Sunday, November 17, 2013

Makan kenduri di Padang Rengas..

Semalam tu 16.11.2013, SABTU...tak tau laa kenapa penat sgt bila selesai buat job luar. Letih sungguh rasanya. Dalam kereta nak balik ke rumah pun dh rasa lesu. Lepas Maghrib keluar pulak keluar gi kedai makan. Balik dari tu...bukak tv...tp mata ni rasa ngantuk dh. Tertido depan tv. Aduhaii, selalu tak mcm gini pun.
Kul berapa ntah...bangun dan lepas tunaikan Isyak...aku terus jer tido kat dalam bilik. Letak jer kepala kat bantal terus tertido. Selalunya, bila penat...tido aku mmg lena. Tp kali ni....mimpi melayang2 ntah ke mana2. Bila bangun...badan rasa sakit2.

17.11.2013
AHAD

Dh lama janji ngan mak...nak gi kenduri kawen anak sedara maklong Bedah & Paklong Tahir. Kebetulan, hari ni takde buat job luar. Buat kat umah paklong dan maklong sebab...anak sedara maklong ni dh takde orang tua.
Keluar dari rumah ngan van...tapi sampai kat umah kenduri ngan alza. Macam mana tu?? huhu....

Kitorang sampai sana pun jadi lambat disebabkan soalan di atas tu, hihi..
Hampir kul 2.30 petang baru sampai. Rupa2nya pengantin pun baru nak berarak...Uii, pesal lambat sangat??
Bergambar ngan mak pak pengantin lelaki ni kot...ntah ler...aku pun tak tau. Ikut pengalaman...rasanya mcm tu laa. Gambar ni pun abg yg gi amek guna kamera hp nya. Aku kat meja makan aje, huhu.
Abah ngan mak...baru nak makan....
Gi kenduri sekali ngan mak uda & anak menantunya...jugak kak nor, yop dan anak2nya.
Walaupun kitorang sampai dh kul 2.30 petang tapi....tetamu masih ramaiii. Kenduri paklong mmg selalu mcm tu sbb paklong ni ramai kenalan. Anak2nya pun ramai. Setiap anak pun ramai kenalan. Jadi, mmg tak heran laa.....tetamu masih ramai walaupun jam menghampiri kul 3 petang.
Lepas2 makan...lepak2 sambil sembang2.
Mak ngan abah dok kat meja lagi satu. Belakang tu (yg bertudung cekelet tu...maklong Bedah...tuan kenduri)..
Ina & suaminya...anak mak uda yg membawa mak uda ke kenduri ni.
Abes laa minggu ni dgn aktiviti ini.

Jumaat petang 15.11.2013:-
*Pagi...Daftar angah utk amek lesen B2. Ada diskaun...cuma RM250 jer dari RM280.
**Petang tu sempat bawak along outing dalam sejam. Tujuan utama nak bawak dia gi gunting rambut. Tp pi jgk ler naik The Store Tpg Jaya. Along nak beli berus gigi dan ubat gigi. Stok biskut ada lagi katanya. Outing ngan along tak lama sbb aku petang tu jugak nak gi gym.
Gunting kat apek ni pulak laa. Kat ane' kedai sebelah tu dh tak berapa bagus lak hasil guntingannya.

Sabtu pagi tu...angah pun gi ler kursus KPP sampai ke petang. Aku kena bawak akiss gi selesaikan job kat Taman Kaya...sebab tak mau dia tinggal sorang kat rumah. Kenduri jiran depan rumah ni pun tak dpt nak hadiri (kenduri tahlil, masuk umah & sekaligus kenduri anak berkhatan). Tapi sempat jugak ler gi jumpa jiran ni pagi tu sebelum keluar bertugas. Ia lah....diorang kan jiran. Majlis tu dorang undang kitorang tapi tak dpt nak hadiri. Jadi, kena laa berjumpa utk memberitahu dan mohon maaf segala...bla..bla..bla..bla...dan bagi angpau kat anak dia yg dh selamat berkhatan petang Jumaat tu :).

Nota ALONA:-
~Dh abes seminggu pertama angah ngan akiss cuti sekolah. Hmm...mmg kalut jugak ler dalam seminggu permulaan ni.

7 comments:

::NureeN:: said...

musim cuti sek skrg ni penuh undangan kenduri kan :)

wantie said...

time cuti sekolah ni asal hujung minggu je mesti ada kenduri kan..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

musim cuti sek ni start la musim kenduri kan..

kak sure byk job nie...

Rinna said...

Seronok kan anak2 semua ada kat umah.. meriah laa skit.. :)

Unknown said...

Bln dec. Lahh almost every week ade jempautan kenduri.

el said...

cuti2 sekolah ni sure akk bz
byk bisness kut hehe
bila akk nk p krabi tu

Anonymous said...

amboi cantik ler serba biru lagi tu..musim kenduri dah mula dah skang ni kan !