Tuesday, September 10, 2013

Makan-makan di Taiping

Aku ni mmg cenggini laa selalunya.
Kalo hari2 biasa...mmg masak sendiri utk makan kat umah. Kalo berdua ngan abg jer...2 jenis lauk aje termasuk sayur. Kalo ada anak2 tu...tambah laa lagi semata-dua masakan lagi.
Tp kalo hari Sabtu & Ahad...selalunya makan kat luar. Namun, kekadang tu ada masak jugak terutama bila anak2 balik umah, kan.

Ok, hari ni aku nk citer psl beberapa tempat makan kat Taiping yg aku baru pi try, test, rasa...dan kemudian leh kasi komen.

MAKAN MALAM (18/08/2013 - Ahad)
Chicken chop....masa ni bawak ayah makan kat SBK Corner. Budak2 semua dh balik asrama...ayah yg tolong hantarkan, hehe...
Hmm...makan kat sini..boleh tahan jer laa. Tapi bukan tak sedap ye...Kiranya rasa dia standard aje laa. Takde WOW!!
Cuma kat sini steamboat dia mmg best...boleh bagi WOW!!
-----------------------------------------------------------

SARAPAN PAGI (25/08/2013 - Ahad)
Abg ajak sarapan kat KFC pada suatu pagi di hari Ahad penghujung bulan Ogos..
Kat KFC ni adalah kali ke-2 kitorang bersarapan pagi di sini. Tapi kali ni kitorang cuba set lain pulak.
Mmm...mmg sedap (rekemen).
 -----------------------------------------------------------------

SARAPAN PAGI (07.09.2013 - Sabtu)

Nasik lemak mmg dh siap berbungkus dalam daun pisang tu. Rasa biasa2 aje laa. Sedap lagi nasik lemak bungkus 80sen kat gerai kak Zah di pasar Kamunting tu.
Tapi roti canai dia sedappp....(REKEMEN)
Sarapan pagi roti canai dan nasik lemak....Nescafe dia pun sedap abg kata, hehe.
Gerai ni sebelum simpang 3 nak masuk ke Changkat Ibol tu. 
Waktu siang peniaga lain...malam peniaga lain.
Kat sini laa gerai roti canai tadi. Tapi menu seperti di atas ni ada dari kul 6 petang sampai malam laa. Pagi2 takde.
 Kat sini pun ada nampak gerai satay ala satay kajang. Juga beroperasi dari waktu petang sampai malam. Harga sate secucuk 70sen. Tapi cuma satay ayam jer kot. Utk semua menu ni...kitorang tak penah try lagi laa. InsyaAllah laa...ada rezeki nanti...leh singgah.

**UPDATE 27/10/2014...kat sini dh takde dh kedai ni. Kalo ada pun tokey lain dah.
------------------------------------------------------------

MAKAN MALAM (07.09.2013 - Sabtu)
Hari ni try makan kat sini...
Lokasi dia kat R&R Batu 2 1/2...di jalan nak ke Simpang dari Taiping tu. Senang jer nak kenal gerai ni....gerai dia cat kaler hijau....
Nasik ayam penyet....RM6.50...Rasa boleh tahan. Sambal dia belum lagi laa nk sama rasa ngan sambal yg aku penah makan kat Bandung.
Tapi.....meatball set ni mmg sedap. Katanya meatball dibeli sejuk beku dari IKEA tu. Mmg sedap. Aku suka. Lebih kurang ngan meatball yg penah aku makan kat Mambo Corner yg dh tak beroperasi skang ni...mm. Kentang hiris yg digoreng rangup tu pun sedap & sesuai ngan hidangan set ni. Lebih fresh dari french fries tu, kan. Hidangan set ni RM9.50 kot kalo tak silap, hehe...(REKEMEN)
 Dua-dua makanan ni...kongsi berdua. Nasik ayam penyet pun kongsi. Meatball set ni pun kongsi, hehe. Tp meatball ni aku ler yg byk makannya, kehkeh...

 ---------------------------------------------------------------------

Ni pulak ada set lamb grill dan set ciken grill.
Kedainya kat deretan kedai berhadapan ngan Hospital Taiping tu.
Leh gi cuba, ye..
Set ayam
Set kambing...
 ---------------------------------------------------------------------------------

 MAKAN MALAM (06.09.2013 - Jumaat)
 Malam tu...kul 10 lebih...aku ajak abang kuar lepak2 kat kedai makan, hehe.
Sebenarnya dh banyak kali dh tp bila aku dh ajak abg keluar tp abg tgk aku tak bersiap2 lagi...abg pun tanya laa isterinya ni "tadi ajak abg keluar...nk pi ke tak ni?"..aku kata "tak payah laa", hehe. Ye lah, rasa mcm nak keluar tp rasa macam malas pulak, kan...
Tapi malam tu...kira jadi jugak, ngee..
Abang tanya...nak gi lepak kedai mana?? 
Aku jawab kat satu kedai di china town kat Tepen ni. Eh, kitorang pun tak tau sebenarnya kat Tepen ni ada china town??..hehe.
Ok, berpandukan lokasi yg telah diberitahu oleh si pencadang utk ke gerai ni...akhirnya, kitorang jumpa jugak, yeay!!!
Oder char kue teow dan burger kambing spesel...wallaa...
Hmm...mmg tepat..sedap. Sedap lagi dari Amat Char Kue Teow...(tp Amat CKT masih lagi dlm kategori sedap)...
Burger kambing spesel pun sedapppp. (rekemen 2-2 menu ni)...
Tetiba tingat anak. Aku ckp kat abang..nanti kita bawak anak2 kita makan kat sini, ye bang...hehe..
Burger kat sini leh dikatakan setanding laa ngan EE Burger kat Langkawi tu.
**Gambar burger, gambo kedainya pun takde...sebab keadaan malam tu ngan ujan lebat...cahaya pun tak cukup nak amek gambo, hehe. CKT tu pun nasib jer ler nampak dlm kamera hp, hehe. Kalo amek gambo guna flash kang gambar tak menarik, hehe..
Jadi...inilah kedainya...Kafe Burger Bandar Warisan di waktu siang. Dorang mula berniaga waktu petang rasanya. Aku tak pasti sbb selalu gi waktu malam jer, hehe.
Burger kat sini mmg ari tu Yui dh ckp sedapp. Tapi aku tak tau kedai dia kat ner. Yui nak bagitau pun tak reti nak terangkan ngan lebih jelas.

Kalo mmg dh biasa ngan bandar Taiping ni...senang aje nak cari.
Kedainya kat belakang kedai Wasabi. Lorong yg ada Restoran Ayam Taugeh Ta Pin (kedai makan cina), dan berdepan ngan kedai Biskut Tupai Mas. Leh nampak gerai mcm gambar di atas tu. Kalo sedang beroperasi...leh ler singgah makan2, hehe.
Ni lori dorang...lori bawak stok kot, hehe..tak pun digunakan utk penjualan menu2 dorang di karnival ke...kan, hehe..
________________________________________________________________

Kalo korang nak kan popiah basah yg orang Melayu buat....Ella Popiah Taiping yg terletak di Casual Market tengah2 bandar Taiping tu adalah pilihan terbaik.
Ini laa gerainya...
Kalo korang alah ngan seafood (udang kering) atau mmg tak suka udang kering...kena laa bagitau tokey yg korang taknak mende tu, ye...
------------------------------------------------------------

**UPDATE 27.10.2014
Nama menu:- Udang masak sambal pedas spesel. Makan ngan nasik putih, sedap!!!
Sebenarnya dh byk kali makan kat sini...tp kali ni nak update ke sini sbb entry ni ramai tul yg menjenguk. Mungkin nak cari rujukan tempat2 makan best kat Taiping kot, ye.
Menu udang kat atas ni tersedia kat Teratak Mee Udang Kak Ti yg terletak di Kamunting aje. Nak makan mee udang, mee goreng udang, kue teow udang ke...semua ada kat sini.
-------------------------------------------------

Ok laa...sekian jalan2 cari makan utk episod kali ni, kehkeh..
Rekemen tu adalah ikut citarasa (makanan : tekak : perut) aku yg tak berapa tinggi sgt ni, tau. Kalo korang gi rasa tak sedap...bermakna citarasa korang lebih tinggi dari citarasa aku, hehe. Melainkan masa tu mmg tukang masak tu mmg buat tak sedap, :p

Nota ALONA:-
~Sebenarnya...byk kedai makan lain yg sedap2 jugak masakannya...tp ada yg aku tak penah gi lagi. Ada yg aku dh penah gi...dan penah citer pun kat dlm blog ni. 
~Mana yg aku rasa tak sedap tu...mmg aku kata tak sedap tp aku tak bgtau laa nama kedainya. Mana laa tau...masa tu tetiba citarasa tekak aku ni tinggi pulak, kan..hehe. Tak baik menutup periuk nasi orang...
~Kalo yg rasa masakannya mcm biasa tu...aku bgtau laa boleh tahan. 
~Kalo sedap...aku ckp sedap. Tapi tu laa...seperti yg aku bgtau kat atas td tu. Citarasa aku pada makanan mmg tak tinggi mana pun...Tp kalo dh kena bayar tu...kalo boleh biarlah berbaloi, kan ngan harganya...

11 comments:

el said...

dah lain sgt taiping/kemunting tu..ritu exit tol kemunting nak g station bas kemunting..jln dah lain..sllu ikut depan caltex tu..skun dah masuk perumahan pulak..pas2 ada flyover pulak..adoyaiii nasib masih igt jln lagi..

byk gak gerai2 mkn kat taiping ehh..skun el tgk AEON nak bukak kat tesco tu kan kak..sure ada Jusco pasni..jenuhlah akak menyopin hehehe

kak..kak nah rasa mee goreng combat depan omar popia x?

Nad MamaZN said...

Kakkkk rindu akak!!!
Lama xdtg blog akak
Rupanya akak dh join jalan jalan cari makan ekkk?
Heehehe
Nnt dtg tepeng lagi, saya kene korek balik entry akak ni :))))

Rinna said...

Wow sedapnya tgk makanan tuh semua..kira okey.. macam2 ada dijual.. :)

❤Kamsiah❤ said...

byknya makanan yg ditayang...terseksa mata dan tekak ni...mmg tak berbaloi nak masak utk makan dua org ja,kan..

AzieFirdaus Kamarudin said...

Akak..nanti pi kedai mak azie ehh..baru beberapa ari je bukak...ada azie wasapkan kan? Hihi.pastu tlg review kat blog ehh kak? Hihi...tq kak...

Zura@Iwan said...

jjcm kak alona...mmg best..haha..
betui tu kak..citarasa+tekak+perut memasing kan...

sy ni nk rekemen tk brpa reti..yg penting sedap + bleh masuk pewot ni ha..haha..

#kak weekend ni ada umah tk?

::NureeN:: said...

td pon p taiping, urusan kerja tp x singgah mana2 pon utk mkn, blk mkn kt opis jerr huhu

tifa anvar said...

Hhhwwuuuaahhh... Lapar plk tngk maknn kat blog nie

attyfir said...

lona sebut burger kambing
aty lom pernah lagi mkn burger kambing..tiba2 tekak teringin

wantie said...

kak meatball tu nampak sedap sangat. belum pernah makan lagi jenis meat ball ni.

org sebut meatball ikea tu pun tak pernah rasa. aduhai .. bila la dapat pergi sana pulak yer.

CT Humairah said...

semua rasa menarik especially beger kambing tu.. nak kene p try ni.