Tuesday, September 17, 2013

Bagus lori ni..

Situasinya di jalanraya sewaktu jalan sesak...jem!!
MESTI akan ada kereta yg mementingkan diri sendiri ikut laluan kecemasan. Macam dia sorang jer nak cepat, kan!!
Maka, lepas2 tu......situasi biasa dilihat adalah..............MESTI akan ada kereta2 lain yg mengikut jejak langkahnya iaitu mengekor kereta tadi ikut laluan kecemasan.
Makanya pulak....situasi lagi satu ni pun biasa terjadi lepas2 tu....iaitu kereta kita ni lambat ler nak bergerak sebab dorang ni tadi tetiba nak masuk lorong biasa semula kat depan2 tu.

Aku mmg geram ngan pemandu yg pentingkan diri sendiri ni melainkan dia mmg ada kecemasan. Pernah aku lihat situasi ada satu kemalangan berlaku kat depan2 sana tu sehingga mengakibatkan jalan sesak teruk. Kemudian ada pemandu kenderaan yg sangat mementingkan diri sendiri telah melalui lorong kecemasan. Kemudian kereta2 yg lain pulak berderet2 mengikut kereta depan tadi untuk sama2 mementingkan diri sendiri jugak!!!! Situasi dia...mcm dia dh nak tercirit sgt cari jamban nak melepas!!!!

Tak lama tu....ambulans pun datang disebabkan ada mangsa kemalangan yg memerlukan rawatan kecemasan. Malangnya...ambulans tu tersangkut beberapa minit disebabkan laluan kecemasan telah dipenuhi ngan kereta2 yg pemandunya mementingkan diri sendiri tadi yg jugak tersangkut disebabkan kemalangan kat depan tu. Ambulans tu nak mencelah kot mana???...semua lorong pun padat ngan kereta. Ejas punya ejas laa pemandu kereta di lorong kiri tu nak ke tepi sana....ke tepi sini semata2 nak bagi ambulans tu melepasi sehingga ke tempat kejadian!!!
**Hanyir mcm ikan busuk perut nak terburai dh pemandu2 mementingkan diri sendiri ni, kan!! Menambah rumitkan keadaan kecemasan kat tempat kejadian.

Apa yg aku nak citer kat sini...aku dh tengok satu contoh lain ketika kitorang dalam kesesakan ketika menuju ke Pulau Pinang baru2 ni. Jalan dh mula jem kat depan kilang Yussuf Taiyob tu...Semata2 nak membayar tol yg lagi 3km tu.
Maka, adalah adegan pemandu-pemandu kereta mementingkan diri sendiri seperti yg aku citer di atas. Melalui lorong kecemasan kengkonon dia jer nak cepat, kan.
Tetapi....kemudiannya...ada sebuah lori ni....telah menyekat penambahan lagi dan lagi pemandu yg lain nak mengikut jejak pemandu yg dh terlepas ni tadi.
Dengan cara...lori ni ke tepi sikit...iaitu 'makan sedikit ruang di lorong kecemasan' agar kereta2 yg sedang membara nk ikut lorong kecemasan tu tak tercapai hajatnya, hehe.

Situasi seperti di dalam gambar di atas. Nampak kan....lori tu sebelah kirinya masuk sikit ke dlm lorong kecemasan, haha. Kesian kat pemandu2 yg dh berhasrat nk folo kereta2 depan ikut lorong kecemasan tu. (Gambar ni aku dh terlambat nak snap...masa ni laluan dh laju sket. Tu yg lori belakang aku ni tertinggal belakang sket sbb asek dok jaga kereta belakang tak bagi memotong ikut lorong kecemasan, kehkeh. Tp mmg banyak lagi kenderaan2 lain yg masih berderet2 kat belakang2 tu).
Bagi aku...bagus pemandu lori ni buat mcm ni. Ye lah...bila byk kereta dah ikut lorong kecemasan..nanti dorang akan masuk jugak kat lorong kiri kat depan2 tu nanti, kan. Perkara itu akan membuatkan lori ni pun akan lambat sampai ke destinasi dia, hehe.
Mesti pemandu BMW dan pemandu2 kereta lain kat belakang kereta BMW silver tu gerammmm aje kat pemandu lori ni, hahahaha...


Nota ALONA:-
~Harap2 yg membaca entry ni leh paham apa yg aku cuba nak citerkan dan sampaikan...hihi..

4 comments:

wantie said...

T pun memang angin kak, masa balik raya hari tu, siap potong kiri. risau tau, ye la banyak jugak penunggang motosikal.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mmg byk cm tu kak..
time jammed la deme nk potong kt line kecemasan tu..huhu

el said...

jgn x percaya kak..el pernah buat mcm pemandu lori tu..block jln tepi (jln kecemasan)..sbb geram sgt ko je nak cepatkan...ikutlah rules kan
el just mkn skit je ruang jln kecemasan tu ..so org kt belakang yg nak laju2 tak boleh nak jalan hahahaha

Anonymous said...

bagus sgtlah tu !