Saturday, January 18, 2014

Tukar tayar alza

18.01.2014
SABTU

Hari ni...
Mula2 pi umah mak. Amek bateri van yg dh tak leh guna dh...cukup tempoh berkhidmat dah, huhu. Mak mintak tolong abang pi beli yg baru. Bateri lama tu kita leh 'tolak' kat kedai bateri tu. Tokey tu amek ler RM10 sebijik. Bukan besar pun...kan. Kalo bateri lori ke...bateri bas ke....mahal sket ler, kahhhh...

Ok...dh pi beli bateri baru utk van...kitorang terus gi kedai United Tyre. Lokasi kat laluan tepi flyover...iaitu jalan nak ke Jalan Air Kuning dari Taiping. Berhampiran ngan Taman Sri Kota. Abg kata, tayar kat situ murah. Abg dh tanya kat kedai Ivy keje tu...mahal sket ler, weh.
Buat kat bahagian belakang.
Abang pilih jenama Bridgestone...tayar jenis low profile saiz r15-50-195...
Sebijik RM170. Tukar 4 bijik sekaligus.
Tayar asal sebelum ni dari Silverstone. Mmg berbaloi laa guna...4 tahun dari mula guna alza ni tak penah tukar lagi, hahaha. Sampai ke Krabi tu!!!!!!!!
Tapi kali ni dh kena tukar laa. Jangan laa melampau sangat kan. Mentang2 dh bagi peluang guna lama camtu...takkan nak tunggu meletop tengah jalan baru nak nyesal dan tukar tayar baru!!!!

Maka, kitorang pun keluar ler duit dari keje sampingan kitorang tu....utk tukar tayar baru 4 bijik. Mmg kena tukar sebab Jumaat ni dah nak gerak balik Bentong dulu sebelum gi KL umah Fadel utk bermalam semalaman sebelum hantar pendaftaran along.
Tengah tunggu tayar baru...wiiii!!!!
Mmg ok kedai ni. Banyak betul pilihan sport rim dia. Tapi kitorang tukar tayar aje, hehe. Sport rim alza ok lagi, pe. Takyah ler beriya2 nak tukar yg cantek2 sangat. Asal leh guna udah ler, kan. Kitorang tak leh boros2 mcm orang lain.
Sape2 yg nak tukar sport rim yg cantek2...menarik...leh ler pi kedai ni. Banyak2 kedai tayar aku penah pi kat Taiping ni...kat sini laa antara yg paling banyak menjual sport rim yg cantik2. Yg second hand tapi masih elok dan cantik pun ada. Murah2 jer dia jual. Van abah dulu...tukar tayar dan sport rim kat sini laa jugak abang bawak.
Wahh...tayar baruuuu...hihi.
Dekat sket...
Nota ALONA:-
~Awal bulan 2 nanti....dh nak kena perbaharui roadtax, insurans alza pulak, huhu...

5 comments:

Teena Tna said...

Ayah saya dari hari tu cakap nak amik keta alza, avanza laa. Yg penting mpv nye. Tapi next year kot. Hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

alza dpt kaki baru la..:)
lama gk tu bertahan kan 4thn kak guna tayar lama tu...

alza model baru keluar ni cntik arr kak..berkenan sy..hehe

wantie said...

dah dapat tayar baru. pas ni road tax pulak. maintenance tuk si alza je la kan.

T pun lepas raya cina ni nak godek godek juga keta tu. banyak benda yg nak kena buat.

attyfir said...

besh dpt tayar baru ..lps ni leh jalan jauh lagi.

Dynass Health & Beauty said...

Kedai tayar kt bentong dengar citer muroh giler....betul ker?harga tayar baru saiz 15 rm80 jer sbijik.