Friday, October 11, 2013

Bandung - Selamat Tinggal Bandung

22.05.2013
RABU

Dh selesai makan....kitorang gi satu tempat utk kawan2 packing barang2 yg baru dibeli di FO-FO dan Pasar Baru tadi. Sebab Idah kata...airport kat Bandung ni kecik. Mmg takde tempat nak buat mende ni semua. Dh ler kecik...orang ramaiiiii pulak. Kat situ mmg utk turunkan penumpang aje. Takde tempat parking2. Maklum ler...katanya tumpang airport tentera.

Tengok laa masing2...hehe..
Aktiviti melipat kain cotton yg dibeli oleh kak Siti. Semua nak sumbat dalam beg.
Tadi...kak Siti laa yg paling banyak membeli. Sendat beg nak zip..sampai kena ada yg tolong, kehkeh.. Penimbang tu kena ada. Nak tengok berat dh berlebih ke camne...
Ni tugu ke apa tak tau laa nak panggil.
Dh sampai airport...mmg kena cepat2 turunkan beg yg banyak tu. Kalo tidak...kena hon kenderaan kat belakang. Bila kena hon...pengawal keselamatan airport akan bising2. Abang dh bersalaman ngan Reza...Reza pun keluar dari kawasan tu. Tak tau laa bila lagi jumpa tu, kan.
Masuk jer dalam airport...dh kena tunjuk passport ngan duit tax...
Tengah serius berbincang ke tu??
Beg kak siti dh terlebih muatan, kehkeh...Jadinya disebabkan aku punya berat luggage masih banyak kilogram leh diisi...maka ofer laa kat kak siti utk tumpang kitorang punya. Tu yg kak siti senyum tu...hihi..
Tunggu kaunter bukak. Beg dh beratur utk kitorang, kehkeh..
Lepak sementara tunggu kaunter seterusnya dibuka. Siap leh lepak kat cafe minum petang lepas tu.
Aku beli roti nak makan kat dalam kapal terbang. Beli kat dalam mahal, kan. Alaa...letak dalam henbeg, huhu..

Disebabkan tak tau nak buat apa lagi...kitorang pun berdiri laa kat depan kaunter ni tunggu dorang bukak. Laa....tak sangka pulak...penumpang yg lain pun ikut beratur kat belakang2 kitorang, huhu. Bila tengok ramai dh beratur mcm ni...cepat ler sket pegawai2 tu bukak kaunter, kan..
Kitorang ler yg paling depan, hehe..
Dh masuk dalam balai berlepas...ramai ler pulak serbuk musola. Alahai...dh ler kecik...kena kongsi ngan lelaki pulak tu. Mujur kitorang antara terawal...takde ler kena tunggu giliran.
Dalam balai berlepas....mmg sempit. Sampai ada yg dok atas lantai jer.
Ralit dorang bersembang. Aku ni dh penat dh sebenarnya. Tak sabar nak rehat dalam kapal terbang dh.
Tapi...delay pulak flight kitorang ari tu. Masa nak pi ari tu ok. Masa nak balik ni pulak ada perkara mcm ni. Bagi orang yg selalu naik AA ni...mmg tau ler..sampaikan dorang cakap...kalo tak delay tu bukan AA namanya, huhu..
Bila dh diumumkan mcm tu...ramai laa pulak gi serbu musola utk Isyak pulak.

Bila diumumkan penumpang ke KL dh leh pi naik kapal terbang...rasa lega jer.
Maka berebut2 pulak ler dorang nak turun ke bawah utk ke kapal terbang tu. Nak berebut buat apa...aku ngan abang kan dh beli no. seat. Hari pulak ujan renyai2..
Mana satu nak naik ni...pilih2..hehe. Mana boleh pilih2, kan :p
Bandung dari udara...SELAMAT TINGGAL BANDUNG. Ada rezeki kitorang pi lagi, ye. Tak tau ler bila tahun pulak tu.
Lepas jer amek gambar tu...terus ler mata ni rasa nak tido. ZzZzzzzZ.....
Terjaga bila tgk pramugara dan pramugari sedang menolak makanan utk mereka2 yg dh booking online.
Aku tak booking pun utk balik ni. Tingat ada roti...
Plastik roti mengembung disebabkan tekanan udara rendah di ketinggian awan ni.
Lega dapat minum air panas di kala sejuk2 ekon ni.
Bila pramugari/pramugara lalu lagi sekali utk mereka2 yg nak beli makanan (bayar tunai)....abg oder laa air nescafe. Tapi bila pramugari tu dh sampai ke depan (kitorang dok kat ekor kapalterbang lagi, hehe)..tetiba rasa lapar sangat pulak. Tak cukup laa roti ni. Bila dorang pusing semula ke belakang nak simpan semua tu..aku pun mintak ler megi. 
Lega perut dapat makan megi. Walaupun dalam cup kecik tp puas jgk ler makan kongsi berdua, huhu..
Dh nampak bumi Malaysia. Ni kat mana pun aku tak tau laa. Mgkn kat negeri Selangor dh laa kot.
Mendarat dh kul brp dh. Leceh laa bila delay2 ni. Terutama waktu malam kan.
Lagi nak kena beratur nk tunjuk passport bagai...
Tp...balik ni...pilot dia bagus laa kendalikan pesawat. Smooth aje masa landing. Tak mcm masa pi ari tu. Landing kat airport Jakarta..kasaq gedegaq. 
Tunggu beg...
Dh selesai...kat luar LCCT..kitorang pun bersalaman2 ngan kawan2 lain. Aku tumpang Idah balik Selayang nak amek kereta kitorang yg dok bermalam kat situ, hehe.

Kisah2 lepas tu...aku dh citer kat entry awal2 dulu.

Antara barang2 yg dibeli...bila dh punggah beg, huhu...Amek gambo mana yg sempat aje laa..
Sandal liat....RM5...
Budak ni pun sebok jugak. Aku pun pelik...naper ler kucing suka sangat masuk dalam plastik. Pastu, susah nak keluar balik!!!
Alhamdulillah, tamat laa citer aku ngan abang gi melihat tempat orang. Melihat kawah gunung berapi, melihat cara2 kehidupan masyarakat kat sana...semua tu adalah pengalaman berharga.

Nota ALONA:-
~Jauh berjalan....luas pemandangan...

2 comments:

ibuayu said...

Hehe finally selesai cerita bandung...Akak pun nak lagi gi bandung...belum ada rezeki lagi

tifa anvar said...

Sandal liat cm tu mmng thn lama n x skit kaki.