Saturday, November 16, 2013

Di jalan sesat - M.Nasir



Apakah takdir mimpi ini,
Mendatang berulang kali,
Berdarah penuh di tanah,
Sedang tangan menongkat langit.

Apakah yang kuperjuangkan,
Apakah yang dipertahan,
Apakah mesti aku jadi pahlawan....

Oh! Tuhan.....
Tidaklah aku layak,
Untuk syurgamu........
Namun aku tak berdaya,
Menahan panas nerakamu.

Curiga di mata orang,
Bagai mentari rembang,
Bagaikan aku berdosa....
Pada siapa saja...

Sedang Tuhan... dimana-mana,
Melihat semua dosa,
Dalam serata usia,
Walau ditelan Segitiga Bermuda,
Selalu ku mengulangi,
Dosa yang telah ku buang,
Diikuti kembali "Mengapa begini?",
"Mengapa begini?"

Oh! Tuhan.....
Tidaklah aku layak,
Untuk syurgamu........
Namun aku tak berdaya,
Menahan panas nerakamu.

Sedang Tuhan... dimana-mana,
Melihat semua dosa,
Dalam serata usia,
Walau ditelan Segitiga Bermuda,

Sedang Tuhan tahu sesiapa,
Untuk Neraka untuk Syurga,
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam,
Dan sesungguhnya aku cinta,
PadaMu Tuhan walaupun sesat jalan.

Nota ALONA:-
~Aku dh masukkan klip2 yg kena ngan cerita kat bbrp entry sebelum ni...termasuk klip gol tunggal kemenangan Pahang menjulang Piala Malaysia 2013 baru2 ni, hihi..

1 comment: