Thursday, January 23, 2014

Alhamdulillah, along dh lulus.

22.01.2014
RABU

Pagi tu...kul 9.30 aku bawak along kuar ngan kancil. Terus ke lake garden tempat semalam. Walaupun along dh ok tapi saja laa aku bagi along buat latihan naik bukit tu. Aku risau kalo masa nak gerak semula lepas berhenti tu enjin kereta akan tersengguk masa ujian depan pegawai jpj nanti, huhu.
Bila buat latihan 2-3x tu...sekurang2nya along tak gementar masa ujian betul2 sbb dia baru jer melalui suasana tu sebelum ujian.
Pemandangan kat SEPAKAT. Redup jer kat sini berbanding ngan 2 lagi tempat baru institut memandu dari syarikat lain yg dh dibuka..
Dah hantar along ke SEPAKAT...aku tunggu jap. Tengok beberapa orang peserta sesi pertama buat ujian bahagian II iaitu parking, naik bukit dan sebagainya kat situ.
Mmg ada laa yg buat kesilapan kat bukit tu. Pegawai JPJ tu tengok...tp bila peserta wat silap...terus jer dia pandang kertas ujian dan menulis. Kat side parking pun sama. Ada sorang peserta perempuan tu tak lepas kat side parking pertama..dia rasa tak boleh...dia buat kat lagi satu side parking tu. Terkial punya terkial...pegawai jpj pun angkat tangan soh berhenti sbb dh lebih dari tempoh masa yg ditetapkan. Alahaiii, kesian tul. Dh laa kat bukit pun ada masalah.
Berdekatan ngan kaki Bukit Larut..
Tapi...utk test bahagian III iaitu jalanraya...ada jgk yg awal2 dh gagal keseluruhan. Baru sampai kat simpang yg ada kon dlm gambar kat atas tu dah kena turun dan pegawai jpj yg dok sebelah keluar dan bawak kereta tu ke tempat permulaan semula.
Ada tu...baru jer keluar dari simpang ada kon tu jugak...belum keluar dari pintu pagar kawasan SEPAKAT ni dh kena turun. Aduhaiii, kesiannya. Along kata...tu kesalahan mandatori. Kesalahan yg akan gagal serta merta dan perlu daftar utk ujian kesian kalinya. Hmm....bila mengulang ni...sediakan aje laa RM80 utk daftar ujian yg baru. Duit lagi...

Aku pun tak tunggu along pagi tu. Risau lak nanti gemuruh dia bila dia tau ibu dia dok tengok kan. Aku pun balik ler umah. Kul 11 along mesej bagitau dia dh lulus bahagian II. Lega rasa.
Tunggu ujian jalanraya pulak. Dalam kul 11.40 cenggitu, along pun kol kata dh selesai dan lulus semua. Alhamdulillah. Lega bertambah...

Aku pun pi amek dia kat SEPAKAT.
Agen kata...esok baru leh wat lesen kat JPJ.

Kat umah...posmen datang bunyikan hon. Maknanya, kena keluar ler tu...kan.
Along pun keluar. Mmg utk dia pun rupa2nya.
Ni...kawan dia masa kat MRSM PH dulu poskan hadiah besday..sebuah figura Monkey D Luffy antara watak terutama yg merupakan watak kegemaran along dalam siri anime One Piece atau dalam komik BM tajuknya Budak Getah..
Elok laa...aksi luffy pun gembira angkat tangan mcm tu. Kena laa ngan situasi along hari tu berjaya dpt lesen D.
Kena biasakan diri bawak kereta utk bagi cekap. Tapi aku tak berani lagi laa lepaskan dia sengsorang bawak kereta. Mesti kena ada aku atau abang.....atau sesape yg mmg dh biasa memandu.

Nota ALONA:-
~Along dh selesai B2 dan D. Angah tak selesai lagi. Praktikal B2 pun baru jer buat satu jam, hahahaha. Aku ckp kat angah...cuti sekolah tengah tahun nanti ler kot baru leh buat ujian. Cuti sekolah bulan 3 nak kena abeskan praktikal dulu baru agen leh booking utk test. Takpe laa angah, pelan2....ye.

7 comments:

nad said...

Tahniah along!
Pasni akak jadi mem dok blkg
Hubby akak plk jd co pilot sbb along plak jd driver
Hehe

attyfir said...

Tahniah along .
senang hati kan ..anak2 dah ada lesen.
aty pun takut nak kasi bdk2 bawak kete..kena ada makpak kat seblh baru leh bawak.kan apa risau..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wahh..
alhamdulillah..
tahniah Along..
nnti bleh la jd driver ibu n ayah dia..hikss..

dpt hadiah lg dr kwn along..
gembira tk along? hikss

Kamsiah yusoff said...

kita yg tumpang senang bila anak2 semua ada lesen hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

senanglah skrg dah ada co-driver baru...

wantie said...

tahniah along . nanti naiim cukup umur nak jugak suh dia ambil lesen siap siap

Unknown said...

tahniah along sbb lulus n dpt hadiah idaman hati