Monday, January 13, 2014

Cuti2 Hatyai - Krabi 1

13.12.2013
JUMAAT

Petang tu Fadel dan Dayah sampai dari Bentong. Dorang dh kenyang pulun makan doyan buffet...cuma RM10 makan kenyang kat situ jer...kat mana?? Kat Hentian Bukit Gantang arah ke Utara tu, huhu.

Malam tu Fadel nak gunting rambut dulu. Rambut dh panjang sket. Nak pi bercuti ni kena laa bagi ensem2 lagi, kan..hihi.

Gunting kat kedai area Kamunting aje.....
Kuar masa ni...kitorang jugak pi stesen minyak...isi petrol extra dlm 4 tong. Setiap tong 10 liter. Bermakna, utk alza ada petrol extra 20 liter....avanza pun extra 20 liter. Nak bawak masuk Siam.

Lepas2 tu...kuar pulak pi food court BOMBA tu...Fadel ajak pekena ais kacang...eh?? ye ke?? ABC kot...ntah ler, hoho. Mmg kat sini pelbagai jenis ABC pun ada. Aku dh lama betul tak makan ABC kat gerai ni...huhu. Bkn pe, mmg dh dok Taiping ni....food court ni tak menjadi hairan sgt pun, kan...hahaha..
Semua pun oder ais kacang kecuali abang. Kongsi ngan aku..
Tu...abg punya air...air panas. Aku nak oder lai ci kang aje. Sebok soh aku oder banana split tu. Tp makan sket aje. Kata kongsi....huh!!!
Sebelum tu alza isi petrol penuh RM52..
Dah balik umah tu...kengkonon nak terus tido ler. Takyah layan Maharaja Lawak Mega...maklum ler, MLM tu abes kul 12 malam. Kul 3 pagi nak kena gerak dh menuju ke Bukit Kayu Hitam..hoho..

Tapi abang sorang jer yg tido awal sebab nak memandu esoknya.
Kitorang yg lain tetap tgk sampai abes MLM tu...hoho.
Ngan aku lagi laa lambat tido. Baru nak packing baju...hahaha. Ngan baju abang sekali pulak tu. Mujur ler anak2 dh pandai packing baju masing2. Cuma dorang nak konfem berapa jer yg perlu nak dibawak ngan ibu dorang ni...

Seperti biasa...aku ni susah tul nak lelap mata kalo esok tu nak pi mana2. Nak ikutkan bukan sebab teruja tapi sebab risau tak terjaga pulak di waktu yg dirancang tu, hoho.

14.12.2013
SABTU

Namun, Alhamdulillah...bila alarm kat hp tu berbunyi kul 1.50pagi...aku pun bangun. Err, berapa minit aje aku tido??? Err...tak sampai 40 minit pun, mm...
Tapi...dalam gitu pun...kul 3.30 ke...3.40 pagi ntah baru gerak dari umah. Mana taknya...nak tengok kucing lagi...itu ini gitu gini...

Sampai Changlun...tercari2 jugak mana ler kedai yg bukak 24 jam utk insurans kenderaan di Siam ni. Ada yg terlepas..takpe, mungkin kat depan2 tu ada lagi. Err, dh lepas pekan Changlun dh...risau gak aku kot dh takde kedai utk wat insurans kenderaan masuk siam ni.

Akhirnya...nampak satu tempat ni...banyak bas berhenti kat situ. Kitorang pun masuk jugak. Mmg situ one stop laa. Syarikat yg dimiliki oleh cina....tp aku pun tak ingat dh apa nama one stop centre tu. Kat situ ada kaunter pengurup wang, ada kaunter utk wat insurans kenderaan Siam. Leh jugak utk buat white card...

Kat situ jugak ada stall makan. Tapi aku tak berapa berani nak makan sbb peniaga cina dan India jer ramai. Ada jgk kaunter nasik campur tapi hati mmg was2 ler, hoho.
Kat situ jugak ada disediakan tandas, bilik mandi dan surau. Mmg one stop centre.
Tunggu dorang proses utk insurans kenderaan di Siam dan white card.
Kena serahkan passport utk white card.
Utk insurans kenderaan pulak....geran kereta yg original ataupun salinan diperlukan.
Kat sini upah utk dorang buat white card RM1 aje sorang.
Insurans kereta (kitorang bawak alza ngan avanza...tak tau ler dorang kira mpv ke...atau sama aje mcm kereta 5 penumpang).....RM15 aje utk 9 hari (tempoh paling minimum)...

Tunggu dekat setengah jam jgk ler. Sebab ramai tul yg wat white card kat sini. Terutama rombongan2 bas yg bersusun2 kat luar tu. Satu bas aje dh berapa ramai, kan....huhu. Mujur ler pekerja situ cekap. Ada sorang pekerja Melayu perempuan dan yg lain cina..

Kat sini...aku baru nak tukar duit RM kepada BAHT, hehe.
Mujur tukar kat sini....sbb kat sini nilai dia tinggi sket dari pengurup wang kat Taiping tu. Kat sini...100 baht...kita akan dapat RM9.73. Mmg masa ni nilai RM turun sket. Selalu...bila 100 baht...kita leh dapat RM10.20 gitu, kan. Hmm....ini laa yg tak berapa best, hehe..

Aku pergi kat tandas sini...kena bayar 30 sen. Tandas mmg banyakkkk...
Ada jugak yg mandi kat sini....mgkn rombongan bas dari destinasi yg jauh ler, kan..hehe.
Tapi ramainya cuma gosok gigi dan cuci muka aje kat sini. Pastu pakai mekap semula. Berderet2 kat sinki ni orang pempuan yg buat aktiviti gitu.
Sebelum masuk pemeriksaan imigresen di BKH....kitorang isi petrol dulu kat stesen last yg akan dijumpai iaitu BHP kat sebelah kanan. Tapi jangan risau...tak susah nak keluar semula masuk lane ke kiri walaupun ia masih hiway sebab ada simpang yg membolehkan kita keluar masuk ke kawasan ini..
Mmg masa ni...hentam aje pun apa petrol asalkan yg ada jenama, hehe. Kat sini isi pulak RM38 bagi penuh tangki. Al-maklum ler....petrol kat Siam mahaiii, weh!!!

Masa dh sampai kat ngan imigresen BKH....betapa berderet2 bas beratur menunggu giliran kat sini. Kitorang yg takde pengalaman masuk Siam ni tanya ler kat polis yg jaga kat situ. Kot ler nak kena beratur jgk ke sekali ngan bas tu??...hehe. Rupa2nya tak payah ler. Terus jer...tu utk bas, ko!!! hihi.
Kat sini cuma drive thru. Hulurkan passport kat kaunter. Tapi tu utk yg berkenderaan sendiri laa. Kalo naik bas...kena beratur panjang mcm dlm gambar tu.
Tapi utk penumpang2 bas rombongan....dorang kena turun ler. Beratur bawak passport masing2.
Owh...patut ler semua bas kena beratur. Jenoh ye nak nunggu giliran tu. Brp jam nak kena tunggu??
Ok...kitorang dh sampai sempadan Siam dh..
Masuk sempadan...seperti yg kawan2 bagitau...parking dulu kat sebelah kiri. Perlu turun utk cop passport dan mohon pelepasan kenderaan masuk Siam kat kaunter kastam dorang.
Abang...dh bersedia ngan dokumen2 yg diperlukan..JOM!!!
Waktu tu mmg tak ramai lagi. Kaunter pun banyak yg bukak. Mmg memudahkan.
Tandas pun ada kat situ kalo tetiba rasa nak terkucil ke apa, hehe.

Dh selesai muka kita discan dan disahkan sama ngan pemilik passport (err, mula2 kitorang selitkan jugak RM1 tu...last2 kitorang bawak keluar semula sbb tengok orang sebelum tu takde selitkan pun RM1, hehe. Pegawai imigresen tu tak kisah pun bila takde RM1 kat dlm passport tu, ngee.. Iye laa..takkan dia nak mintak pulak, kan. Salah tu, huhu)...teman lak abang dan Fadel pi beratur utk permohonan pelepasan kenderaan sendiri ke Siam di kaunter Kastam dorang.

Dokumen yg diperlukan kat sini adalah insurans kenderaan yg kita dh beli tadi, passport pemandu. Sekiranya bawak kereta milik orang lain (mcm kes Fadel...bawak avanza nama ayah)...maka perlu sekali surat yg mengesahkan pemilik kereta tu (ayah) membenarkan Fadel ni bawak keretanya masuk ke Siam, hehe..
Ok, jgn risau...mmg kitorang dh ready dh pun surat tu print kat umah.
Namun, takde masalah pada mereka yg tak tau sebab kat situ ada jer 'penulis awam' yg leh buat semua tu utk kita dengan sekian2 upah bayaran. Tapi lebih baik ler buat sendiri. Bukan susah pun. Buat ayat dalam bahasa Inggeris. Kalo tak reti nak buat gugel jer. Ada yg bermurah hati kongsikan format tersebut ngan korang. Tak pun...gi jer gugel translate tu. Karang ayat dalam BM dan kemudian translate ke BI, hehe. Pastu, print surat tu. Eh, tulis tangan jer pun boleh.

Asalkan surat tu ada nama pemilik kereta, nombor plat kereta, kereta jenis/model apa, nombor casis, nombor enjin kereta, nak bagitau kereta tu kaler apa pun boleh...tak bagitau pun boleh, nama pemandu yg memandu kereta, dari bila sampai bila korang ada kat sana....dan tandatangan pemilik kereta tu. Nak sign merapu pun takpe. Dorang bkn kisah. Asal ada jer surat tu...
Masa abang ngan Fadel mula beratur...orang tak ramai pun...tapi kemudian tu dah panjang dh mcm dlm gambar, hehe. Mula2 gi kaunter kat Fadel tu. Lepas tu pi pulak kat kaunter yg ada abang tu. SELESAI!!!
Perut pun lapar...dh ada gerai yg mula berniaga kat tempat parking tu. Maka kitorang pun beli laa ayam goreng ngan pulut. Dh tak ingat berapa ringgit. Beli ayam 4 ketol. Beli pulut cuma 2 bungkus. Jadi laa sekadar nk buat lapik perut. Kat sini aku bayar guna RM...dorang masih terima duit RM. Dan lebih untung bayar guna RM, hahaha..
Antara yg terkenal di Danok...
Kat Siam ni...dorang sangat menghormati Raja dorang. Mana2 saja ada gambar raja dorang. Berbeza ngan Malaysia. Gambar pemimpin lebih banyak, hehe..
Pastu dh jumpa satu tempat menarik dan singgah utk bukak makanan yg dibeli tadi.
Perut dh sebok nak mintak isi, hoho..
Ni laa...pulut ngan ayam. Makan pulut ngan ayam goreng tu.
Pulut tu...mmg pulut semata2. Takde rasa lemak2 santan langsung. Rasa garam pun takde, huhu. Ayam tu sedap laa, lembut2 aje isi dia...tapi semacam ler kan bila makan pulut takde berkuah ni, hehe. Kalo kat Malaysia paling tidak pun ada sambal ikan bilis....hihi..
Kat sini ada tempat riadah macam ni...
Ngan abang2 pun sebok nak guna, hehe. Sebenarnya kat maktab akiss ada gak mende2 mcm ni...tapi lebih best yg kat sini punya. Lebih variasi. Permainan ala2 kat gym....bagus, kan!!! Kalo ada kat Taman Tasik Taiping ni...aku rasa kejap aje dh melingkup...huhu.
Dh selesai melayan kehendak perut...kitorang pun mulakan perjalanan..
Suasana di sebuah pekan masih dalam daerah SADAO.....
Rakyat Siam akan mengundi pada bulan Februari ni..
Dan kitorang berhenti kat 7E kat tepi2 jalan tu utk beli kad sim Happy Tourist...berharga 490baht utk internet wifi 24 jam, dan 150 baht waktu bercakap membuat panggilan. Aku beli 3 set...utk 3 hari, huhu. Leh wat hotspot..
Satu jam perjalanan...akhirnya...sampai ke bandar Hatyai. Kat sini jalan sesak sket.
Sepanjang hiway tadi...kenderaan mmg tak berapa banyak.
Mall yg baru bukak...central festival namanya. Dekat2 situ ada jugak Makro. Mm, kat Malaysia dh lama berkubur nama Makro ni...tesco extra dh amek alih..
Kitorang tak check in lagi sbb belum masa. Awal lagi. Tambah2 pulak kat sini lambat sejam dari waktu Malaysia. Maka kitorang terus ke Pantai Samila...nak tengok duyong...hahaha. Saja laa, tak penah sampai lagi, kan..
Tapi sempat berhenti kat stesen SHELL nak buang air kecik jap, hihi..
Mmg fesen tandas awam kat sana....mcm gini, ye. Jimat air. Tandas pun takyah flush. Mgkn saluran dorang tu menyenget kot. Kalo ada 'mende' tu jatuh...terus jer otomatik salur ke tempat yg sepatutnya. Takde ler dok jer situ nunggu kita tarik flush baru hilang, hoho...
Ni laa cara dorang jimatkan penggunaan air. Antara langkah2 yg dorang buat. Maklum ler, sekali flush air kat tandas ni...berapa gelen air yg digunakan???

Orang Malaysia ni mmg susah nak berubah...susah ler nak susah sket, kan. Bila dh terbiasa tu...mmg tak leh nak ubah.
Mcm kes kadar tariff letrik naik tu ler. Mmg ler, aku pun tak suka jugak kadar tariffnya naik tapi bila dh naik jugak...kita kena ler berubah sket. Jgn bazirkan letrik. Kalo takde sesape kat dapur...tutup lampu tu. Kurang2kan penggunaan ekon. Bila seterika baju tu...kalo boleh seterika lebih dari sehelai pakaian lain yg perlu nak digosok.
Mcm kitorang...Alhamdulillah laa, bil letrik masih biasa aje. Maintain......sebab mmg penggunaan kitorang masih di bawah paras kenaikan tariff baru hari tu...

Sebenarnya....mmg betul orang2 tua dulu berkata...jauh berjalan luas pemandangan. Bkn keindahan tempat tu aje yg kita nak tengok tetapi cara kehidupan masyarakat kat sana. Mana yg elok kita amek buat contoh...mana yg tak elok kita buat iktibar. Tak susah pun. Kita dianugerahkan Allah akal yg baik kerana manusia adalah makhlukNya yg paling sempurna.

~sambung...

Nota ALONA:-
~mengenepikan kerja2 penting seketika utk wat entry ni...huhu..

5 comments:

Gieyana said...

Best kn kak p sini..idak ujung minggu ni nk msuk la..tp x brni lg..tmbh lak da bb..cmna nk lari nnt..ekekke

wantie said...

hat duk pujuk sikit sikit nak pi terus tak dapat nak pi sebab keadaan kat sana la. siap mak call lagi suh cancel. waaaa....

bila la harapn tuk ke sana akan datang kembali.

begitulah manusia kak, selalu melekat dalam otak berubah ke arah yang lebih baik. berubah ke arah yang lebih selesa dan senang. so bila nak patah balik memang susah le..ngeee

el said...

rindu pula nk pi hatyai..sopin baju budak sn murah2
pasport dh mati haha...lau ada rezeki nk p krabi
smpai termimpi2 ha hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

seb baik dh penah masuk..hikss
tp p ngan bas..mmg lmbt sket kak
sbb kena beratur pjg chop passport..haha

nnti nk try pgalaman pegi sdiri plak..tp kena tggu keadaan redha dl..hehe

attyfir said...

alor,.,.teringat masa g hatyai dulu..
singgah danok..aty mmg suka ayam goreng ngn pulut tu ,memula mcm tak biasa je , tp lpas tu mcm sedap2 je hari2 beli ..

tandas tu , memula mcm terkujat gak,
sbb mcm tandas zaman 80an..hehehhe