Kat Taiping ni...mcm tu jgk laa yg aku dgr. Kat sini dulu mmg dh ada Pasaraya Fajar & The Store jer...Kemudian The Store amek alih Fajar dan jadilah 3 buah cawangan The Store kat Taiping ni. Tapi tu takde pun orang dok berkata2. Bila TESCO nak dibuka...ayat2 mcm tu mula kedengaran. Waktu tu aku tengok peniaga2 runcit kat sekitar Kamunting ni takde jejas apa pun.
Kemudian Giant pulak dibuka....keadaan masih sama. Sehinggalah muncul Econsave pulak. Namun pasar mini, kedai runcit di sini masih utuh. Kerana apa??? kerana mereka masih menawarkan harga yg berpatutan. Malah ada yg menawarkan harga lebih rendah dari mereka. Mungkin jugak ada diantara kedai2 runcit tersebut masih menyediakan sistem buku 555 dan dibayar ketika pelanggan sudah dapat gaji. Mgkn masih ada golongan yg memerlukan sistem pembelian barang begitu.
Kat Pasaraya2 besar tu pun...bukan semua barang murah pun. Ramai yg tau tentang ni tapi masih nak berkata2 yg negatif lagi. Meh aku bagi contoh terbaru....
Kat pasaraya2 besar sekarang ni....kalo korang perasan. Leh tak dapat kopi Ali Cafe ni RM13.90?? Aku tengok kebanyakannya harga RM16 ke atas. Kot bila ada ofer pun RM14.90. Skang ni lagi laa payah sbb harga gula naik, harga itu ini naik. Tapi kitorang masih leh dapat harga RM13.90 di sebuah pasaraya kat Kamunting ni (leh tengok label tu..ada jer nama pasaraya kecik tu, hehe). Kat satu kedai lagi...leh dapat RM14.30. Masih di bawah harga di pasaraya2 besar tu.
Berapa dh kitorang leh jimat?? RM2-RM3 utk sepaket besar tu tau.
Dah brp kali beli...brp bungkus dh beli...inilah harga dia, ok!! |
Ni lagi satu.... |
Cuma tadi...masa aku gi TESCO...yg ni yg paling best sbb dapat ofer sampai hari esok 6/11. Refill sabun pakaian Harimau Kuat 2kg ni...buy 1 free 1....
Mmg berbaloi sebab...kalo beli dalam botol tu RM13.90 utk 3kg...tp bila beli satu percuma satu refill sabun ni...RM8.90, wahhh....berbaloi sungguh!!! Dengan harga RM8.90 aku leh dapat 2kg + 2kg = 4kg SENYUM..
Rezeki utk hari ni.... |
Aku ni pulak bukan jenis bila suami dapat gaji...terus gi pasaraya besar beli semua keperluan utk satu bulan penuh satu troli. Tapi aku ni jenis...bila barang dh nak abes...baru gi beli. Itu lebih seronok sbb aku leh tengok mende lain yg ofer...kalo perlu kita beli. Camtu.
Pastu, utk barang2 yg kita tau kat kedai mana leh dapat harga lebih murah dari pasaraya besar tu...maka aku pun pi beli barang tu kat situ. Tapi sebelum amek bayar...semak laa dulu harga...mana laa tau pulak...tetiba jer kedai tu pun naikkan harga baru, kan...hihi.
Alhamdulillah...kat Kamunting ni...pilihan terbaik masih ada. Rumah aku pun tak jauh sangat dari kedai2 yg dimaksudkan ni. Naik motor...5 minit dh leh sampai. Pasaraya2 besar tu pun....10-15 minit dh leh sampai. Nanti AEON Jusco nak siap...pasaraya Pacific pun tengah bersaing nak siap ngan AEON ni...
Bagi aku...pasaraya besar2 ni takde laa sampai leh menjejaskan sangat nasib peruncit kat sekitar Taiping ni. Takde jejas apa pun....kecuali pada kedai2 yg tidak boleh menawarkan harga lebih baik pada pelanggan dari pasaraya2 besar tersebut.
Nota ALONA:-
~Ambil kesempatan utk memilih yg terbaik jika kita diberi pilihan...
6 comments:
betui kak..
rege kt kedai runcit mmg murah bnding kt pasaraya..
ada certain2 brg gk le...
then zura pon mmg bkn jenis beli brg byk2 stiap kali gaji..km mcm umah bujang kak..beli brg apa yg abis je..
sbb jarang nk guna sgt kan..mcm gula pon, bleh tahan sbln...hehe..
Paket Ali Cafe tu pon..mmg jarang sgt beli...hehe..
kdg2 kat kedai runcit harganya sedikit mahal..mcm kat rumah akak ni..berbeza dgn Tesco atau Giant...
lau kedai2 runcit ni ada sistem kumpul point rsnya lagi ramai org pakat beli hehehehe..mcm pasaraya2 skun ni semua nak kumpul point..bila dh dpt kumpul point dptlah rebate/voucher tu yg best tu hehehe
tp mmg betul kdg2 kedai2 runcit ni lebih menawarkan harga yg lebih murah dr pasaraya2 besar ni :)
el pun beli brg2 rumah bila stok dah abis
betul tu. kita kena bijak memilih. tak semestinya kat kedai runcit tu semua barang mahal.
T pun buat perbandingan bila nak membeli. terutama susu Aleesya.
Sya mmng x th menahu harge barang2 seharian sngt sbb smuanya duruskn suami. Habis je order kat hubby soh bli. Almaklumlah sya nie suri rmh yg x ade income.
kdg2 malas juga nak g pasaraya2 besar ni lona, nak2 waktu hujung bulan nak beratur pjg lagi kan..
Post a Comment