Sunday, April 6, 2014

Anak jiran bertunang..

05.04.2014
SABTU

Tengahari tu...kitorang memenuhi undangan dari kak Ani, jiran sebelah umah kitorang ni.
Dia buat majlis tunangkan anak gadis dia. Katanya, tunang ngan orang dekat aje....satu Kamunting ni jer. Tak pe...jodoh ngan orang mana pun takpe. Asalkan baik...bertanggungjawab.
Suasana dalam majlis tu. Ini adalah pengalaman pertama kak ani menerima kedatangan gini. Sebelum ni...anak dia yg dh kawen tu...lelaki.
Ha'ah, kitorang datang sebagai jemputan biasa aje.
Jurufoto tu dari butik kot...sekali pakej pelamin.
Tapi biasalah...kalo OP fulltime ni...bila majlis kecik gini dorang hantar budak2 baru aje. Tengok ler keadaan dorang masa orang tengah berbincang tu. Moment apa laa yg dorang dpt rakam ye?? Sebab moment yg terbaik adalah dari depan tetamu terutama yg sedang bercakap tu. Dua2 lak dok di tempat yg sama tu, mm.
Eh, tapi tak baik laa kan...komplen keje orang, hihi..
Upacara sarung cincin sebagai tanda pertunangan..
Bergambar ngan Maria si gadis yg dh menjadi tunangan orang..
Bergambar ngan kak ani, adik kak ani, kak nor dan makcik apa ntah yg ni...maklum ler..jiran lain lorong ni aku tak kenai sgt, hehe..
Ni ler anak sulung kak ani yg dh kawen tu. Ngan isteri dia. Dh ada 2 orang anak pempuan dh pun. Sambut besday sekali ngan majlis mak sedara dia bertunang, hehe..
Ok...jumpa lagi coklat yg melting...nyum. Ari tu dh pulun kat Cameron. Kali ni kat hidangan dari besday girl ni pulak.
Kitorang dok pulun makan mende ni dulu, hahaha.. Mana taknya, meja kitorang dok tu sebelah betul ngan meja manisan ni.
Over...kan!!! Tapi...antara buah yg sesuai ngan cekelet ni adalah stoberi dan anggur. Epal tak sesuai.
Lepas2 tu baru kitorang makan nasik, hahaha..
Tapi tak banyak laa...sbb dh banyak makan makanan dari meja manisan ni, mm..
Bergambar ngan anak bongsu kak ani....masih belajar f3. Dia sorang dalam adik beradik dia dilahirkan kat Taiping ni setelah kak ani berpindah di sini. Setahun lepas tu...aku bersalinkan Akiss pulak, hehe..
Gift utk tetamu majlis hari tu..
Kak nor teman yui makan. Yui baru balik keje...half day. Sabtu, kan. Berborak ngan pak Dolah, jiran kitorang jgk ni.
Along pun ada sebab ikut atuk mai Taiping, kan..hehe.
Untung tul along ni. Kalo atuk nak datang Taiping...leh bawak dia sekali kalo takde aktiviti kat hostel dia.
Ayah takde masa ni...keluar dating, huhu.
Sebelum balik...bergambar dulu ngan kak ani..
Sebenarnya...dalam lorong kejiranan kitorang ni....banyak aku tengok jiran2 utk jadikan sebagai rujukan dan penanda aras aku. Kak ani salah sorang sebab dia menjadi jiran aku terawal sejak anak sulung dia masih menjadi pelajar menengah rendah MRSM di Melaka. Skang anak dia dh menjadi seorang exec di Pos Besar di Dayabumi, KL. Aku pun muda lagi masa kak ani jadi jiran aku tu ;). Awal 20an. Kiranya kini aku pulak sudah melepasi level itu walaupun anak sulung aku tak abes lagi belajar dalam semester 1 di BMI, hehe..

Jiran2 aku...semua anak dh besar2 (kecuali jiran baru depan umah aku ni...anak2 dia masih sekolah rendah lagi wlpn usia dorang dh melepasi angka 40an). Skang...aku pulak melalui zaman yg penah jiran2 aku lalui dulu.

Nota ALONA:-
~Lorong umah kitorang ni....umah kitorang (join skali ngan umah kak nor) adalah umah yg pertama didirikan. Tak lama tu...kak Ani dan abg Mat pulak buat umah. Pastu jiran sebelah kanan umah aku ni pulak buat umah. Selepas2 tu naik ler lagi 4 bijik umah yg lain..

5 comments:

Anonymous said...

tu dier majlis tunang la ni meriah betul dah macam kenduri kawin gamaknyer ! hehehe

tifaanvar said...

tempting sungguh tngk cokelat tu makan dngn buah lg

wantie said...

sekali tengok kaler kek tu sama kaler ngan baju akak. ngeee...

wah kalau dah dekat meja, haruslah memonopoli. aih..naper la kat sini takde org wat menda alah ni time kenduri.

rasa mcm nak beli je mesin coklat tu. nak makan sepuas hati.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

zura duk pi umah makndak zura kt blkg tapak expo tu..kg expo la kn..

tp tu la..tang mn umah kak alona zura tk sure plak..byk taman ye kak kt sini? hehe..

nad said...

pasni akak plak wat kenduri utk along tunang or kawen..cewah! berangan je saya ni hehe