Tingin jgk nak mencuba, kehkeh. Dh lama tak pakai bedak sejuk ni, hihi.
Mula2 mcm susah jer nk cari kat Taiping ni..
Sekali aku belek2 grup @ Taiping kat fesbuk tu...tu dia..ramai yg jual. Jadi, kena pandai2 pulak ler cari yg jual harga yg termurah kita leh dapat.
Aku nak try 1 jer dulu. Kalo best...leh ler guna selalu. Dan leh bagi kat akiss jugak.
Sebenarnya...bedak ni mmg dh ramai yg guna. Produk ni dh ada sebelum keluar jenama Nora Danish (ND) TATE tu lagi. Harga pun katanya sebelum ni murah jer pun. Tapi bila ND dah buat penjenamaan atas nama dia dan laris pulak di pasaran (kengkonon ramai nk jadi mcm kulit muka ND tu, kan...Mitos tul..hoho)...maka bedak tanaka yg tak berapa popular sebelum ni dh naik popular jgk seiring jenama ND buat tu, kan..
Alaa..biasa laa tu. Mcm produk slimming gel Felinna jgk ler. Bila dh popular...muncul laa jugak produk mcm tu yg pembungkusannya sangat iras, nama produk pun iras2..huhu.
Aku pilih kaler ijau.
Walaupun dorang kata bedak yg rose tu lagi wangi...tp aku mmg nak beli yg kaler ijau ni sbb dia ada lemon. Lemon ni dh tau...sesuai utk kulit berminyak mcm kulit muka aku ni.
Dan aku baru tau...yg hijau ni utk pemutihan.. Tak kisah laa, yg penting...aku nk mulakan balik muka ni ditaruk ngan bedak sejuk. Dh lama muka ni tak taruk bedak sejuk...huhu..
Sekali taruk...bedak sejuk dari myanmar...katanya, kan..
Dah mula guna bedak tanaka ni.. |
Cuma...bedak ni kasar sket laa dari bedak two way cake, hehe..
Tapi....aku masih lagi amalkan jeli dari rumpai laut jenis biasa tu, tau.
Cuma balik dari Bandung hari tu terhenti makan sbb stok yg ada dlm peti sejuk tu dh berbau sbb elektrik kat umah ni trip pulak. Jadi, peti sejuk tak on ler sepanjang kitorang tak balik2 umah lagi tu, kan.
Pastu, bila dh beli rumpai laut yg baru...tingat pulak nak balik Bentong beberapa hari lepas tu. Terus tak masak lagi rumpai laut tu sbb nanti risau elektrik trip lagi sbb kilat masa kitorang balik ke Bentong beberapa hari tu. Nanti....rugiii lagi, kan..
Bila anak2 dh balik asrama..baru berkesempatan nk kacau rumpai laut tu, tapis masuk bekas dan letak dlm peti sejuk buat stok, hehe..
Baru leh amalkan semula makan rumpai laut tu...yeay!!!
Nota ALONA:-
~Mencuba produk sambil tolong jgk kawan2 meniaga online, kan...
5 comments:
sy pun ada beli pakai gak...yg bunga melur...tak taw hasil bila leh tgok..1 bekas tu besar gak rupanya, tgok dlm gambar cam kecil, sekali dpt real besar, berbaloi gak he3..
amboi pakai juga yer hehehe
dgr gk psl bedak ni kak..
then satu lagi bedak arab kut..mcm nk try..haha
boleh hilangkan jerawat tak? sejak 2 menjak ni muka T dah berbulu dengan jerawat. naik berketul ketul. skait pulak tu..
boleh info kat mn bedak ni jual nk beli ..lama dah cari..please
Post a Comment