Wednesday, January 22, 2014

Urus hal along..

21.01.2014
SELASA

Tak abes lagi urus hal orang nak sambung belajar ni.
Pagi tu gi ke pejabat penghulu mukim...nak bagi selesaikan beberapa dokumen.
Selagi tak selesai...runsing aku, haih!!
Nak kena pi jumpa penghulu utk dapatkan cop pengesahan di beberapa salinan asal.
Pastu, nak mintak tandatangan penghulu sebagai saksi kepada abang selaku penjamin pinjaman pembiayaan pengajian along.

Dh selesai....lega.
Pastu pi kedai nak beli seluar slack along sebagai tambahan. Beli 2 helai.

Dah balik umah....petang keluar lagi.
Pi CIMB..nak masukkan yuran pendaftaran RM1400 kat akaun pungutan intitusi pengajian tu.

Dh selesai kat situ...bawak along pi kat tempat parking di lake garden dekat ngan rest house lama tu. Kat situ ada jalan berbukit sket. Sesuai utk along menajamkan skill buat latihan ngan sang kancil mendaki bukit, berhenti, bebas gear, tarik hand brake. Dan mula jalan semula. Aku kalo boleh takmo along gagal utk test D ni. Nak terus dia berjaya aje. Tu laa tujuan utama petang tu keluar ngan kancil. Kalo idak, aku lebih suka keluar ngan motor aje. Senang nk parking betul2 depan bank. Takyah tercari2 parking kosong, kan. Nak kena gores kupon parking lagi, huhu.

Esok pagi...kul 11 giliran along utk test D. Kalo lulus...leh dapat lesen D pulak selepas dah ada lesen B2 tahun lepas.

Nota ALONA:-
~Sedang melalui pengalaman pertama anak nak masuk u...

3 comments:

Nad MamaZN said...

In shaa Allah dipermudahkan urusan hal along ni...

Zura@Iwan said...

selagi tk settle kan kak..
mmg tk sng duduk..
dulu zura..abah yg uruskan...

wantie said...

urun chop chop ni memang letih kak.

mmm.. anak sedara T tu result trial dia tak bape cantik sebab tu dia tak mohon.