Monday, September 2, 2013

Set nasik campur RM3

01.09.2013
AHAD

Al-kisah...tempat makan RM3 ni kitorang mula tau bila baca sokabar KOSMO.
Mmg tingin nak gi...tapi buat2 tak tau jer lagi, hehe. Tapi disebabkan kat fesbuk grup @Taiping tu dorang asek dok citer aje semenjak dua menjak ni pasal kedai ni...tu yg aku ajak abg gi sini semalam, huhu.

Berpandukan komen dari dorang2 yg dh penah gi sini...maka kitorang main agak2 aje laa kat mana lokasi dia. Sebab gerai ni bukan mcm gerai biasa tu...tp dibuat di rumah tu aje. Anjung rumah diletakkan 4 buah meja. Kalo meja penoh...pelanggan leh makan bersila kat dalam umah atau di anjung tu jugak. Papan tanda mmg takde langsung kat tepi jalan utama. Takde langsung penunjuk arah. Sape yg mai sini semua promosi dari mulut ke mulut aje. Sampaikan wartawan KOSMO pun tau tempat ni dan masukkan dlm akhbar dorang. Tak ingat dah bila...awal tahun ari tu kalo tak silap.

Nak ke sini....kalo dh biasa kat jalan ni, InsyaAllah...tak susah laa nak cari pun walaupun kena masuk jalan kampung sampai ke sini. 
Ada no. telefon tu kan...leh telefon dulu utk pastikan gerainya dibuka ataupun tidak hari yg kita nak pi tu. Tp kitorang main terjah aje semalam sbb tak tau pun nombor telefon dia. Biasanya mmg hari2 bukak....hari2 orang ramai gi sini.
Lauk pauknya dihidang mcm ni....macam kat rumah.
Mai laa berapa orang pun...cenggini ler hidangnya. Mai sorang ke...mai dua orang mcm kitorang ke...mai sekeluarga besar ke...makanan tetap akan dihidang mcm kat umah. Takde buffet...buffet, ye. Tp dihidang ikut laa pelanggan berapa orang. Kalo 4 orang...makcik midah akan hidangkan lauk-pauk utk 4 orang makan. Kalo dua orang...dia akan hidangkan utk 2 orang makan. Begitulah seterusnya.

Kalo kita jadi jer pelanggannya hari tu...dia akan taruk semua lauk-pauk ni. Mmg kita takleh nak pilih2 sbb kita pun tak tau makcik Midah ni masak menu apa hari tu. Lauk-pauk pun elok jer dok dlm periuk bertutup. Tak terdedah sebelum dihidangkan. Bila sampai aje...baru dia hidangkan kat kita.

Ok, lihat lauk pauknya...ada ketam lemak. Walaupun saiz ketam kecik2 tp isi ketam tu penoh, tau. Kesegaran dan kualiti terpelihara. Maklum laa..kawasan ni mmg dekat ngan Kuala Sepetang tempat naik ketam, ikan, udang dari laut...
Selain ketam lemak, ada jgk pajeri terung, sambal tumis udang, lemak nangka, buncis goreng, ikan goreng 3 ketui, sambal belacan, pucuk ubi rebus, nasik sebekas...sekali air roselle satu jag...
Ni...hidangan kitorang 2 orang....
Ok...hidangan mcm di atas bernilai RM6 sahaja. Sorang dikenakan cuma RM3 saja. Sangat2 berbaloiii...
Semoga dimurahkan rezeki pada makcik Midah. Zaman skang ni mana nak dapat hidangan mcm di atas ni RM6 utk 2 orang makan...kan??
Tapi ada sebab kenapa makcik Midah buat macam ni. Semuanya disebabkan dia penah bernazar. Nak tau sebab apa...leh baca petikan kisah menarik tentangnya yg penah keluar di KOSMO ni. Klik jer KOSMO...

Hidangannya...menunya...lauk-pauknya mmg biasa2 aje..lauk kampung, kan. Tapi harga yg dikenakan mmg terlalu murah...betul2 gerai 1 Malaysia ni.
Buruk lantak...hehe. Leh abes licin woo!!
Sebenarnya, kalo ikut tekak aku...masakan kampung makcik Midah ni sedappp. Pajeri terung tu lembuttt aje. Aku ni kurang sebenarnya makan terung ni. Tp mmg sedap.
Ramai yg dh sampaiii...
Kitorang sampai semalam..kul 11.15 pagi. Disebabkan tak cukup info...kitorang tak tau pun sama ada Ahad ni gerai  makcik Midah ni beroperasi ke tak. Kitorang cuba2 nasib jer pi terjah. Tapi Alhamdulillah, mmg bukak pun. Jadi, kitorang antara pelanggan awal hari tu. Kemudian2 tu...satu demi satu kereta masuk situ nak menikmati nasik campur RM3 tp penoh ngan lauk mcm gi makan kenduri jer. Namun, walaupun ramai...makcik Midah cepat jer menghantar hidangan tu. Cara dia dan cucu2nya menjalankan keje2 tu lancar...

Kalo nak datang makan sini...kena mai awal laa. Kalo idak, kul 1.15 pun lauk dh abes dh. Maklum laa...sape yg takmo amek peluang makan murah tapi berbaloi-baloi mcm ni, kan...

Kepada makcik Midah, semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik.

NOTA ALONA:-
~Ujung minggu depan nak ajak mak ngan abah pulak mai sini sbb mak ari tu pun baca gak KOSMO tu...tingin nak gi sini. InsyaAllah, nanti kitorang bawak. Semalam tu nak tau jalannya dulu, hehe.

8 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pada akak memang murah sgt tu.. masakan pulak nampak sedap2 belaka.. mudahan kak Midah sentiasa diberikan rezeki yg melimpah & sentiasa sihat.. amin..

Cikrosecute said...

seronok makan kalau di hidang cam gitu...

Rinna said...

Memang berbaloi laa..makanan pun sedap2 gitu.. Murah rezeki kak midah nanti..

el said...

nti lau balik kpg leh singgah mkn sinilah..mmg murah sgt..mn nk dpt mcm ni skun

wantie said...

kalau ada keberkatan harga yang sedikit tu memang mencukupi.

banyak juadah tapi harganya murah pulak tu kan. moga Allah murahkan rezeki kak Midah.

attyfir said...

memang murah sgt..semoga makcik midah dimurahkan rezeki selalu.amin

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

apa nama kg tu kak?
terkejut gk tgk abg fadzil post kt fb psl mkn rm3 ni...
insyaAllah ada masa leh try mkn kt sini...thks kak share

ibuayu said...

Macam tak percaya je...mintak izin share cerita kat blog ya