Saturday, October 12, 2013

Majlis Mohon Restu

10 Oktober 2013
KHAMIS

Kul 6.45 petang aku ngan abang keluar dari umah nak ke surau MRSM Taiping utk menghadiri majlis mohon restu. Mohon restu dari Ilahi, dari ibubapa....dan dari para guru2 yg banyak berpenat lelah mengajar dorang selama ni. Bkn laa bermaksud sebelum2 ni dorang tak direstui...tapi majlis ni simbolik laa, kan. Tambahan pulak...bila ramai2 ibubapa berkumpul dan solat berjemaah beramai2 ni...anak2 akan terasa laa kekuatan aura yg lebih banyak, kannn..

Sampai2 aje kat situ...alamak...terkejut tgk kereta dh terpakir sampai ke simpang jalan tu dah. Tapi kitorang terus jer...sbb naik kancil kan...........Harap2 ada laa ruang yg leh menyelit.
Alhamdulillah, ada rezeki utk parking kete kecik ni dekat2 ngan pondok bas dpn maktab tu. Jalan menghala ke Taman Suria tu pun sepanjang2 dh penuh kena parking dek kereta bersaiz besar ni, hehe.

Masuk dalam kawasan maktab...tengok dalam surau pun dh penoh. Elok aku amek wudhu'...azan Maghrib berkumandang.
Kalo tak mula solat lagi...mcm biasalah...nampak surau tu mcm dh penuh. Tp bila dh mula berdiri masuk saf...banyak lagi ruang depan leh masuk.

Selepas solat Maghrib...beramai2 buat solat hajat. Kemudian berlangsung bacaan surah Yaasin.
Dah selesai ada sedikit ucapan dari wakil pelajar, wakil muafakat dan pengetua.
Pengetua sedang berucap di depan.
Kemudian, solat Isyak berjemaah.
Masa Isyak ni...aku dpt gi saf depan lagi. Mgkn sebab waktu Isyak ni panjang agaknya. Dorang pikir leh buat di rumah atau di bilik hotel (ramai ibubapa dari luar Taiping bermalam di hotel2 yg mereka tempah sendiri utk dua majlis khas yg memerlukan kehadiran ibubapa sebagai sokongan padu pada para pelajar)...
Semua lipat telekung dh..sebab nak mula sesi bersalaman bersama pelajar2 perempuan. Kaum bapa pulak bersalaman ngan pelajar2 lelaki.
"Doakan saya, makcik..."..."Doakan saya berjaya, makcik"....Kata2 pelajar setiap kali bersalaman ngan kaum ibu2.
Sambil2 bersalaman tu...salawat ke atas nabi Muhammad s.a.w turut dilagukan..
Mmg dh penah lalui program macam ni kat MRSM PH masa along nak PMR 2011 dulu. Jadi, aku dh paham...akan ada yg menitis airmata. Aku kali ni, ok...

Keluar dari surau...dalam ramai2 yg dh ada kat luar tu aku terpandang abang ngan along sedang tunggu aku, hehe.
Along salam mohon restu ngan ibu dia kat situ, ngee.
Amek gambar ngan along berlatarbelakangkan salah satu pokok i-city.
Ooo..abah pun nak bergambar ngan ibu, hihi..
Ibubapa yg hadir dijemput ke dewan selera utk menikmati nasi beriyani kambing.
Pengetua kata...ada ibubapa pelajar yg menyumbangkan 2 ekor kambing utk majlis tu...Alhamdulillah..
Jemput makan..
Malam tu aku bawak balik sebuah beg yg along selalu guna utk pulang bermalam. Sebabnya, keesokan pagi pelajar2 form 5 ni akan terus ke dewan Hotel Taiping Perdana...dan bila dh selesai dari majlis esok...along akan terus balik ngan ibunya ni. Tu sebab beg besar tu aku bawak balik awal. Kalo bawak esok...mana nak simpan beg tu sementara aku nak sampai sana, kan. Dorang dh ler kena pi sana awal.
Surah yaasin yg dicetak khas sempena majlis tersebut.

Nota ALONA:-
~Anak2 balik umah sempena nak sambut Hari Raya AidilAdha 1434H... :)

7 comments:

nad said...

Teringat zaman saya dulu... Ada sorg kawan ni makpak dia naik moto dari sabak bernam ke tepeng semata nak hadiri majlis camni.. Sebak, serius sebak...

Ps: lagi sebak sbb raya haji di perantauan sobs :(

Adriannasyaz said...

Sya pun teringt zaman sya peksa spm dedulu..semoga along cemerlang dlm exam..in shaa Allah

ibuayu said...

Good luck along..x lama je lagi kan

che mid said...

Insyaallah, tengok muka Along konfiden je.. kejayaan akan bertamu nanti..

el said...

teringat ms el skolah2 dulu..mak abah pergi majlis mohon restu ni..mmg aura tu melampau2..n sebak pun ada hehe

alhamdulilah ye kak..rezeki dpt mkn kambing..sodapnyooooooo

Unknown said...

Gud luck along. Smga tenang mnghdpi saat2 exam

wantie said...

Moga Along dapat jawab SPM dengan cemerlang. Haish.. ada dua anak sedara yang bakal menduduki SPM ni...