Tuesday, June 11, 2013

Tangan sejuk katanya..

Mmg bakat menanam pokok ni ada kat angah.
Mgkn dpt bakat mewarisi dari mak mentua aku (opah angah laa, hehe)...

Dulu...masa angah ngan akiss dh tanam biji benih pokok nam2 dan elok tumbuhnya...opahnya pun mintak kat angah kalo ada lebih. Angah dh bagi satu pokok.
Alhamdulillah, dh serasi kat tanah di umah mak mentua aku tu. Skang...dh berlumba2 pulak pokok nam2 tu nak meninggi, hehe.

Bulan lepas...mak ada bagi aku buah gajus. Aku makan buah gajus tu (direndam ngan air garam)...dan biji gajus tu aku simpan. Tunggu angah balik....soh dia tanam. Masa dia balik pulang bermalam...aku soh dia tanam pokok gajus tu. 
Ini laa pokok gajus yg tumbuh hasil dari bijik benih yg angah tanam dulu..
Kemudian, balik cuti sekolah tengah tahun baru2 ni...angah ada tanam lagi.
Sebab ada lagi bijik benihnya yg aku simpan...
Ni laa dh bercambah dh mengeluarkan daunnya...kiutkan...bayangkan mcm baby sedang menguap, kehkeh..
Kalo ikut aku...tanam selalunya tak berapa menjadi sbb orang kata tangan panas, kot...hehe.
Kalo orang yg tanam apa2 senang tumbuh ni...orang gelarkan jenis tangan sejuk. "Sejuk tangan angah ni...tanam apa pun jadi...", haa, gitu laa contoh ayatnya..hihi..

Alhamdulillah, kalo diizinkan Allah pokok ni elok pertumbuhannya...beberapa bulan lagi aku dh leh mula petik pucuk gajus setiap hari buat ulam makan ngan nasik panas2, pergh!!!

Nota ALONA:-
~Terima kasih angah....

9 comments:

Nad MamaZN said...

Saya mcm akak.. Tgn panas hihi

Gieyana said...

Sy suka menanam...turun mak..:)

Leh geng ngn anak akak ni..:)

el said...

pinjam tangan angah sekejap kak boleh?:)

mama leen said...

wah bestnya... tgn sejuk... tanam pokok stoberi pulak kak.. hehe

Rinna said...

Sama laa tangan saya pun kalau tanam apa tak jadi..heheh..

Kesuma Angsana said...

betul lah orng kata bab tanam2 ni mmg ada tangan sejuk & panas hehehe

Hunny Kitty said...

amboiii ni kalao tanam pokok diyan ni mesti berbuah lebat si angah nih

che mid said...

kalau tangan sejuk elok utk tanam pokok, tangan panas mcm Che Mid sesuai utk apa pulak ya.. takkan utk tampar menampar kut ha ha

wantie said...

wah bagus ni kak. kalau T tak boleh la kak. pernah kat kampung T tu tanam pokok rambutan. Dalam 10 pokok tu hidup sepokok je..adoi..

boleh panggil anagh le kalau T nak tanam pokok. ada service charge tak? hehehehe