Bakal ada Tune Hotel, AEON Jusco, Taiping Mall setelah The Store, TESCO, Tpg Sentral, Giant, Econsave..tetapi aku tak setuju laa ngan kawasan2 elit yg sedang dlm progress naik di kawasan2 berhampiran bandar Taiping ni.
Kondo...berapa bijik kondo mewah sedang rancak dalam pembinaan...
Tetapi bkn laa dgn naiknya bermacam2 jenis tempat membeli-belah ni bermaksud ia membangun jika tak seiring dgn peluang pekerjaan yg ditawarkan selain bidang perindustrian.
Diharapkan jugak...dgn situasi begini...harga barang2 masih terkawal seiring dgn taraf hidup penduduk di sini.
Dan dgn berdirinya pusat2 membeli-belah besar begini...tidak jgk bermaksud peniaga2 kecil tidak bersaing. Utk setakat ni...masih banyak kedai2 runcit dan mini market mampu menawarkan harga lebih rendah dari pasaraya2 besar yg ada di sini.
Di sini jgk ada hospital swasta yg menawarkan perkhidmatan yg baik seperti TMC KPJ, Columbia Asia, Apollo.....mgkn akan datang hospital swasta besar yg lain bakal wujud di Taiping, kan?? Sbb orang Taiping skang aku tengok ramai yg mampu ke hospital swasta begini utk rawatan2 yg lebih selesa.
Sepatutnya...Taiping ni kena ada bandar baharu. Jgn tumpukan kat kawasan pusat aje.
Macam sendat dh nampaknya. Trafik light pun dh berlambak2 dh, adoiii.. Mujur ler dh lama dok Taiping ni tau jalan2 alternatif.
Nota ALONA:-
~Harapnya...warisan tetap terpelihara dan tidak tenggelam dalam arus pembangunan. Tetapi mengekalkan warisan mmg memerlukan keprihatinan semua pihak dan seharusnya pihak berwajib memainkan peranan sewajarnya.
1 comment:
rindu tepeng!
Post a Comment