Saturday, October 19, 2013

Dunia sekarang..

Skang ni bila wujud tablet ni...kebanyakan budak2 dunianya sudah kurang mengeluarkan peluh. Tak seperti sebelum2 ni.
Kalo kat umah...ada yg langsung dh tak keluar bermain kat luar. Tak bermain basikal, tak bermain badminton...dan sebagainya. Ibubapa pun rasanya ramai kot yg suka anak dok dalam umah...senang nak dipantau, keselamatan tidak membimbangkan jika nak dibandingkan dgn bermain di luar.
Satu situasi di sebuah pasaraya..
Sampaikan ikut gi membeli belah pun...si anak leh dok dalam troli ni utk bermain tablet, huhu. Kira dasat ler ni, kan. Sampaikan sebelum memasuki ruang kaunter....mak dia tolak troli penuh barang + anak dia sekali  pun tak leh nak kontrol dan terbabas terlanggar rak yg bersusun green bag tu...hai, anak lah anak..

Dulu masa mula2 nak dpt kaki (mula leh bertatih, berjalan dan berlari)....asek nak jalan aje...Bila dipegang tak mahu. Nak lari sana sini sampai mak pak tak larat nak kejar...

Anak2 aku yg tiga orang tu pun ada laa perangai mcm tu. Kalo dok dalam kereta tu...asek dok ngadap hp main game atau layan psp. Kalo tak main games...dengar mp3 sumbat kat telinga. Kalo dengar mp3..mata mmg tengok luar tingkap...tp tengok luar pun tak simpan dlm kepala. Tu laa dorang ni jenis kurang cam jalan walaupun melalui jalan yg selalu dilalui contoh nak balik Bentong, huhu.. Selalu jer tanya ibu diorang ni..."skang kita kat mana, ibu?...skang kita dh sampai mana, ibu?". Cuma ada laa tempat2 yg dorang leh cam dan tahu lokasi tu kat mana.

Kalo akiss lagi laa...bila hantar dia balik asrama....atau amek dia dari asrama balik umah...naik jer kereta..sembang sket2...10 minit bila aku toleh belakang...tengok dia dh tertido dh. Tau2..jer dh nak sampai asrama atau sampai kat umah dah.

**Tadi angah ada mesej...bgtau...cuti Deepavali dia tak balik dan tak cuti sampai cuti Awal Muharram sbb Isnin tu dorang ada exam. Akiss pun semalam bagitau dia ada exam pada 4hb. Dan Angah bagitau....8/11 dorang dh leh balik utk cuti sekolah ujung tahun. Mgkn utk bg pelajar form 5 lebih selesa pada minggu2 yg memerlukan ketenangan utk mereka menjawab kertas2 SPM, ;)

Nota ALONA:-
~Ibu tetap banyak kerja yg perlu diselesaikan....

9 comments:

Kamsiah yusoff said...

itulah budak2 sekarang,dimana2 ja..sama ja keadaanya...tak mendongak dari gajet2 canggih...tak peduli dunia realiti...
akak pesan awal2 kat anak2...time blk kg,jumpa tok,mak2 sedara..jgn sesekali layan gajet2 tu...nanti mereka kecik ati...

Mar Mansor said...

budak zaman skrg..terlalu asyik dgn gajet..dah x kretif mcm kita2 dlu masa kecik2..

wantie said...

tu la budak budak sekarang. Tapi si Naiim tu kami ajar dia untuk turun ke tanah petang petang at least 1 jam untuk main main. berbasikal ke hape ke.

sebab kalau duk lam umah gitulah. mcm akak citer tu. tabiat bebudak sekarang.

Anonymous said...

gitulah teknologi hari ini !

attyfir said...

aty nasib ler firdaus takde ipad..hp pun biasa je ..jdk takde apa nak ditgk..

ibuayu said...

Tulah susah nak cakap..perkembangan zaman yg ada positif ada negatif

Unknown said...

Itulah ank2 skang dh jadi hamba gadget. Ank sya llki 2 umur 13thn n 11thn tp x denye blikan gadget. Cuma yg sulung je sll curi2 gna hp sya utk bef fb

el said...

kdg2 ibubapa terpksa bg anak2 main hp/tablet tu sbb sng nak jaga..sng nak wat keje..duk diam2..xdelah nak melompat nak berkejaran kan..

tp el bg kat danish main hp/tablet tu time cuti sekolah je..time weekdays mmg xbg lgsg..tgk pun xboleh..:)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

betui kak..
zmn skrg kan canggih..
ikut peredaran masa kan..
tp bab riadah kt luar tu kena buat gk..mgeluarkan peluh kan..
zura lebih suka cm tu..irfan kecik pon sonok bw dia berjogging..haha..