Saturday, November 23, 2013

Kecoh...ada yg bocor!!!

Aduhaii...kecoh pulak soalan utk subjek Add Maths SPM 2013 ni ada segelintir calon yg dpt soalan bocor. Aku tak tau pun. Sbb 2-3 hari ni sebok keluar bertugas. Sokabar tak beli. Berita kt tv tak sempat nk tengok. Jadi, berita yg ni...Along yg sms bagitau aku. Katanya ada masuk dalam Buletin Utama.

Pastu, kabar angin mengatakan jika betul kes ni....sama ada calon kena amek exam semula, graf peratus akan dinaikkan....atau guna markah trial. Erk...guna markah trial??? adoiii....toing...toing...yg ni tak setuju laa, huhu. Markah along kurang bagus utk markah add maths masa trial ari tu. Dan dia dh bersungguh2 jawab sehabis baik masa exam SPM baru2 ni sampaikan selesema dan bersin semua muncul hari tu, huhu. Petang Khamis tu...aku kena pi hantar ubat selesema ngan ubat demam kat along pulak weh. Risau kesihatan along nak ulangkaji subjek sains tulen yg nak dijawab pada 3 hari berturut2 bermula Isnin ni.

Masalah besar kes ni ialah....bkn semua calon dpt soalan bocor pun. Berapa peratus aje...kecik sgt peratusnya. 

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, walaupun pada dasarnya sukar untuk berlaku kebocoran, pihaknya tetap mengambil serius dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tersebut.

Ini kerana, katanya, kertas soalan SPM dicetak di Universiti Cambridge, United Kingdom dan prosedur penghantarannya dari universiti itu hingga ke pusat peperiksaan di negara ini adalah ketat termasuk pengawalan oleh pihak polis.

"Jadi, kalau hendak dikatakan masa pencetakan itu bocor (mustahil) dan perkara sebegini sudah lama tidak berlaku dengan paling terakhir adalah pada akhir tahun 90-an dan apabila disiasat tiada kebocoran sebenarnya," katanya dalam sidang media di sini hari.

Abdul Ghafar berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan dakwaan PPIM dan akan menyiasat kes itu secara terperinci.


Berita penuh leh baca kat link di bawah ni....hehe..
http://miazarraannur.blogspot.com/2013/11/kementerian-tubuh-pasukan-khas-siasat.html

Uii...baru hari ni aku tau rupa2nya kertas soalan SPM ni dicetak kat negara UK tu.......kat salah sebuah universiti terkemuka, tau!! Bukan dicetak kat negara kita ni.

Kemungkinan...cikgu yg dikatakan memberi soalan bocor tu MUNGKIN adalah salah sorang panel soalan spm utk subjek ni sejak 2007, kot. Oleh yg demikian...dia leh mengagak soalan apa yg bakal keluar. Tambahan pulak...selalunya soalan2 camni selalunya akan recycle wlpn tak tentu bila tahunnya. Hahaha....itu pendapat aku aje laa. Nak tau kisah sebenar...kena laa tunggu hasil siasatan oleh pihak yg berkaitan, kehkeh..

Nota ALONA:-
~Mm....harap2 ada yg paham maksud antara soalan spot ngan soalan bocor, :)

7 comments:

Teena Tna said...

Tadi adik saya pun ada bagitau addmath macam ada soalan bocor.

ibuayu said...

Rasanya bukan bocor..kebetulan soalan2 yg dibuatpanel pembuat soalan tu keluar..kalau kena ulang kesian pulak pada budak2 yng lain cian diaorg mesti stress

Unknown said...

Yang trlibat nak bocorkn soalan pepewriksaan pun agak2 lah sikit, x pasal2 bdak2 kene ambil balik exam tu. Smua org akan susah

attyfir said...

bila lah masalah mcm ni nak selesaikan ..rasa tiap tahun pun ada je kes .
yg jdik mangsa org yg berusaha bersungguh2

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

salah faham kot kan kak..
mybe cikgu tu kasi soklan spot..
kan sll kita recyle blk soklan2 lps..
hrp2 mcm tu la..
idak jenuh gk nk buat len exam..huhu

wantie said...

hurm... kalau jadi cenggini memang geram. sian kat bebudak tu. dah perah otak masa menjawab tu kan. selalunya kalau soklan yg di cetak semula akan lagi susah...

harap harap ini hanya rumors. Adoi..sian jugak kat anak penakan T.

el said...

teringat el sekolah2 dulu sllu sgt bertukar2 soklan ngan kwn2 sekolah lain dr tahun yg lepas2..pas2 dlm byk2 soklan yg kitorg bc tu ada yg kuar..ya Allah sgt seronok giler..el ni jenis suka menghafal..abis lah jwpn pun dah kurang sm..hahahah best giler dpt soklan yg kita dah target n spot tu..tp mcm soklan bocor pun ada kan iras2 kut no