Saturday, October 5, 2013

Bandung - Makan dan panorama

21.05.2013
SELASA

Dah kempes dompet...baru tingat nak layan perut pulak.
Maka, Idah bawak pi makan kat Restoran Ayam Goreng Suharti. Banyak cawangan restoran ni.
Bergambar di depan restoran. Masa ni ujan dh mula rintik2...Cepat lari masuk, hehe..
Dah dok kat dalam....tengok menu.
Hmm...mmg ada hidangan ayam goreng. Tapi lebih best kalo oder set nasik yg disertakan ngan ayam goreng tersebut.
Lepas dh oder...kitorang Zuhur dulu kat musola yg tersedia kat dlm tu. Ada ler 2 orang yg 'cuti'. Jadi, dorang jaga meja tunggu oder sampai, hehe. Dah selesai...tgk hidangan dh pun tersedia kat atas meja. 
Ni set yg aku ngan abg pilih. Tu...air soda gembira yg dorang kata lebih kurang mcm air sirap bandung kat Malaysia. Sebenarnya, sedap ler lagi air sirap bandung kita dari air soda gembira tu. Sebab air soda gembira tu menggunakan air ice cream soda dicampur ngan sirap. Eh, sirap ke?? tak merah sangat pun...ntah ler...tak sama pun ngan air sirap bandung kita. Tak pasti pulak kenapa air sirap bandung kat Malaysia ni dinamakan begitu...
Set nasik kat sini...mmg susah nak jumpa berkuah. Kalo nak berkuah kena pi makan set nasik padang.
Selain nasik di atas tu....wajib ada sambal (sedap sambalnya siap letak dalam batu lesung comel lagi, huhu), ulaman.....dan ayam goreng resepi asli ibu Suharti.
Ayam goreng dia mmg sedap...mmg lain. Tak sama ngan ayam goreng KFC dan ayam goreng segera yg kita penah rasa. Tepung ayam nya rangup...habuk2 tepung dari ayam goreng pun sedap.
Dorang siap jual serbuk tepung dari ayam yg dh digoreng tu dalam bekas ngan harga RM2. Sedap utk diratah2 mcm tu ataupun dimakan ngan nasik.

Walaupun kongsi jer makan nasik 1 set tu ngan abg...tapi kenyang jugak.
Kenapa aku ngan abang tak oder sorang satu?? Kengkonon takmo bagi perut kenyang sangat. Sebab lepas2 tu nak terus gi SPA, dh ditempah oleh Idah sebelum gi sana lagi, :p

Dalam perjalanan nak ke SPA....kitorang melihat suasana seniman jalanan di sana.
Semuanya mencari rezeki dengan mengharap ehsan dari pengguna jalanraya utk memberi mereka duit.
Tiup serunai ngan angin dari hidung...
Menggunakan binatang peliharaan. Monyet ni jilat air hujan kat tingkap van ni...mm..
Penumpang angkutan pun dorang minta perhatian jugak..
Ok, jom tengok situasi kat bawah ni pulak.
Kesian mmg kesian tp pihak berkuasa telah memberi pemberitahuan di papan2 tanda agar pelancong2 jangan layan golongan begini. Ia seperti menggalakkan lagi aktiviti begini.
Idah pun dh pesan...sbb kalo bagi sorang...nanti tetiba aje kena serbu dgn yg lain. Tak tau dari mana dorang datang...
Mmg bahaya keadaan keselamatan wanita ni....
Namun demi mencari rezeki cara begini.....
Tengok laa tu...bahaya dalam keadaan macam tu.
Dia bukan datang seorang...ditemani  mgkn anak lelakinya yg juga sama membuat kerja yg sama.
Itu lah antara senario yg biasa kelihatan di sana.
Selalunya situasi ni berhampiran dengan traffik light. Sebabnya, bila kereta berhenti lampu merah...senang laa dorang nak pi satu kenderaan ke satu kenderaan utk memohon belas.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, bersyukur apa yg ada..

6 comments:

Gieyana said...

Sian depa kan..mmg betui2 miskin..lawak lak tgk yg tiup seruling guna idung tu..:)

ibuayu said...

Akak pun suka ayam goreng sana..

el said...

tulah rmi gak yg pi bandung ritu cerita pasal pengemis jalanan tu..mcm2 gaya ada semata2 nak cari rezeki kan kak..syukur alhamdulilah apa yg ada kt kita ni..
ritu ada bc satu berita mengatakan pengemis kat mn tah..dah mengemis 10taun kat bandar..balik kpg dpt belikan kete mewah kat bini dan buat hotel mewah..perghhhhhhhh hebat x kak..dia benti keje semata2 nak jd pengemis sbb dia tau pengemis dpt duit sebulan lebih byk dr pekerja2 lain hohoho allahualam

wantie said...

sian dorang kan kak. Negara kita ni ok lagi nak jumpa yang gini pun once in the blue moon kata orang..

hahaha... jenuh la dok tiup seruling guna hidung tu. agak agaknya ada tak taik idung melekat kat seruling tu yer. ekekekekek

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kt sn mmg kehidupkan depa byk yg naif kan..

mcm iwan gi yogja gk..mmg ramai cari mkn guna cari ni..seniman jalanan..

Unknown said...

Cdpnya makanan tu. Dh trliur plak