Friday, April 4, 2014

Teman abang keje..

02.04.2013
RABU

Petang tu...abang ajak teman gi keje kat Taiping Headwork.
Hehe...saja jer ajak teman. Bkn takut ke hape pun. Kat situ ada pekerja lain..operator yg keje shif tu, kan.
Ada pak guard jgk...

Ada keje yg abang nak kena selesaikan.
Kiranya overtime ler ni...
Bangunan baru...dalam ni mcm2 ada. Ada pejabat, ada lab, ada pam, ada scada, ada tempat pengawalan proses air, ada bilik miting......
Sambil2 abang wat keje tu...aku pun guna ler kamera hp ni snap itu ini utk bahan blog dan utk bahan salah satu grup Taiping yg aku terlibat utk isi info2 tentang Taiping ni.

Kebetulan pulak...3hb tu...sebahagian Taiping ni dh mula kena catu air. Siannya kat dorang yg terlibat termasuk ler MRSM Taiping. Mujur ler anak aku dh takde kat situ.

Mmg catuan air ini menjadi satu sejarah ler pada penduduk Taiping. Sebelum2 ni tak penah2 ada masalah gini sampai nak kena catu2 air pulak. Mujur ler area umah aku tak terlibat. Abang kata sebab kawasan yg bermasalah ni sumber air dorang dari empangan air kuning tu.
Bunga jenjarum...dulu kecik2 suka ler aku sedut titis air dari dlm bunga ni. Kitorang panggil madu, hehe. Tapi mmg manis air dari bunga ni.
Ujan dh mula turun 2 hari berturut2 di waktu petang kat Taiping ni. Air terjun pun nampak dh lebat semula.
Kat Taiping Headwork ni...sumber airnya dari 3 intake. Waterfall dalam gambar di atas, sungai ranting dan sungai Batu Tugoh.
Intai abang tengah wat keje.....ngee..
Ni...pasal meter yg menunjukkan brp banyak aliran air bersih yg dh keluar dari loji tu utk disalurkan kepada pengguna.
Diharapkan masalah air ni takde laa berlarutan dh.
Sama2 laa kita menggunakan bekalan air bersih ni secara berhemah...dan sama2 laa kita menjaga kebersihan sungai jgk, ye..
Jaga ni bkn utk diri kita aje...juga utk generasi akan datang..

Nota ALONA:-
~Ramai yg tahu...tapi ramai yg buat2 tak tahu..

3 comments:

ayu Ismail said...

Cantik gambar air terjun tu alona

Siti Fatimah said...

bestnyer kak boleh main teman teman suami kerja agi. kalau T memang tak berpeluang lah. lain lah kalau kerja sekali.

nak masuk duduk semeja pun tak boleh. hahahaha

Nad MamaZN said...

pelik gak bila tepeng pun kena catu air..sbb sana kan kawasan paling lembab.. hujan sentiasa.. kuasa Tuhan kan, nak jadikan sesuatu tu..