Thursday, November 14, 2013

Menemankan akiss...

14.11.2013
KHAMIS

Pagi ni kitorang ke sekolah lama akiss....sekolah rendah dia dulu.
Ada jemputan utk menerima sesuatu dari pihak sekolah di atas pencapaian cemerlang UPSR 2012.
Surat jemputan telah sampai minggu lepas.
Mujur laa Akiss pun dh balik bercuti bermula minggu lepas..8/11....Dapat laa dia menyertai majlis ini bersama kawan2 lama dia dulu. Kalo idak, jenuh jgk ler aku nak kena hantar surat mintak kebenaran keluar utk tujuan ni dari MRSM tempat dia belajar...dan kena pi amek dia pulak kat sana, kan.
Alhamdulillah....rezeki aku kerana segalanya dipermudahkan. Syukur. 
Buku aturcara...
Aturcara yg telah disusun..
16 orang penerima pencapaian cemerlang UPSR 2012. Alhamdulillah, semua hadir..
Sekolah ni mmg murid tak ramai. Cuma dua kelas. Ada laa 52 orang murid tahun 6 masa batch akiss tahun 2012. Yg dapat 5A seramai 16 orang. Tu tahun lepas laa.
Keputusan UPSR 2013 tadi...pelajar yg peroleh 5A seramai 12 orang dari 45 orang pelajar tahun 6. Dari segi peratusan...katanya TMGS dpt tempat ke 2 selepas SK Klian Pauh. Convent Kota jatuh tempat ke-3.
Angah bersembang ngan kawan dia masa sekolah rendah dan sama2 sekolah menengah KE sebelum angah ke MRSM Lenggong dan Syafik ke MRSM Taiping.
Bertukar2 pengalaman....Syafik ni pun datang nak tgk adik dia dpt anugerah mcm Akiss jugak ler. Abg sama baya abg....adik pun sama baya adik, hehe..
Persembahan dari pelajar TMGS sementara tunggu utk sesi penerimaan hadiah seterusnya.
Akiss dan Aimi...besfren ni..
Akiss cuma berbaju kurung biasa aje...sbb dia dh cuti sekolah. Kawan2 lain masih bersekolah...jd dorang pakai ler uniform sekolah, hihi.
Kawan akiss yg kini bersekolah di SERATAS...
Kawan Akiss yg bersekolah di TMGS menengah..
Akiss...
Lagi...lagi...Akiss..
Kawan akiss yg bersekolah di SM Taman Tasik.
Bergambar bersama kawan2 dan guru2 yg penah mengajar dorang tahun lepas..
Angah dan kawannya yg lebih tinggi dari dia, hehe..
Malu2 angah bila diusik...hihi..
Bila dh lama tak jumpa...berkumpul semula...mcm ni laa..
Citer tak penah abes2..
Dulu...bersama. Skang sekolah lain2.
Angah sengeh jer bila ibu amek gambar dia, mm..
Yg terpapar di papan kenyataan.
Bila dh selesai majlis ni...akiss nak lepak dulu ngan kengkawan dia kat sekolah tu.
Aku, abang ngan angah gi lepak2 sarapan pagi kat gerai kaki bukit larut.

Kat bawah ni aktiviti akiss ngan kawan2 dia masa aku tinggalkan dia kejap tu..
Gambar di bawah aku amek dari fb Aimi, kawan akiss...
Bergambar ngan cikgu Math dorang masa darjah 6 dulu..
2 budak comey...
Alhamdulillah...
Selesai satu perkara...

**Tahniah utk Ain (anak sedara) dapat 5A utk UPSR 2013...

Nota ALONA:-
~Sabtu ni dh mula keluar menjalankan tugas semula...

8 comments:

el said...

dpt adiah berupa wang tunai ke kak..ke pakej percutian ke luar negara :)

wantie said...

tahniah sekali lagi untuk Akiss. bangga tul jadi akak yer. dapat anak pepandai semuanya.

Gieyana said...

Tahniah utk akiss..dh makin comey dier..:-)

ibuayu said...

Tahniah akiss...makin ayu nmpknya anak dara alona..

attyfir said...

Tahniah akiss, dah makin lawa dah

seronok tgk semuanya cemerlang

Jom tolong Like My Page
https://www.facebook.com/attyfircloset
thanks 

Adriannasyaz said...

Tahniah untuk akiss..semoga smakin cemerlang di masa akan dtg :)

Unknown said...

Rasenya x lambat utk sya ucapkan tahniah utk akiss. Smga terus berjaya. Gud luck

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tahniah utk Akiss..

kalau jumpa kwn2 sure tk habis bercerita kan..

teringat masa sy sek dl..
penah buat psembahan atas stage..hehe