tu mencuba tilam zhulian mak, hehe..
Kul 4 petang camtu...dorang nak beransur dh. Katanya ada yg nak pi hospital Taiping tgk anak sape ntah (sedara jgk tp aku yg tak kenal, hehe..)..kena admit kat wad spital tu sebab demam panas.
Hehe...amek gambo abg man. Selalu kena usik abg man ni, nasib ler kan..kehkeh. Ari tu dia malas memandu. Dia naik ngan adik bongsu dia. Teana dia...adik pempuan lagi sorang yg drive...
Hari tu mengeram sampai kul 6 lebih aku kat umah mak...Dari bersembang2 terus semua tertido layan mata. Manakan tidak....petang tu mengantuk disebabkan cuaca hujan, kan...hihi.
Aku ni bkn takmo balik awal. Kunci umah aku tu.....abg terlupa nk bagi aku masa abg nk gi keje semula selepas balik umah tengahari Jumaat tu.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, selesai ngan jayanya tugas di Dewan Komuniti 1 Malaysia Chemor semalam. Walaupun masa majlis cuaca hujan tapi bila sesi outdoor yg dilakukan di ladang pokok gaharu di Klebang, Ipoh dan di Gunung Lang, Ipoh petang tu....cuaca cuma mendung, hujan gerimis dan mendung saja. Syukur sangat sbb melakukan tugas dgn sebaik termampu.

7 comments:

Kamsiah yusoff said...

nasib baik umah mertua tak jauh,kan...hehe menantu mithali..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

seronok layan tetamu jauh kan... penat2 kita masak pun berbaloi sbb mesti dorang berselera makan sebb penat dan lapar dlm perjalanan jauh tu... kdg2 giliran kita pun camtu gak.. bila singgah umah sedara yg kebetulan kita belum sempat mkn.. kemain seronok dijamu tak kiralah lauk apa pun.. mesti selera.. hehe..

wantie said...

wah.. mengeram sakan akak kat sana. tak pe la kan umah Mak.

ramainya yg menjamu selera.meriah

el said...

seronok lau msk2 tuk org mai dtg umah..sure meriah time tu kan kak..hat ni yg akk mai lawat pas pi langkawi ke hari tu

Annamariana1989 said...

wow, masak lemak telur itik..
anna x pernah makan ni..
nanti sis siarkan resepi ok :)

Unknown said...

Masak ramai2 nie maskn tu akn lbh sedap.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

macam rombongan meminang je...hahaha

hujan start since last week kan kak..mmg asyik nk tido je..haha