Sunday, October 6, 2013

Hari Sabtu punya cerita

05.10.2013
SABTU

Pagi tu...keluar ke Taiping Sentral. Nak amek kesempatan jumpa angah yg sedang dalam lawatan ngan persatuannya ke Zoo Taiping dan kemudiannya cikgu bagi dorang singgah kat Taiping Sentral dan TESCO. Ada sebab laa aku nak jumpa angah hari tu, hehe.

Tapi sebelum tu...kitorang terus singgah makan nasik kat sebuah restoran..sbb tengok dari jauh dorang dah siap2 lauk utk makan tengahari. Ramai dh pelanggan yg sedang menikmati makanan masing2.
Tengok nama gulai kawah dorang...bukan main!!!
Gulai kawah, sup daging dan sup ayam semua diletak di dalam kuali besar gini di atas api kecil. Menu tu sentiasa panas. Sedap sgt ler bila aku amek sup daging dan membanjirkan nasik yg aku amek tu, huhu.
Kat sini pun ada daging bakar, ikan2 bakar....
Mmg menjadi pesaing kepada restoran2 yg buat hidangan tengahari di Taiping ni.

Dah selesai makan...kitorang terus gi TS (Taiping Sentral)...Angah tak sampai lagi. Masih dalam perjalanan dari zoo ke TS ngan bas dorang.

Kat TS...kebetulan pulak ada Spell-it-right challenge 2013 peringkat awal sedang berlangsung.
Tengok ni kejap sementara angah sampai.
Gambar2 ketika acara berlangsung...
Tak lama tu angah pun sampai.
Aku ngan abang pun sembang2 ngan angah kejap dan serahkan sabun resdung utk dia guna sebagai usaha utk kurangkan resdung dia tu. Nak tengok ok tak angah guna. Kalo ok...aku akan buat buat testimoni sabun tu kat blog ni. Penanda aras kemujaraban sabun tu pada penghidap resdung leh tengok keberkesanan bila angah gunakan nanti, hehe. InsyaAllah...
Jumpa angah jap. Lepas tu dia kena ikut kawan2 dan cikgu gi KFC Tesco.
Aku ngan abang pulak ronda2 kat TS kemudian terus masuk TESCO. Nak beli sos cili, plastik sampah, kicap manis ADABI, beras dan lain2 lagi laa. Dah turun ke tingkat bawah...terjumpa angah lagi, hehe. Dorang diberi peluang oleh cikgu utk gi beli2 barang keperluan kat situ.

Lepas tu...aku ngan abang pun gi lepak lake garden lepak2 kejap cari idea.
Mak kol....mintak tolong beli sesuatu.
Kitorang gi MR. DIY. Beli barang tu kat situ.
Terus pi hantar ke umah mak.

Makan malam kitorang hari tu..
Set kambing panggang..
Nota ALONA:-
~Sabtu/Ahad ni pun takde job luar. Walaupun keje editing byk lagi...tp leh laa nak kuar urus perkara peribadi.

7 comments:

ibuayu said...

Anak bujang akak pun ada resdung..nanti lona cerita ya..ok ke tak

Nad MamaZN said...

Makin ensem dah angah hehee...

Kambinggg...!!! Feveret!

mama leen said...

sedapnya kambing tu.. lapaq la pulak

el said...

fuhyoooo kecuq ayaq liur lah kak tgk kambing ngan jagung tu fevret taw
nti lau akk mkn kambing lg...igt kat el taw hahah kbai

Zura@Iwan said...

wahhh sedapnya tgk daging pggang tu kak..kt mn mkn?

attyfir said...

terliur aty nengok kambing bakar.

tifa anvar said...

Tngk kmbing bakar nie trngat satey kambing kat openhouse tu ari