Wednesday, June 12, 2013

Tak bosan ke asek Cameron??

06.06.2013
KHAMIS

Kalo balik Bentong waktu siang...mmg aku lebih suka ikut Cameron Highlands ni. Walaupun dari Taiping nak menyampai ke Bentong kalo lalu sini dalam enam jam lebih (ikut laa...berapa tempat singgah, kan..hehe.) tapi tak mengapa...ia tetap satu perjalanan yg menarik, ngee.

Tapi kalo nk cepat sampai Bentong ataupun perjalanan nak balik Bentong tu dh malam...mmg kena lalu hiway PLUS, keluar Tg. Malim...dan ikut Batang Kali...naik jalan Genting Highlands tu...keluar pulak kat hiway KL-KARAK. Laluan ni mmg femes ler.

Dari Lavender Garden tu...aku singgah kat gerai sederet ngan Time Tunnel tu utk beli buah rock melon. Ada 2 jenis. Satu tu RM6 sekilo, saiz besar sket tp isinya tak sampai ke kulit kita leh makan, hanya separuh dari tu jer. Yg lebih tu dh keras dan tawar.
Ada lagi satu jenis...yg ni mmg gred yg bagus laa..RM10 sekilo. Walaupun saiznya kecik sket tp isinya, manisnya sampai ke kulit tu kita leh makan. Kulit jer kita perlu buang.

Dari situ...singgah pulak kat Multicrops...aku nk beli kelopak ros dan beli stoberi pun kat situ jgk. Tak singgah pun kat KEA FARM tu...mengarut...sesak dan susah parking.
Dah sampai pekan Brinchang...para peniaga dh ramai yg standby walaupun jam ketika tu belum kul 12 lagi.
Nampak tak dalam gambar di atas tu. Ada bangunan baru naik tu.........haa, yg tu ler yg aku bising dlm entry sebelum2 ni tu. Dah tau kat area situ sesak, jalan sgt sesak bila buat sehala kat depan hotel star regency tu...sampai leh hangit2 bau tayar akibat brek....dorang buat jugak bangunan baru tanpa menghiraukan penambahan tempat parking.

Haa, kena patuh ngan arahan ni...pihak berkuasa kata...leh berniaga bermula pukul 3 petang, ye...Bukan kul 12 tengahari dh leh meniaga dh tau!!
Eh...ada jeruk pak ali jgk ler kat CH ni. Siap sewa dalam bangunan hotel lagi tu...
Agak2nya...berapa ye harga jeruk dia kat atas ni??
Kali ni tak singgah pun gerai nasik campur kawan ayah kat medan selera, Brinchang tu.
Kitorang terus ke Taman Sedia...nak pekena eskrem homemade ngan stoberi.
Walaupun takde ler power sangat eskremnya...tp bila dh kat CH ni cara menikmatinya adalah sangat eksklusif, hehe...
Cheese cake ni beli kat multicrop tadi...tp makan kat sini, hehe. Aku kongsi ngan abg. Anak2 aku belikan roti cheese atas pilihan angah sbb angah yg ikut aku masa kat multicrop tu.
Seperti biasa...eskrem homemade yg ditaburi hirisan buah stoberi jadi pilihan selain dadih stoberi dan stoberi cekelet yg juga satu kemestian, huhu..
Bkn main along.....menikmati sesungguh2nya..
Akiss pun sama lah.. Dadih tu rasa dia sama mcm yg aku buat kat umah tp disebabkan kat sini Cameron...cara menikmatinya adalah lebih????....ye Eksklusif, kahhhh...
Hmm...sbb tu laa aku suka bawak anak2 makan kat sini.
Mana tak eksklusif...makan di tempat yg dingin dan segarrrr....
Budak2 ni gerammm jer tgk pokok kaktus dh besar2 ni. Tapi tu laa...yg dh ada kat umah tu pun tak terjaga aku bila dorang dh dok asrama ni..
Dari Taman Sedia...kitorang singgah pulak makan tengahari kat medan selera Tanah Rata tu.
Gi kat gerai lagi sorang kawan ayah ni...gerai ujunggg sekali.
Kat sini laa gerainya..
Angah ngan along dh nak abes makan. Abg dh gi basuh tangan dh..hehe..
Kat belah depan medan selera tu...ada jual souvenier...Walaupun banyak kali gi CH...mata ni dok gerammm jer ngan barang2 tu, ntah laa, kan....Tapi dok menahan jer nafsu nk membeli tu. Beli jugak ler key chain utk angah ngan akiss. Along tak mo apa2.
Abg sempat beli topi ala maher zeng ni. Nak guna masa photog. Nak tutup dahi tu. Kulit muka abg ni lagi sensitif dari kulit muka aku...Tambah2 bila usia dh meningkat ni, ngee..
Ni ler dia......RM10 jer pun, hehe...
Masa menurun ke Ringlet tu aku dh ngantuk balik. Maklum ler...dh lama tak bangun awal kul 5 pagi, kan..hehe. Akhirnya aku terlentok2 tido. Sedar2 dh lepas dh tempat pembinaan empangan yg aku tingin nak amek gambo tu.
Sempat amek tang sini aje...jadi laa.
Ni ler empangan hidro yg sedang rancak dalam pembinaan. Jadinya, laluan kat sini dh tak berapa sunyi sgt dh.
Besar empangan hidro ni...membabitkan beberapa buah kampung orang asli...
Dh jauh dah.....
Aku penah buat entry pasal empangan hidro ni dulu..
Semuanya utk keperluan penduduk & penggunadi CH jugak..
Kat atas tu pun dh sesak ngan pembangunan. Semua ni dh jadi keperluan....

Projek empangan hidro ni adalah salah satu sebab aku suka lalu sini...sebab nk tengok perkembangan projek ni, hehe. Mcm jurutera pulak, kan...huhu..

Nota ALONA:-
~Apa lagi perubahan dalam laluan?? Ye...kat Pos Betau tu dorang dh buat satu kawasan hentian rehat. Dah siap tapi belom beroperasi lagi. Diharap lepas2 ni...takde masalah lagi sekiranya ada yg tak menahan nk cari tandas perjalanan dari Ringlet ke Sg. Koyan, hehe..

8 comments:

Suzana Ikram said...

Zana pon baru jer g CH cuti sekolah aritu.. Nape agak nyer CH dah x sejuk cam dulu2.. Kecewa rasa nyer.

el said...

CH x sejuk sbb byk pembangunan kot..nti kita dgr penjelasan dr kontractor x berbayar kak alona haha

Unknown said...

datang ...cantik2 gambar tu..stewberi merah...

nad said...

Saya xjemu p ch
Suka! Damai jek
Tp sbb byk construction tu membuatkan damai dh kurenggg walau ttp ada

Hunny Kitty said...

kalao akak tanya saya memang tak bosan la kak..sebabnya? kat situ la saya jumpa hubby for the 1st time!

wantie said...

hiks... abang Fadzil tu, lepas ni jgan nak I'allah( lagu).. je bila nak berphotog.. ada gaya ok.

T tak tau pun ttg empangan Hidro tu. Thanks ye kak for the info.

attyfir said...

last aty pergi masa tu firdaus umur 5 thn kot..tinggal dkt hotelstar regency tu lah ..

dah ada mcm2 kan..bila lah nak sampai sini .lg

Anonymous said...

cameroon tu mmg bestlah tempat nyer