Saturday, April 5, 2014

Outing ngan akiss..

05.04.2014
SABTU

Ada sebab kenapa kitorang gi outing ngan akiss wlpn baru jer seminggu hantar dia balik asrama.
Ni semua gara2 kul 11.06 malam dia kol guna hp kawan dia...menangis2 teresak2 sebab balik prep dia tengok simkad dia dh hilang tapi tak hilang hp dan jugak hilang RM50. Semua barang2 tu tersimpan dalam locker dia sebelum gi prep tu.

Geram tu tak usah kata laa...mmg rasa gerammm jer malam tu. Tapi mujur ler aku ni masih ada perasaan naturalkan diri dan cuba cari jalan utk menyelesaikan. Apa pilihan yg aku ada??
Aku terus sms ketua warden mengadu panjang lebar tentang hal ni. Aku nak kol...risau mengganggu. Jam dh kul brp. Mgkn dh tido. Ketua warden pun ada waktu peribadinya jugak, kan. 

Alhamdulillah, pagi sok tu...kul 8 lebih...ketua warden kol aku. Bgtau dia dh jumpa akiss dan sudah menyerahkan kes ini kepada warden blok utk selesaikan. Terima kasih pada ketua warden sebab amek perhatian mesej aku sebagai waris pelajar.

Aku bkn apa...mmg syak budak yg sama curi kredit akiss RM24 dulu. Sebab dia amek simkad aje. Mgkn...mungkin dia try nak buat share topap tapi tak leh sbb akiss dh lock simkad akiss dh. Tapi dalam mencuba tu...risau terkantoi....dia bukak hp murah akiss tu dan amek simkad nya termasuk ler duit RM50 dari dompet akiss yg turut berada dekat2 hp dlm locker tu, huh!!!

Ntah ler...sian mak pak budak tu...kan. Harap2 anak2 aku dijauhkan dari perbuatan berdosa ni. Tak berkat belajar...buat apa pun tak berkat.

Disebabkan simkad akiss dh kena curi....budak tu pun bila dh masukkan simkad kat hp dia tp tak leh nak bukak simkad tu sbb akiss dh lock.....mesti budak tu buang aje simkad tu. Paling aku terpikir...tempat paling sesuai nak buang kat dlm lubang jamban hostel, kan...huhu.
Jadi, kena laa aku gi Maxis Centre utk buat simkad lain. Nak beli simkad nombor baru...sayang laa pulak sbb baru jer nombor akiss tu dibuat validity 90 hari. Tapi gi kali ni...dorang kata aku tak leh nak buat simkad baru tu sebab perlukan akiss utk imbas cap jari dia sendiri. Ni semua sebab simkad tu daftar atas nama akiss. Huh!!!!!
Lagi satu...yg layan aku kat kaunter ari tu...lagi kerek. Nak semak transaksi yg terekod dalam sistem dorang pun dia tak bagi...atas alasan simkad tu bkn nama aku wlpn aku ni ibu akiss....walaupun suami isteri sekali pun. Amboii!! Budak kaunter sebelum ni paling tidak pun ok lagi...dia bacakan jgk transaksi RM24 tu wlpn kemungkinan besar dia sengaja tak bagitau nombor yg telah mendapat share topap RM24 tu.
Sebab kan...masa aku tanya kat wakil dorang yg terdapat di Parit Buntar....dia cakap sepatutnya Maxis Centre ada rekod tu. Hmm...nyampah aku ngan servis dorang ni. Tak menjaga kebajikan pelanggan langsung!!!!

Maka, Sabtu 5/4 tu kitorang gi laa outing ngan akiss. Mula2 gi wakil maxis kat Parit Buntar....geram tak geram...stok simkad dorang dh abes. Seminggu dh...tunggu stok tak sampai lagi. Adoiii!!!
Pastu, diorang pun kasi wakil Maxis kat Nibong Tebal pulak. Pusing semula ke Nibong Tebal..ke pekan dorang tu. Alhamdulillah, kat situ ada rezeki utk buat simkad baru akiss.

Dh beri ic utk fotostat, imbas cap jari tu...akhirnya dpt ler yg baru.
Semuanya mmg membuang masa. Dh ler bawak akiss kuar pun jam kul 4 petang. Sebab tunggu ayah ni balik dari jumpa seseorang kat bandar Taiping tu, huhu..

Sian lak akiss. Outing ngan dia tak bawak gi lepak makan2 kat mana2 pun.
Tengok jam...macam sempat lagi nak ke Parit Buntar semula utk ke Watson. Ada jer mende akiss ni nak beli. Kena layan ler kan selagi mende tu barang yg diperlukan.

Pastu, kitorang gi KFC...makan ayam sorang seketul aje. Cukup laa. Jam pun dh 5.30ptg.
Bawak yuii sekali...Atuk skang ni asek mesej2 jer, huhu.
Hehe...masa ni atuk kena usik sebab cucu pempuan dia numpang baca sms yg atuk baru jer bukak baca, kuikui.. "hati2 makan kfc tu...nanti tercekik tulang", kahhhhh...
Alhamdulillah laa, selesai satu perkara. Lega sket.
Aku harap...takde ler lagi kes kecurian kat hostel akiss ni....tambah2 yg melibatkan akiss.
Jenoh!!!
Tapi ye laa..kan. Semuanya jadikan pengalaman agar masa akan datang Akiss lebih berhati2 dalam apa pun situasi.

Nota ALONA:-
~Byk mende perlu diselesaikan..  

5 comments:

ayu Ismail said...

Cian akiss..budak yg mencuri tu dah sedap tu..asyik selamat je..

tifaanvar said...

bdk sklah pn dh pandai dh buat bende2 gini

Siti Fatimah said...

sekarang akiss dah merasa cam ne abang abang nya berouting ngan parent dia kan..

erk... bagilah chance kak, merasa ber SMS jugak ayah akak tu. Moga bahagia yer... suka pulak T bila akak citer part ni...ngeeee

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sabar je kan kak...
budak tu terdesak buat mcm tu kot kan..
kita doakan smoga bdk tersebut cpt2 insaf...

sonok tgk ayah kak duk bersms tu..hahaha..tgh darah manis tu kak..
kak bila majlisnya kak?

Nad MamaZN said...

ksiannya akiss.. bebudak ni tah la..tu bebudak mrsm tu.. apa la org kata kan bila dpt tau..harapnya dia berubah la nnt..xguna jugak pandai je tp akhlak zero. kunci mangga akiss kasi tuko le kak...ke takde guna mangga?

hahahah tergelak sms atok tu :) xsabo tggu majlis ;)