Friday, October 4, 2013

Tetap dalam ingatan...

Hari ni...04 Oktober adalah hari lahir mak aku yg kini sudah tiada lagi di dunia fana ini.
Usia mak jika masih bernafas di bumi ini...pada hari ni adalah genap 56 tahun. Mak lahir pada tahun Malaysia merdeka 1957. 1957-2012.

Mak meninggal tahun lepas...sebelum usianya genap 55 tahun. Jadi, tahun ni adalah tahun seterusnya aku tidak lagi sms ucapan di kala jam 12 malam dan telefon mak di keesokan harinya utk ucapan secara lisan pulak.
Ketika usia mak genap 54 tahun pun...mak ketika itu berada di dalam wad. Itu lah tahun terakhir mak meraikan hari ulangtahun kelahirannya. Alhamdulillah, pada hari tu...Fadel yg mengajar sekolah sesi petang berusaha gi Bentong waktu malam dari KL ngan Dayah semata2 nak meraikan hari istimewa itu. Walaupun cuma di dalam wad tapi sudah semestinya perasaan mak gembira dan bahagia. Sedikit sebanyak...ia menguatkan semangat dalam badan mak melawan sakit.

Kali terakhir aku dpt peluk mak sesungguh-sungguhnya adalah kurang pun sebulan sebelum pemergian mak. Masa aku dh bersiap2 nak balik ke Taiping...mak baru lepas mandi. Mak berdiri di depan mesin jahit dan masih berkemban ngan kain batik...aku peluk mak dari belakang. Mmg waktu tu...badan mak dh kurus sgt. Terasa tulang2. Dalam hati...aku berdoa agar mak boleh sihat seperti keadaan mak sebelum2 ni. Tetapi rupa2nya...itulah peluang terakhir aku memeluk emak ketika mak sedang berdiri kerana kurang sebulan selepas tu....aku cuma berpeluang memeluk emak yg hanya mampu berbaring di katil wad kerana menerima rawatan.

Kenangan bersama mak.....InsyaAllah, tak akan aku lupakan. Pengorbanan, kasih sayang mak...tiada ternilai.

Mak....dulu, di hari ini...kami mengucapkan selamat utk mak...tetapi kini kami baca al-fatihah utk mak, baca yaasin utk mak...semoga mak berbahagia di sana. Tapi InsyaAllah, mak..Al-fatihah tu bukan hari ni saja dihadiahkan utk mak...InsyaAllah...setiap kali selepas solat, setiap detik teringatkan mak...al-fatihah itu cuba kami basahkan di bibir.

Nota ALONA:-
~Usia adalah anugerah. Selagi bernafas...selagi itulah kita berusia. Selagi berusia...ambil laa kesempatan utk menghargai segala peluang yg diberi.

6 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mmg akan ingt smpi bila2 kan kak..

sm la umor arwah mak kak ngn mak saya..56tahun..bulan bday pon sm kan..mak zura klmrin bday dia..

alfatihah utk arwah mak kak...

ibuayu said...

Al fatihah...

nad said...

Sama bday zakwan

Sebak plak saya baca entry ni :/

Alfatihah buat mak akak

mama leen said...

akak.. sedih ni

Anonymous said...

bila rindu sedekahkan al fatihah....

Unknown said...

Alfatihah