Saturday, June 1, 2013

Kenduri....oh kenduri....

Cuti sekolah.....
Adalah hari yg sesuai utk bawa anak2 yg sedang bercuti pi 'makan angin'...
Ia juga sangat sinonim ngan hari utk orang menikah dan naik pelamin...menjamu tetamu ngan nasik kenduri...

Cuti sekolah pertengahan tahun ni...kitorang ada 4 job : 4 pasangan pengantin.
Dari mula cuti minggu lepas sampai Ahad minggu ni..
Minggu depan kitorang tak amek job. Khas utk meluangkan masa ngan anak2.

Tak semua kenduri kitorang bawak anak2 sebagai krew pembantu ketika cuti sekolah ni (terutama outdoor). Aku lebih suka dorang kat umah. Leh settle sket2 keje umah dan keje sekolah dorang. Tp kadangkala ada situasi2 tu kitorang perlukan bantuan dorang sebagai krew. Jadi, kitorang bawak dorang sekali.

Minggu lepas kitorang tak bawak anak2 gi kenduri di Simpang, Taiping....tetapi bawak dorang ke majlis perkahwinan di Nibong Tebal...diperlukan sebagai krew ketika outdoor.
Minggu ni...kitorang bawak dorang gi kenduri pada 1/6.
Sebab utama rumah kenduri tu kebetulan betul2 kat depan umah adik ipar aku aje.
Leh ler dorang lepak2 situ...sambil makan kenduri, kan...
Tak yah aku masak awal kat umah untuk dorang makan kat umah masa aku ngan abg keluar gi laksanakan tugas tu...hehe...
Kenduri 2/6 Ahad nanti di Taman Yayasan...kitorang tak bawak dorang masa kenduri kot. Mgkn petang tu kitorang balik umah amek dorang utk gi outdoor sebagai krew pembantu. Jenoh jgk aku nk bawak peralatan segala termasuk props.
Seronok betul guna props cenggini. Fun wedding signage ye nama dia??? Mcm2 tulisan ada disediakan kat photo booth pengantin kitorang di Nibong Tebal ari tu. Aku pun sebok nk bergambar ngan mende ni jgk.
Apa tujuan gi kenduri kawen??
~Memenuhi undangan walimah..
~Nak memeriahkan lagi majlis terutama majlis tu adalah majlis orang terdekat kita.
~Nak makan...dh tentu, kan (hihi...dh tuan umah sediakan dan jemput makan, kan...kan..)...tambah2 itu adalah undangan pertama yg kita gi. Melainkan itu adalah majlis yg kedua, ketiga kita dh pegi utk hari yg sama, selalunya dh kenyang dh masa tu..
~Nak gift??? kalo boleh nk gift yg best2??? hahaha...Aku selalu nampak perkara ni terjadi. Al-maklum, sebagai OP mmg mata kena sentiasa memerhati situasi. Walaupun ianya cuma segelintir namun tiap2 kenduri mesti ada punya, ngee..

Cuma....................
~Kitorang skang ni...kalo gi kenduri kawen selalunya adalah sbb dh diamanahkan jadi OP majlis tu. Mesti kena pi jgk.
~Skang ni terutama majlis akad nikah....pengantin tak risau tok kadi tak sampai lagi. Dorang lebih risau kot2 OP yg tak sampai lagi, siap kol tanya, hehe...walhal masa tu kitorang dh ada dh pun kat lokasi tersebut. Dorang tu yg tak sampai lagi, ngee..sampaikan tok kadi yg kena tunggu dorang pulak, kan..
~Makan?? mmg tuan umah asek tanya aje...dh makan ke belom....dh makan ke belom...dh makan ke belom??? Risau sgt kitorang tak makan lagi.
~Gift??? tak kisah. Kalo bagi kitorang amek. Tak bagi pun kitorang tak gi mintak. Bila dh jadi OP ni selalunya....masa nk balik dorang akan bagi kat kitorang gift tu byk sbb jam dh petang dh kan, ngee..

Tu yg seronok jadi OP..
Yg tak berapa nk seronok...pilih2 gambar dari beratus2 sehingga seribu lebih menjadi cuma dalam anggaran 200 keping aje..adoii. Tp nak wat mcm mana, kan. Apa keje pun mesti ada perkara yg tak berapa seronok perlu dihadapi sbb itu adalah asam garam kehidupan.

Nota ALONA:-
~Tolong...tolong...byk album nk disiapkan ni....mmm...

3 comments:

Nad MamaZN said...

Akak, akak edit ke gmbr atas tu?

Kesuma Angsana said...

mmg musim kenduri kendara skang ni. Maaf lambat terjah balik. sibuk sgt2 skang ni

wantie said...

hahaha.... signage yang sangat sangat sesuai...

kak kena buat signage I came for OP la pulak..