Wednesday, November 6, 2013

Cuti Awal Muharram 1435H

05.11.2013 
SELASA

Hari tu cuti. Abg pagi2 gi jogging kat Bukit Larut. Aku seperti biasa dh 3x tak ikut, hehe.
Kat umah...aku kasi settle keje2 pagi...Kemudian melipat kain baju yg dh tinggi mcm Bukit Larut jugak tu.

Abg balik jogging aku wat cekodok...sarapan sama2.
Kemudian, keluar gi kedai bingkai nak membingkaikan gambar pengantin. Ujung minggu ni pengantin ni balik Tepen nk amek album.
OTW, kitorang singgah dulu beli nasik bungkus. Nak makan ngan along. Aku tak sempat nak masak sebelum keluar. Biasalah...melipat kain baju menggunung memerlukan masa yg agak panjang, hehe..(alasan yg sangat baik, kan??).
Depan kedai bingkai ni. Kat sini leh dpt murah...apatah lagi kalo dh jadi pelanggan tetap dia, kan. Kat area sini mmg banyak kedai emas, kedai pajak gadai...Berdekatan ngan pasar ikan Taiping.
Dari situ terus gi melawat along walaupun baru jer jumpa along hari Sabtu hari tu. Kali ni terasa sangat nak menjenguk sbb nak bagi dia big hug sebelum dia hadapi exam bermula hari ni 06/11. Tambah pulak, hari tu dia ada tertinggal jam tangan masa balik outing. Nak bagi dia sabun resdung sbb yg aku dh potong kecik ari tu dh abes.

Hari tu mmg ramai ibubapa datang melawat anak masing2....mesti semuanya sama nawaitu ngan aku dan abang.. Utk bagi kata2 perangsang, tiupan semangat kat anak mereka sebelum memulakan peperangan akhir di zaman persekolahan.
Ni dh abes makan. Sembang2 mcm2 perkara...
Ni muka mak pak kepada salah sorang calon SPM 2013...hhe..
Lepak kat sini pulak.....
Along adalah salah sorang calon yg menduduki SPM di dalam dewan belakang tu. Ada calon lain yg kena jawab exam kat dalam beberapa kelas yg disediakan sbb ruang dewan tidak mencukupi utk meletakkan kesemua 392 orang calon di dalamnya.
Ni adalah carta bagi laluan pengajian pelajar MRSM selepas SPM. Sebenarnya, aku tengok pun aku tak berapa faham, hehe..
06.11.2013
RABU

Hari ni...di hari pertama kesemua calon SPM 2013 di Malaysia sudah mula menjawab kertas BM 1 & 2.
Kepada along...ibu dan abah serta adik2 sentiasa mendoakan yg terbaik utk along. Jangan stress...tenangkan hati dengan ingatkan diri pada Nya. Jaga kesihatan......


Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Nota ALONA:-
~Semoga berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amin.

6 comments:

Anonymous said...

gd luck untuk along yer, dier pasti boleh buat yg tebaik... done nuffnang yer

Unknown said...

Gud luck again along.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kak psl lipat kain tu..
adoyai..nk basuhnya taruk mesin je.
bila time nk lipat amik masa noh..haha
tmbh2 zura kalau irfan pun rajin nk "tolong" sm...mmg lagi lmbt..haha

good luck to Along...
sure berdebar tu kan nk amik exam spm...insyaAllah Along bijak..mmg boleh buat punya..

ibuayu said...

Good luck along..in sha Allah along boleh..anak buah akak pun ambil exam SPM..

wantie said...

Good Luck utk along. doa ibu sangat sangat mustajab. Moga Allah kabulkan doa akak tu ye..

el said...

el mmg x larat nak lipat2 kain dah sekarang..skun ni jemaah ngan en. suami lipat sm2..hehehe

gud luck along all the best ye