Monday, January 27, 2014

Balik Bentong dulu sebelum...

24.01.2014
Jumaat

Petang kul 3 lebih..kitorang gerak balik ke Bentong.
Sebelum tu sempat ler singgah kat umah mak dulu. Bagi along jumpa pah dan wan dia dulu sebelum melangkah menjadi sorang siswa pulak nanti, kan.

Abang cuti separuh hari Jumaat tu.
Kitorang balik ikut CH....
Sampai sana...jalan tak sesak pun. Clear...tp kat pasar malam Brinchang tetap ler susah nak parking kalo nak berhenti, kan. Cuma jalan mmg tak sesak. Itu sudah memadai.

Sebelum tu sempat singgah kat Kea Farm...nak beli sket barang utk Idah dan Leen. Jugak utk makan2 sendiri. Beli tak banyak pun. Kea Farm tu pun dh tutup dh sebenarnya. Ada ler beberapa jer peniaga yg masih berniaga dan sedang berkemas2 nak tutup gerai dh.

Kat sana mmg sejuk gigil. Tak penah lagi gi CH sejuk gini. Haba kedinginan kabus pun nampaknya melekat di cermin kereta.
Singgah kat area medan selera pekan Brinchang tu, hehe.
Tapi mcm biasa laa...dorang tau malam tu tak berapa ramai orang...ada 2 jer gerai yg bukak kat situ. Orang ramai serbu pasar malam aje cari makan malam tu, kan.

Aku ajak abang singgah makan dulu laa kat Restoran Idaman sebaris ngan Hotel Jasmine dan Hotel Parkland tu. Kat situ ada masakan panas jugak. Aku ngan abang makan nasik ngan sup ayam. Air semua oder teh o panas, huhu. Sejokkk sgt malam tu. Tapi wlpn air teh o tu sampai kat kitorang sedang panas berasap....namun, bila nak minum air takde perlu nak tiup pun. Sekejap jer dh suam sendiri, hehe.
Oder sate...10 ayam, 10 daging lembu, 10 kambing...Harga secucuk sate kambing 80sen. Yg lain tu 70sen secucuk. Satay ni sedap.
Makan simple2. Tengah sejuk2 ni...makan sup ngan nasik mmg nikmat!!!
Along cuma makan sate. Dia kata tak selera nak makan nasik sbb rasa mcm nak demam. Pulak??
Jadi, aku suapkan jugak sesuap nasik kat dia, jadi laa..huhu.

Sangat sejuk....wuuu....sejuk gigil2..
Lain macam punya sejuk gini. Mungkin dudulu zaman 80an...CH sejuk gini ler kot, ye.

Melalui Bertam Valley malam2 mmg cantik jer suasananya.
Utk sesape yg tak penah lalu sini memalam. Leh ler tengok gambar ni ye. hihi.
Lampu2 yg dipasang untuk mengelakkan serangan serangga pada tanaman.
Mgkn jugak utk menstabilkan sikit kedinginan malam2 kat situ, kan. Utk kebaikan tanaman dorang agar sihat sejahtera membesar sehingga masa tuaian, hehe..
Ada jgk yg kaler gini lampunya, hehe..
Hmm..mujoq ler masa amek gambo ni takde yg interframe kat depan cermin kereta...hihi..
**gambar atas tu amek guna sony nex aje..

Dh sampai bandar Raub...sempat jumpa Leen.
Nak amek novel2 yg dia nak let go ari tu....tp masa balik Bentong sebelum ni tak sempat nak jumpa. Alhamdulillah, kali ni baru ada rezeki, hehe..
Bergambar dalam kegelapan...
Ni gambar dari Leen. Aku cilok kat wassap grup, hihi..
Ni laa novel yg bertimbun tu. Timakasih Leen.
Aku pun tak tau ler bila nak mula baca. Tapi dlm banyak2 ni....ada laa beberapa tajuk yg aku dh baca.
Lepas2 ni...Leen kata leh ler aku bagi kat sesape pulak baca. Ari tu Gieyana ngan Tifa Anvar berminat ler katanya, kan.

Kat umah ayah malam tu...sembang sket2...kitorang tido awal.
Tambah2 pulak akiss ngan angah takde ni...sunyi pulak balik Bentong. Cuma ada along jer.
Esok paginya nak pi ziarah pusara mak sebelum ke umah Fadel.

Nota ALONA:-
~Ntah laa....

4 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

zura tk penah lg jln2 ch wktu mlm..
mmg cantik la kak view dia..
lmpu2 tu nice je

dr akak ceta ni..
mcm leh rasa kesejukan tu kak..
gigil2 plak sy rasa ni..haha

wantie said...

dapat jugak le akak merasa kegigilan sejuk tu yer.

T ni sedara dari pahang tu je layang dok bagitau. dorang berselimut je..

tak pe kita tunggu salji turun baru kita gi k. hahahaha

nad said...

Bestnya ch!
Banyak giler novel!
Kawan akak let go je ek koleksi dia
Perghh! Syok la akiss ni nnt hee

Anonymous said...

mmg sejuklah kat CH yer, pekena satay mmg secocok sgt lah hehehe