AHAD
Mmg dh janji ngan along (masa lawat dia cuti hari Awal Muharram, Selasa hari tu)...nak lawat dia hari Ahad ni.
Sebenarnya along leh outing...pelajar form 5 yg sedang dalam minggu2 exam ni leh keluar hari tu. Tapi along tak mau keluar...dia nak menelaah subjek2 yg belum lepas lagi, hehe.
Sebenarnya, masa aku buat janji ngan along nak lawat dia tu...dh terlintas kat kepala aku nak bawak Sela sekali sebab Sela ni masa along baby dulu...dia laa yg jaga along ketika aku keluar bekerja. Sela jaga sampai along umur 1 tahun 4 bulan.
Sejak Along dh pindah belajar kat Taiping ni...tak penah lagi bawak Sela masuk sini. Along pun dh nak tamatkan pengajian kat sini dh ujung bulan ni. Kat Pengkalan Hulu dulu dah penah dh bawak dia melawat along kat sana.
Alhamdulillah, niat yg digerakkan itu telah direalisasikan.
Hari tu aku cuma bawak durian 2 bijik (dibeli ngan harga RM50 utk 5 bijik kat kedai basikal, hehe. Kelakar pulak beli durian kat kedai basikal, ngee. Suka beli kat situ sbb cina tu mmg jenis mengenal buah dari pokok mana. Dh paham isi2 durian setiap pokok tu jenis yg mcm mana. Mahal sket takpe...asalkan semua tu puas hati bila dikopek buahnya).
Pastu ada bawak sebekas kek keju meleleh dan twisties, cheezel.
Dirasmikan pada tahun lepas....pada hari lahir abg ke 43, hehe. Masa ni along tak pindah sini lagi. Masih di Pengkalan Hulu. |
Jadi munga..... |
Along yg timbul urat2 tangannya...mm.. |
Masa keluar dari rumah petang tu...kul 3 petang...hari mmg ujan lebat. Ada pulak yg pelik..ujan2 pun nak keluar?? huhu. Apa kisah?? kan naik kereta. Bkn kat dalam maktab ni takde tempat berlindung dari ujan!!!
Aku tengok keadaan skang ni...orang lebih suka nak mempertikaikan dari utk cuba memahami. Tau nya....main cakappppp aje tanpa berfikir dulu. Contoh paling terkini...pasal Pakcik Majid tunaikan nazar dia tu.
Situasi tu jugak laa yg terjadi kat pakcik Majid yg berjalan kaki dari Masjid Negeri, Kuantan ke stadium Shah Alam kerana menunaikan nazar kerana Pahang juara Piala Malaysia 2013.
Pertikaikan nazar pakcik tu laa. Kata, pakcik tu gila glamer laa. Lebih baik pakcik tu bernazar jalan kaki sampai ke Mekah laa...apa laa.
Sekurang2nya...berbekalkan cuma RM60 pakcik tu berusaha menunaikan nazar yg akhirnya tanpa disangka2 mendapat liputan meluas. Sebenarnya...pada awalnya orang ramai tak tau pun. Tapi bila ada yg dh tau..dorang apdet kat dlm grup fesbuk...grup Kuantan terutamanya. Dari situ laa mula tersebar lebih meluas. Maklum laa...zaman IT, kan.
Pakcik tu tak mintak pun diberi publisiti. Tapi bila ramai yg cuba membantu, memberi sokongan...itu adalah rezeki dia.
Dh pakcik Majid terdetik utk bernazar mcm tu...siapa yg menggerakkan dia utk terdetik mcm tu??
Tengok...apa yg dia peroleh bila sudah dapat menunaikan nazar tu?? Dengan keikhlasan...juga dengan berkat doa2 orang yg menyokongnya...Pakcik diberi pakej umrah percuma bersama salah sorang ahli keluarga dia, tau!!! Itu namanya rezeki. Kalo orang Melayu kata....rezeki terpijak.
Gambar dari thr gegar. |
Solat orang yg dorang dok sebok2. Jaga solat sendiri tu dulu...betul ke tidak.
Ada aku terbaca komen kat grup Kuantan tu...ada penyokong yg terjumpa pakcik tu kat surau R&R..sudah selesai solat Zuhur dan sedang berwirid. Tunggu solat Asar baru dia gerak semula.
Dari asal pakcik cuma berselipar...lepas tu ada yg beri sandal baru...dan akhirnya ada yg memberi kasut yg lebih sesuai. Semua tu rezeki. Bkn pakcik tu mintak pun. Sebelum mulakan perjalanan...sudah tentu dengan semangat...dia dh set kan dalam diri dia bahawa dengan izin Allah, nazar itu dia mampu utk tunaikan. Apa lagi nak dipertikai??
Ada yg kesian kat pakcik ni pulak...menawarkan utk menghantar pakcik ni terus ke Shah Alam tetapi pakcik Majid menolak sebab....nazar dia adalah berjalan kaki utk sampai ke sana. Bukan menaiki kenderaan.
"Apa yang saya lakukan hanyalah untuk membayar nazar dan janji saya kepada Allah kerana saya sangat gembira dengan kemenangan skuad Tok Gajah. Biarlah apa orang mahu katakan, saya hanya mahu berjalan kaki sehingga ke Stadium Shah Alam," katanya. - HMetro, BH & NST
Haa...faham tu??
Ada yg memberi pesan kat pakcik ni...lain kali kalo Pahang menang...buat laa nazar lain yg sesuai ngan umur dia. Tapi tu laa...leh bagi pesan aje laa. Sebab nazar ni terjadi atas izinNya juga.. :)
Nota ALONA:-
~Nak tunjuk bagus??........mmmm..
7 comments:
Fuhh..subuh-subuh jengok sini nampak durian.. rasa manisss je.. baca terus pasal pakcik Majid..rasa pedasss je..
oh, betulke dapat pakej umrah..alhamdulillah..terkedu terus la orang yang dok kutuk tak tentu pasal tu..
macam gak beli durian kt kedai basikal, macam tulah jalan kaki ke S Alam, dapat pi umrah..nampak macam takde kena mengena tapi Kun Faya Kun..
dah lama tak makan durian...tp rm50 utk 5 biji mmg mahal le..dh macam durian balik pulau nun hehe...
durian yg tak boleh tahan tu...untuk along semoga berjaya.
Kat umah sya pn ade durian kg hubby bli smalam.
tu la kan kak. lepas ni along dah habis sekolah kat MRSM tu kan.
mang patut pun akak bawak kak Sela tu kang tak dapat nak datang dah lpas ni.
xtau pun pasal pak majid tu hehehe
alhamdulilah nazar di dpt dibuat pun..dan murah rezeki beliau dpt pergi umrah pulak..mmg rezeki terpijak uols..
mcm xcukup je durian tu
mcm xcukup je keropok2 tu haha
sedapnya doyan..terbayang bayang
betul kata lona.
pakcik tu bukan ada heboh2kan pun dia nak buat nazar..dah nama dia nazar..kenalah tunaikan ..
pasal solat.mcm tau je..
tau ker..kan.
tp terharu sbb akhirnya
pakcik dimurahkan dpt g umrah, dpt kasut baru.dia x mintak pun semua tu..tp dah rezeki dia.
semoga murah rezki pakcik selalu.amen
Post a Comment