Tuesday, August 28, 2012

Kami mengunjungi pusara bonda...

Ke Makam Bonda - Allahyarham Haji Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

Itulah antara bait2 puisi yg aku penah belajar & penah hafal masa sekolah rendah duluu. Ada dlm buku teks Bahasa Melayu KBSR tapi aku tak ingat dh buku teks utk darjah berapa, mgkn masa darjah 4 kot...hehe..
Tapi ketika dan sewaktu usia aku kecik mcm tu pun aku dh sedih bila baca puisi ni. Aku mmg sensitip sket bila masuk bab2 kasih syg kekeluargaan ni.

Kini...puisi itu mmg kena sgt dgn situasi aku skang ni. Cuma tiadalah lalang tinggi berdiri mcm dlm puisi tu sebab kawasan perkuburan kat situ mmg terjaga. Tambah2 pulak dekat2 raya tu dorang membersihkan kawasan persekitaran dgn sebaiknya. Ada laa sket2 kemuncup kat area lain. Pusara mak pulak masih baru...tanahnya masih merah lagi.
Tanah Perkuburan Islam, Kg. Lebu
Kitorang menziarahi pusara mak dh hampir waktu tengahari. Cuaca panas tidak mengapa kerana pusara mak terletak di tempat redup. Ketika kitorang sampai situ...ramai jgk yg melawat pusara ahli keluarga masing2. Membaca surah yassin dan membacakan doa.
Pusara mak masih baru. Belum sesuai utk dibuat batu..
Ayah mengetuai bacaan tahlil utk arwah mak...
Bunga segar yg sempat aku beli kat CH...
Along yg dh kehilangan wan kesayangan....
Ayah khusyuk membacakan ayat2 suci utk disedekahkan pada arwah mak, sekali jgk utk arwah aki, wan nong, abg ayah, arwah nenek, arwah atuk & muslimin muslimat yg telah pergi buat selamanya.
Ketika orang lain yg menziarahi pusara lain semua dh balik....tinggal kitorang aje. Ketika kitorang bertahlil...tetiba aje angin sepoi2 bertiup melaga2kan dedahan daun. Seolah2 'mereka' juga turut bertahlil bersama. Walaupun situasinya tak lama tapi mmg terasa sayu betul masa tu.
Menitis air mata ayah ketika mendoakan kesejahteraan orang2 tersayang di sana....
Aku awal2 dh sendu. Masa jejak jer kaki ke tanah perkuburan ni...airmata terus mengalir. Sendu2 jgk tp kamera tetap on, huhu. Yelah, nk buat kenangan. Video cam ada bawak tp takde sape nk tlg rakamkan. Semua pun syahdu.....
Sambil2 tu...aku, Dayah dan Akiss dok kutil kelopak ros ni dari tangkainya utk ditaburkan kat pusara mak..
Kat CH tu ada jual kelopak2 bunga saja...RM15 sekilo dan boleh jgk ler beli sket2...tp aku tak mo. Aku nk yg segar. Sebab aku ingat...mak penah citer kenapa orang tanam pokok kat pusara, kenapa org tabur bunga kat pusara. Sebabnya, selagi pokok itu bernafas, selagi kelopak bunga itu tidak kering...ia akan mendoakan kesejahteraan roh jasad tersebut. Allahu'alam...
Ayah menyiram air di pusara...
Sebenarnya...kitorang pun ada jgk bawak air taruk dlm jag tp itu yg dekat ngan ayah...ayah capai air dlm botol tu aje lah.

Fadel abeskan air dari botol..
Along mulakan dgn air dari jag..
Semuanya menyayangi mak..........sgt2 terasa akan kehilangannya.
Ku tabur kelopak mawar segar di pusara ibuuu....
Semoga mak tenang dan sejahtera di sana. Amin..
Lepas tu kitorang gi ziarah pusara arwah aki, wan dan abg ayah. Aku sempat menjadi cucu kesayangan aki tapi Fadel tak sempat merasai kasihsygnya kerana aki telah meninggal dunia beberapa bulan sebelum Fadel dilahirkan ke dunia. Wan pulak meninggal dunia ketika aku sudah pun berkahwin dan mempunyai anak. Kiranya anak2 aku ni cicit wan ke berapa pun aku tak tau dh.
Mengikut citer ayah....abg ayah pulak meninggal ketika umurnya 8 tahun akibat demam panas.
Pusara arwah aki..
Pusara arwah wan...
Pusara arwah abg ayah yg telah pergi ketika usianya masih kanak2 lagi.
Dh selesai...kitorang pun terus singgah berhari raya ke rumah makngah Yang.
Terus duduk kat sofa kenangan.
Sebelum naik ke atas umah mak ngah...kitorang sj lepak kat sofa ni. Sofa yg meninggalkan mcm2 kenangan kitorang bersama mak. Sofa ni baru jer dipindahkan ke umah mak ngah yg luas dan selesa ni dari umah ayah.

Ketika kitorang dh OTW nk keluar dari simpang kg. Lebu dh...busu kol soh tunggu. Diorang dh nk sampai situ dari KL. Akhirnya, kitorang sekali lagi ke pusara emak...
Busu ni adik mak yg bongsu. Mak dan dia sj adik-beradik perempuan dari 5 beradik.
Busu sembang2 ngan abang..
Ni anak tunggal busu dan paksu. Dgn kete barunya walaupun takde lesen pun lagi, huhu..
Selesai menemankan busu dan paksu...kitorang pun beransur pulangg...
Akhirnya kitorang pun berlalu pergi meninggalkan kawasan perkuburan ni. Walaupun sendu mengiringi...namun doa kami semua.....semoga damailah emak di sana...amin.

Nota Alona:-
Tetap terasa kekuatan aura kasih syg nya.
Emak....kami merinduimu...

5 comments:

wantie said...

menitis air mata t bila baca N3 kak kali ni. part akak sedih sebagai anak tu lumrahlahkan. sebab anak memang sayang sangat dengan mak. T paham sebab t jugak seorang anak.

Sayu jugak bila tengok ayah akak membaca doa di pusara isteri. mcm mana la perasaan ayah akak masa tu. kehilangan pasangan.

T doakan semoga akak sekeluarga tabah.

Rinna said...

Sayu dan sedih baca kisah Ina..Dengan iringin doa moga emak aman di sana..

SyaNa said...

akak :(
sebak plak baca entry ni

Al-fatihah

DeLLas said...

al-fatihah buat emak yg sgt disayangi.. kasih syg emak yg tiada tandingan..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

Al fatihah..

kak sebak la...

sy pergi pusara arwah MIL pada ari sabtu...shari seblm kita smbut raya..sy dan hb pegi awal...huhu..