Thursday, November 28, 2013

Telah berakhir....

27.11.2013
RABU

Sebelum jam 4 petang...tamat laa kertas terakhir along (subjek Bio) dalam peperangan SPM nya.
Kemudiannya....semua pelajar sebok menguruskan beberapa dokumen yg perlu diisi dan diserahkan kepada pihak pentadbiran maktab sebelum mendapatkan sijil berhenti dan kemudian masing2 boleh laa pulang ke rumah setelah bergelut dgn ilmu dan berjauhan dengan ibubapa kerana tinggal di asrama.
Walaupun along sejak penghujung februari 2012 tidak laa berjauhan sangat ngan kitorang kerana telah bertukar di maktab yg berdekatan dgn rumah....tetapi pengorbanan dia membesar menjadi remaja sejak dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 di dua buah maktab berlainan telah pun berakhir.
Alhamdulillah, segala usaha sudah dilakukan...sekarang cuma perlu berdoa dan bertawakal dengan keputusan peperiksaan yg bakal keluar penghujung Mac 2014 nanti. Semoga segala pengorbanan dan usaha along berbaloi dengan memperoleh kejayaan yg along idamkan. Amin.
Sijil berhenti sekolah along...
Petang semalam...aku bawa akiss dan angah ke maktab. Tujuan utama...nak selesaikan pembayaran wang caruman bulan November dan Disember 2013. Dan akan membawa sebuah beg besar yg mengandungi barang2 along balik ke rumah. Yg lain2...semua akan diambil pada malam nanti. Sebab along nak menghabiskan sedikit masa yg berbaki yg dibenarkan oleh pihak maktab utk bersama dengan kawan2nya.

Masa sampai di simpang jalan utk ke maktab...pelik aku tengok kereta berderet2 di tepi jalan di luar pagar. Ingatkan kereta ibubapa tak boleh masuk. Rupa2nya...kereta yg di parking di luar tu adalah kereta ibubapa kepada calon2 interview ujian kelayakan kemasukan pelajar utk tingkatan 4 tahun 2014 nanti. Lupa pulak...yg petang tu adalah sesi petang dan sesi terakhir ujian yg telah dijalankan sejak hari Isnin yg lalu.

Elok sampai di dalam kawasan maktab...hujan telah turun selebat2nya. Parking kat dalam pun susah nak cari terutama di blok aspura. Byk kenderaan ibubapa menunggu utk mengambil anak dan barang2 yg perlu dibawa pulang.

Aku ke pejabat maktab utk menjelaskan pembayaran wang caruman tetapi kaunter pembayaran dh tutup sebab jam dah lebih 4.30 petang, huhu.

Mujur tak lama kemudian ujan lebat mula berhenti walaupun tetap ada meninggalkan gerimis. Along pun kelihatan menarik sebuah beg besar yg sarat ngan barang2. Berat pulak tu...

Aku pun ajak along bergambar.....sebab tak pernah lagi along bergambar ngan pakaian seragam yg digunakan ke kelas mereka di pintu masuk maktab ni.
Sebenarnya, belajar di MRSM Taiping ni adalah impian along sejak bersekolah rendah di SK King Edward VII (2) yg terletak agak berdekatan dgn maktab ni..
Alhamdulillah....impian itu tercapai jua setelah along berjaya bertukar dari MRSM Pengkalan Hulu ke MRSM Taiping (MRSM PKP) setelah mendapat keputusan yg baik ketika PMR 2011.
Di penghujung tahun 2012 jugak...MRSM ini telah terpilih sebagai SMART SCHOOL utk kategori MRSM PKP.
Along bangga 5  tahun menjadi salah seorang warga MARA yg banyak membantu memajukan golongan bumiputera yg ingin maju dalam bidang keusahawanan. Seiring dengan moto mereka..."Keusahawanan dan Pendidikan Global"...
Semua gambar ni adalah utk kenangan....
Amek berkat utk kejayaan. Along bergambar ngan pengetua cemerlang...
Pintu masuk ke pejabat pentadbiran. Kat dalam tu laa ada bilik pengetua, Timbalan2 pengetua dan bahagian2 pentadbiran sokongan.
Kancil ni...tak tau ler bila lagi leh masuk sini. Harapnya...masa akiss form 4 nanti dia pulak dapat bertukar dari Transkrian belajar di sini.
Antara kenderaan ibubapa yg nak mengambil anak mereka dan barang2 utk dibawa pulang..
Sebenarnya petang tu...ada antara calon pelajar tingkatan 4 MRSM 2014 yg belum selesai utk sesi ujian kelayakan kemasukan. Bila mereka sudah keluar dari bilik yg menjadi medan ujian tersebut....aku lihat ada jugak calon bukan bumiputera yg berminat utk melayakkan diri belajar di MRSM. Contoh kelihatan dalam gambar...seorang pelajar lelaki berketurunan India turut menghadiri sesi tersebut. Ada jgk pelajar perempuan berbangsa cina turut menghadiri ujian pd petang tu.
Dalam entry ni banyak gambar segak along aje laa, kehkeh....
Bergambar ngan bas pulak....hehe. Jgn gelakkan along sebab ibu dia yg suruh ni, huhu..
Segala kenangan 2 tahun berada di sini pasti along tak dpt lupakan....
Semoga along bersedia utk cabaran yg lebih mencabar selepas ini....
Sebenarnya...masih terasa lagi ketika hari pendaftaran along di sini pada Februari, 2012.
Aku turut membawa ayah dan emak yg datang ke Taiping menemani aku membuat pendaftaran tersebut. Abang yg tidak bercuti turut datang kemudian. Cuma tak boleh lama2 sbb abang kan dalam keje. Jadi, masa angkut barang2 along ke asrama dia...abg takde laa masa tu. Tapi takpe...atuk ngan wan dia dapat laa jugak tengok keadaan maktab baru cucu sulungnya ni.
Dan.....itulah kedatangan terakhir mak ke bumi Taiping sebelum pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya.
Sekarang penghujung 2013...along telah pun menamatkan pengajian kat sana..

Petang tu aku balik umah tapi along tak ikut balik lagi.
Malam nanti kitorang keluar pulak ngan alza sbb byk lagi barang along nak kena hangkut bawak balik, huhu.

Sampai kat sana...along dh letak barang2 dia kat surau. Amek kat situ aje lah.
Masih ramai lagi pelajar yg tak balik lagi. Malam tu dorang dh bebas nak keluar ke Taiping Sentral atau keluar makan sbb dewan selera dh tutup sejak siang tadi. 
Sempat singgah kat simpang jalan ni nak klik2 gambar kat sini, hehe. Biar pi laa kalo ada orang nak kata over ke hape. Lepas2 ni along pun bkn belajar kat sini, dh...kan..huhu..
Malam tu...terus ajak abang singgah kat gerai di KTM nak pekena satay aliff.
Along yg tak sempat lagi dari siang tadi nak makan nasik (sebab sebok ngan macam2 urusan)...baru berkesempatan menikmati makanan ruji masyarakat Malaysia ni, huhu.
Along makan nasik ayam dan satay.. Tu bihun sup yg dh abes tu...ibu ngan abah dia yg pulun. Kongsi jer sbb dh makan nasik dh kat umah petang tu, huhu.
Skang...along pun dh abes sekolah. Aku mmg soh along amek lesen memandu kereta pulak. Senang bila amek sedang usia mcm ni. Ajar mudah nak paham, huhu.

Along pun kena rajin2 exercise ni....sejak sebok buat persediaan nak exam dulu dh liat nak gi beriadah keluarkan peluh jantan betina yg bertoksid bertoksin tu, huhu..

Nota ALONA:-
~Semoga permohonan SPC along berjaya....amin..

6 comments:

Kamsiah yusoff said...

apa plan dia sementara tunggu result keluar..?

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tahniah Along dh habis SPM

semoga berjaya Along..

Along nmpk mcm Abg Fadzil je..hehe

Kak ..along apply mana2 ke?

el said...

smoga along berjaya di masa akan datang...belanja satay boleh?hahaha

Unknown said...

Hensem, segak, bergaya along.

Anonymous said...

doakan yg terbaik utk semua anak2 kita ye alona !

attyfir said...

cantik sekolah along .
semoga yg terbaik utk semua anak anak kita