Sunday, June 2, 2013

Bila akiss tak sihat..

Citer ni kena baca paham betul2...
Tak sesuai utk dibaca sekali lalu, ngee..

27.05.2013
ISNIN

Makan ubat demam pun tak lut. Makan panadol apatah lagi.
Demam on off on off..on..
Petang tu bawak akiss gi sebuah klinik panel tempat abg keje....
Suhu 41.7...doktor tak bagi ubat tapi........
dia soh bawak akiss jumpa pakar...uiii, tak penah lagi demam cenggini. Suhu tinggi mcm ni.

Aku try jer laa tanya...kalo bagi ubat jer tak boleh ke?? Tp doktor cadangkan pergi jumpa pakar. Risau ada jangkitan kuman. Mmm, redha aje laa. Demi anak kena gi jgk laa walaupun sebagai ibu aku tau akiss takde apa2 pun. Aku pun takleh yakin sgt ngan kata hati. Jadi, kena ikut kata doktor.

Doktor tanya aku nk gi mana?? Hospital Taiping?? TMC atau Columbia Asia.
Otak dh terpikir...kitorang ada kad cover utk kesihatan tu.
Aku kata...Columbia Asia (CA) lah...dekat sket ngan umah.
Doktor pun amek borang CA dan tulis apa yg patut..

Aku kena terus gi CA...tak sempat gi balik umah amek kad cover medic tu. Guna surat dari klinik panel yg diberi tu aje lah.
Dr. Lam iaitu doktor pakar sakit berkaitan akan tamat waktu bertugas jam 5 petang.
Aku kena bergegas ke sana.
Proses pendaftaran nk jumpa pakar guna surat dari MG Lim.
Tgh tunggu nama dipanggil masuk..
Alahaiii...sbb suhu tinggi...akiss kena tahan wad.
Seperti MG Lim...di sini jgk dorang risau akiss dpt jangkitan kuman.
Akiss kena amek darah utk diuji..
Kena amek jgk sample hingus dia..

Kemudian..ke kaunter pendaftaran semula..
Tunggu pendaftaran masuk wad..Mujur tak susah sgt ler prosesnya walaupun aku tak bawak kad cover medic tu sbb sebut nama kompeni abg keje, nama abg, nama akiss...dorang leh dpt maklumat tu bila kol ofis syarikat yg cover medic tu.

Tp...tetap kena bayar deposit RM300.
Aku mmg tak bawak langsung duit tunai masa tu...sbb tak sangka pulak nk kena gi sini. Ingatkan cukup sekadar gi klinik panel tadi aje. Jadi, aku guna ler kad debit sbb aku mmg takde credit kad.

Kad cover akiss ni leh tampung bilik maksima RM180 semalam....iaitu utk katil single dlm satu bilik.
Ada pilihan lain..2 orang dlm satu bilik..RM120 dan RM90 utk kongsi 4 orang pesakit dlm satu bilik.
Tp kitorang pilih satu bilik utk 2 orang.
Bilik akiss..
Akiss dh masuk wad...siap dpt tuala kecik, tuala besar, berus gigi, ubat gigi, sabun...Biasalah, hospital swasta, kan.
Dh bayar mcm harga bilik hotel...tentu lah selesa, kan..
Aku teman akiss sampai petang..Aku kena balik sbb aku sedang berpuasa hari tu. Azan Maghrib nanti aku nk kena berbuka pose pulak.
Tinggal akiss ngan sorang pesakit lain kat situ...
Malam tu, kitorang melawat akiss. Bawak bekal nasik. Akiss lapar.
Kalo sakit tp selera nk makan tu...bagi aku...ia adalah baik.
Tertera nama2 pesakit yg dok kat situ hari yg sama.
Masuk bilik...dia dh kena masuk air dlm badan.
Aku ler kena suapkan makan...
Pesan kat akiss agar minum air byk2....
Selera jer akiss makan..
Sampai abes...
Akiss demam tp tekak dia tak pahit nk telan apa2. Tu yg selera jer makan.
Badan dia pun tak lemah sgt pun. Cuma suhu jer panas.
Tp tekak dia ada tonsil sket dan keputihan jgk. Doktor bagi ubat kumur2 dan pil utk hisap.
Tp akiss tetap selera makan..tonsil tu tak mengganggu selera pun, mm..
Nak gi tandas..kena bawak sekali mende ni. Cuma bila akiss nk mandi jer aku mintak tolong misi bukakkan sambungan wayar ni.
Aku tak teman pun akiss kat sana. Dia pun soh aku balik. Dia dh biasa dok asrama.
Tambah pulak...dia dh makan ubat. Bila aku balik tu dia leh tido. 
Kitorang pun balik ler..ikut tangga jer. Setingkat kan. Over jer naik lif, hehe.
Esok pagi...aku gi jengok akiss sengsorang.
Bawak nasik lemak....
Ada roti yg disediakan tp budak ni lebih suka nasik lemak, hehe..

Masa tgh teman akiss tu datang ler staff bahagian dapur siap pakai kot dan bertali leher tanya nk makan apa utk makan malam nanti dan sarapan pagi esok. Setiapnya ada 2 pilihan menu, huhu..
Kat situ layan ch. Disney aje lah..
Semua dia layan...tv pun selalu on jer, huhu.
Kul 11 lebih abg datang jengok jap. Abg kan tiap Selasa keje kat TH terlebih dulu..
Aku mmg tunggu jer doktor datang.
Nak tau sendiri perkembangan akiss dari doktor sendiri.
Sementara tunggu doktor..aku tanya kat misi apa password wifi kat atas. Kalo kat bawah tu wifi OPEN...tp kat atas secured pulak. Technician CA berpakaian kemas yg datang tekan2 sendiri password wifi tu kat hp aku ngan hp akiss, hehe..Leh ler aku berinternet lepas2 tu.

Kul 2 petang...aku balik. Nak masak.

Dh selesai...bawak along ngan angah gi melawat akiss.
Aku bawak jgk nasik dan lauk ayam masak kicap ngan daging goreng utk akiss.
Abes akiss makan..
Ni lauk utk dinner yg dh dihantar waktu petang oleh dapur CA....yg akiss pilih. Nasik dan ikan.
Tapi akiss cuma ratah 2 ketul isi ikan yg digoreng ngan tepung dan dijadikan sup ni saja. Sbb dh kenyang makan nasik dari umah tadi.
Yang lain tu...angah yg perabes...hehe..
Along tengah syok main games hp. Tp dia dpt agak pulak aku nk snap gambar dia...adeei..dh goyang gambar ni, hihi..
Petang tu kitorang balik umah jgk. Tinggal akiss sorang2.
Aku puasa lagi hari tu. Nak balik bukak pose kat umah, hehe.
Malam tu gi lagi lawat akiss. 9.30 malam kitorang balik umah.
Malam tu...akiss mmg tido sorang aje kat bilik tu sbb cina sebelah tu dh keluar siang tadi.

Esoknya...pagi2 aku gi sana.
Nak tau feedback doktor..sbb doktor kata petang semalam...kalo akiss dh tak demam dia akan bagi balik.
Suhu akiss mmg lambat jer nk turun normal. 37.4-38....cenggitu jer.

Pagi tu katil yg kosong tu dh ada pesakit dok. Dia ada masalah asthma dan mengandung 8 bulan. Ditemani suaminya. Akiss bgtau...kul 5 pagi orang sebelah dia tu masuk wad.

Doktor pun masuk tgk akiss..dia kata akiss masih demam..walaupun suhu 37.4.
Aku mintak balik jgk...mana laa tau..disebabkan sejuk dok dlm ekon ni yg buatkan suhu badan akiss lambat nk turun walaupun dh makan ubat, minum air byk, mandi jgk..
Akiss ni mmg tak tahan sejuk.

Doktor pun berpikir...dan buat keputusan.
Dia bagi akiss balik rumah. Aku kena pantau suhu badan dia ngan termometer.
Tp akiss tak discaj lagi sebenarnya....cuma diberi kebenaran balik jer. Bagi aku, lantak ler kan...insurans yg bayar nanti, huhu.
Sempat akiss makan tengahari dulu sebelum leh balik dgn kebenaran doktor, heheh..
Dh balik umah kul 11 pagi tu...maka petang kul 5 aku kena bawak akiss balik wad sekejap utk doktor tgk keadaan akiss. Dh selesai...leh balik umah semula dgn kebenaran doktor, hehe..
Akiss boleh tido kat umah.
Suhu badan akiss mmg turun...36.8...pagi esoknya 36.6..
Haa...kan??? Dok umah sebenarnya lebih best...

Ni dari umah ler ni...muka dh sihat dh..
Dgn yakin aku bawak akiss semula ke bilik di CA pagi tu...yakin akiss dh leh discaj hari tu, hehe.
Misi kat situ mmg bagus laa. Kerap dtg tgk pesakit. Maklum ler...bayar mahal kan, huhu..
Pagi tu...misi periksa suhu akiss...dh 36.2....
Doktor pun dtg utk sesi pagi tu...
Doktor dh check mulut akiss, suhu akiss pun dh normal....maka doktor pun kasi balik selepas akiss diberi satu lagi antibiotik, Alhamdulillah...

Tp nak keluar tu punya laa lambat tunggu proses bil. Kata misi...mmg normal mcm tu kalo pesakit guna insurans, mm..
Punya bosan menunggu sampaikan aku bgtau aku nk balik dulu...petang2 nanti aku datang amek bil.
Bila misi kat wad kol cashier dorang...elok pulak dh siapnya..grr..

Aku pun turun ke cashier. Semua RM3,064.75 cenggitu lah..
Kalo bkn kerana kad medic tu...mau menangis aku dengar jumlah tu. Melebihi gaji sebulan abang jumlah tu...

Tp ada yg dorang tak cover...iaitu admin fees dan vitamin C...jumlah RM13 aku kena tolak dari RM300 deposit aku. Belen tu dorang masukkan balik kat kad debit aku. Tp aku check online...tak masuk pun lagi RM287 tu dlm akaun aku. Mgkn belum 3-4 hari bekerja lagi kot.

Dh selesai situ...amek ubat kat farmasi dorang...dan balik!!!!
Lega aihh..

Mmg lega...akiss takde apa2. Result darah pun takde apa2. Result dari sample hingus pun takde apa2.
Mmg cuaca skang ni tak berapa bagus. Ngan asap kilang, asap kereta dan faktor2 lain...panas di dunia skang ni dh lain macam. Tak mcm cuaca panas dulu2.

Along bulan April baru ni pun penah demam mcm ni. Demam lama. Masa tengah periksa pulak tu.
Bila dh tak tahan...along gi klinik ngan van maktab. Alhamdulillah, takde apa2 jugak laa.

Sebenarnya, bila dimasukkan ke wad yg biliknya sangat selesa, bersih....bkn laa bermaksud ianya adalah suasana yg menyeronokkan dan menenangkan pun.....melainkan mmg kat rumah tu suasananya mmg tak penah rasa tenang, huhu.

Tgk keadaan akiss ni...ia adalah satu pengalaman bagi aku jgk.
Apa2 pun...rumah sendiri jgk yg selesa walaupun suasananya tidak seselesa tempat yg selesa.

*Doktor dari klinik biasa mmg ada dpt komisen ke....bila dorang bagi surat utk pesakit utk dirujuk di hospital swasta terbabit?? Bkn pe, byk kes dari tempat somi aku bekerja ni...bila dorang suspek teruk sket jer (sakit dada, tekanan darah tinggi dll)....terus doktor soh gi hospital utk rujukan. Tanya nk gi TMC ke...CA ke atau paling tidak gi hospital taiping. Apollo takde pulak dlm senarai dorang...mm..
Pastu, bila dh gi........mesti kena tahan wad. Malah yg sakit dada tu kena tahan kat ICU terus, huhu. Sian tul.
**Maaf, ayat di perenggan di atas sekadar keraguan jer, huhu..

Nota ALONA:-
~Inilah antara sebab kenapa hari2 aku sejak balik dari Bandung tak penah jadi normal. Selain komitmen rumahtangga, OP....akiss masuk wad jugak menjadikan aku orang yg sangat sebok.
~Tahun lepas...tarikh mcm ni...mak pun dimasukkan ke wad di hospital bentong, mm....

7 comments:

nad said...

Alhamdulillah akiss x apa2..
Risau jangkitan kuman jek kan
Takde takpela..

el said...

nasib ada cover insurans kan

Rinna said...

Moga akiss cepat sembuh.. Nasib baik tak de penyakit yg bahaya..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

selalu gitu kak..kalau demam on off doc akan kata mybe jgkitan kuman..

tp akis alhamdulillah bselera mkn ...aktif tk per...

zura penah 2x irfan masuk wad..sian plak irfan...kecik lg kan..doc kata jgkitan kuman la...huhu...

apa2 pon seb baik cover ins kan..

Anonymous said...

seb baik ada insurance kad yer

wantie said...

sekarang ni suka snagat demam on and off kan..

sangat sangat risau bila anak anak demam.

tengok akiss berselera makan. cepat sembuh yer kiss

attyfir said...

alhamdulillah akiss dah sembuh.