Sunday, January 19, 2014

Cuti2 Hatyai - Krabi 2

sambung dari SINI...


14.12.2014
SABTU

Dah sampai Hatyai...kitorang teruskan perjalanan ke Pantai Samila yg terkenal sebab ada patung duyung tu. Dah alang2 sampai sana...baik ler pi kan. Sebab dorang kata...kat sana souvenier lebih banyak pilihan dan murah2 jugak harganya.

Sejam jugak ler nak sampai ke sini dari bandar Hatyai tu.
Berpandukan gugel maps...sampai jugak ler akhirnya walaupun tak sampai kat tempat parking dorang yg betul2, hehe. Kitorang parking kat tempat lain dan jalan kaki berdekatan ngan pantai.
Fadel dan Dayah..
Jalan kaki. Alahhhh, tak jauh mana pun 150m jer cenggitu, hihi..
Ada batu2 gini. Tak pastilah mmg batu asal ke...ataupun batu dari runtuhan bangunan dulu2. Aku pun tak belek2 dan tengok betul2. Tak sabar nak sampai kat pantai tu, hehe...tapi kat tepi2 pantai pun ada jgk batu gini, kehkeh..
Kat sini ramai jgk penjual wanita beragama Islam.
Angah yg amek video masa ni. Rajin pula dia pegang video cam, huhu..
Aku ngan patung duyung yg dah berkurap2 ni. Sian tul...dok kat situ berpanas dh berapa tahun dh tak lepas2 nak pi masuk ke laut, huhu...
Bergambar ngan si duyung.
Ok...kat situ mmg ramai penjual wanita yg menjual buah gini. Mmg menarik cara penyediaan dorang kan?? Kreatif....buah pelam tu dibelah mcm tu kemudian diletak sebatang kayu kecik utk merenggangkan dari potongan bijiknya. Asamboi nya pedas2 cili siam tu tapi sedap ler. Tgk ler aku tu...dh terkeluar lidah tak tahan tul tgk buah2 ni, hihi..
Kat situ..sepanjang berhampiran tepi pantai...banyak gerai2 berpayung menjual FM, key chain, topi dan mcm2 lagi laa souvenier. Ada yg jual loose, ada yg jual sepeket terus. Kat sini leh guna duit RM lagi.....Masa tu, mmg untung sket kalo guna duit kita bila berbelanja kat sana.
Kemudian...gi pulak kat deretan gerai berbumbung gini...kat sini banyak jual t-shirt2 laa.
Bergambar kat papan tanda ni. Tulis hape pun kitorang tak tau ler.
Mgkn tulis Samila Beach kot?? hehe..
Dah selesai...jalan kaki ke kereta semula..
Bergambar kat sini dulu...di tengah panas terik..silau!! hahaha..
Abang lepak kat mamat buku ni...Aku pun tak tau sape tokoh yg dorang jadikan tugu ni. Nak baca kat tempat kenyataan yg disediakan tu tapi tulis siam. Kot kalo bahasa inggeris leh jgk ler aku paham sket2. Kalo tak paham pun....aku leh tanya kat abang, kan..hihi..
Aku pun tengok ler buku apa yg dia baca sampai keras dok kat situ, hihi. Tak paham jgk. Tulis siam. Kat sini angin memang kuat. Tengok ler tu..bendera elok jer berkibar...
Kereta kitorang parking kat roundabout ni aje. Fadel ler yg mula parking. Mula kereta kitorang aje...tak sangka pulak bila keluar dari sini..ada lagi 2 bijik kereta dari Malaysia dok ikut parking kat belakang, hahaha. Ikutkan ni bkn tempat parking ni...ngeee..
Camni laa suasana kat bandar Songkhla. Kalo wayar letrik tu mmg tak terurus langsung. Bkn kat sini aje...bermula dari Danok dh kelihatan keadaan mcm ni. Mmg sistem TNB kat Malaysia lebih kemas ler keje dorang, hehe..
Dari sini...kitorang nak ke hotel. Nak rehat jap. Sian kat pemandu dh letih memandu seawal 3 pagi, kan.

Nota ALONA:-
~Mm...bila pikir ia amanah...kita akan cuba buat yg terbaik...yg termampu. Semoga dipermudahkan. Amin.

5 comments:

Zura@Iwan said...

haihh..
terliur sy tgk org jual buah tu kak..hikss

sian duyung tu ha..smpi berkurap..duk berjemur tgh pns duyung tu..haha

kak..wayar letrik kt sn mmg serabut kan...risau pula kita tgk..haha

attyfir said...

teringat lak kenangan kt sana..
aty sepjg kt sana ,..mmg asik membeli buah buahan je.

el said...

teringat pulak dulu pi kat pantai samila ni weols dok layan anak2 main layang2..hahaha beranging je dok situ..petang2 mmg penuh ngan org..ada satu kat hujung sn cantik npk satu pulau

❤Kamsiah❤ said...

buah2an tu nampak fresh dan mengiurkan hehe....seronoknya perabih duit kat sana..:)

wantie said...

hahah.. ikan duyung tu ada lagi. pernah la sampai sini.

hhhmm.. kelapa laut kat sini ada agi tak. murah giler dorang jual kat sana. masa T pi dulu la..