Wednesday, April 9, 2014

Buah dh mahal..

Aku ni mmg hantu buah.
Skang ni buah pun dh mahal2 belaka dh.
Tembikai aku beli...RM2.80 sekilo. 1/6 buah tembikai saiz besar tu...RM4.80, mm.
Disebabkan tingin nak bukak puasa ngan buah tembikai...maka beli ler jgk.
Semua buah dlm ni nilainya RM19.50
Buah pelam tu...sekilo RM12. Katanya buah mangga epal dari India. Mm...harap mahal aje laa. Beli sebijik ni setengah kilo harga RM6. Tapi balik dh kupas...isi belah luar aje sedap. Isi belah dalam masih masam sbb buah ni petik muda utk peram kan. Tak abes masak lagi dh dijual. Aku ni tgk kulit dh menguning mcm ni...mesti ler terus kupas, kan. Buah mahal mesti kita target isi dia sedapppp dan tak yah nak peram2 lagi.

Buah longan tu pulak RM12 jgk sekilo. Aku beli setengah kilo jgk.
Buah kundang atau buah staq tu..RM15 sekilo. Aku amek setengah kilo jgk, hehe..

Pokok buah durian banyak sedang berbunga skang ni. Bila banyak2 bunga ni akan mengeluarkan satu bau....bau yg aku suka. Tingat zaman budak2 dulu, hehe..
Nota ALONA:-
~Bila buah-buahan di pasaran dh mahal ni....leceh ler. Nak kena kontrol makan buah dh, huhu..

7 comments:

attyfir said...

betul lah buah mahal sgr skrg
semlm aty beli buah lai rm2 sebjk, buah epal rm1.300.. bila terpk mahal cmni..baik makan nasi ke..huhuhu

Kesuma Angsana said...

sedap2 tu KA pun antu buah kecuali buah doyan hehehe

el said...

buah staq tu baru smlm abg ipor bagi 4 biji hahahahahaha buat lepas tuk mak buyung je

tifaanvar said...

btl tu semua bende naik harga sampaikan buah pn naik. Huhuhu...

Siti Fatimah said...

memang mahal kak oi sekarang ni. kat umah T tu paling tinggi limau sunkist je yang ada.. buah lelain tu jarang sangat beli.

tapi kalau nak makan buah , suh mr. buah belikan. FOC.

tengah control mkn buah ni. nak kick lagi 5kg. wish me luck yer

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

sm la kak..
family suka mkn buah..
irfan sgt suka...

#sorry noh kak..mmg lama tk BW kt blog kak..now update pun zura dh mls...busy...hehe

Nad MamaZN said...

kami pun lama gak ni x mkn buah huhu