Thursday, October 24, 2013

Minyak burung unta vs minyak lemak unta

Eh...ni sebenarnya bukan perbandingan pun, hihi....
Sj nak citer pasal 2 jenis minyak yg leh disapu di kulit kita ni.
Kebetulan pulak 2-2 dari 2 jenis haiwan...satu unta....lagi satu burung unta, :)

Minyak burung unta
Minyak burung unta ni dh lama dh dibeli. Tapi ari tu terhilang kejap (kat dlm umah jer...biasalah tu, kan..hihi)...baru jer jumpa balik, hehe.. Aku mmg tercari2 mana laa minyak ni. Mmg aku suka tul ngan bau minyak ni. Segar jer. Kalo pening2 kepala...bau minyak ni leh rasa kurang pening tu. Kitorang mmg dh lama tak guna minyak cap kapak dh. Guna minyak ni lebih best. Gabungan minyak burung unta ngan minyak zaitun. Keluaran bumiputera lak tu, kan. Takde ejen kimia dlm minyak ni, hehe. Skang ni apa2hal...dulukan produk bumiputera...kalo takde baru kita cari produk keluaran lain yg disahkan halal.
Leh pi tgk blog ni http://big-birds.blogspot.com/2006/05/pengenalan.html...keluaran dari Lambor Kanan, Parit. Nak beli online pun boleh. Aku ni pun baru jer google pasal ni tadi, hehe...

Minyak ni sebenarnya ayah yg beli kat kedai souvenier masa kitorang masuk DEERLAND kat Lanchang tu. Dah lama dh. Masa tu anak2 aku sekolah rendah lg. RM7 sebotol...produk keluaran dari syarikat yg sama kat atas tu. Ayah bagi aku sebotol, hehe..

Ari yg sama...aku tertampar penyengat yg aku ingatkan nyamuk. Adoii..bisa ler kejap tangan aku tu....terus aku sapu minyak burung unta ni kat situ...Alhamdulillah, jap jer rasa bisa tu.

Minyak ni kalo nak urut aromatherapy tu..elok sgt ler sbb minyak ni mmg bukan jenis panas bila terkena kulit tapi baunya menenangkan. Aku lebih suka minyak ni dari minyak lavender aromatherapy yg aku beli kat mana ntah dh lupa..

Kalo dh abes botol ni...aku nak beli lg satu produk minyak unta keluaran syarikat yg sama iaitu minyak serbaguna pulak laa. Tp mahal sket ler RM25 sebotol sbb katanya ni pati minyak burung unta..hehe.

Minyak lemak unta
Minyak ni pulak rasanya byk terjual kat pasaran kot. Tapi aku ni beli kat sorang ustaz yg keluarkan sendiri produk ni kat sebuah gerai di Pulau Pangkor. Dari lemak unta...
Kalo rasa sakit2 sendi....ustaz tu bgtau..sapu jer minyak ni kat situ. Tak perlu urut2. Tp biasa laa...minyak ni panas sket..

Nota ALONA:-
~Sudah menghampiri penghujung Oktober??? Owh, hari ni abg gaji :)....tp pd kat kakitangan gomen yg dh dpt gaji awal sebelum AidilAdha...kot mana yg pandai bajet utk perbelanjaan tu takpe, kan. Tp dpt pd mereka yg jenis belanja jer pantang ada duit...jenoh weh, nganga laa sampai gaji ujung November nanti....mm..

11 comments:

Gieyana said...

Pestime dgr ni kak...:)

Tu laa..sian hb ai nk tggu gj ujung bln dpn haa...sek bek wife dia keja swasta..so leh tlg each other..:)

el said...

kak..nti lau sy nak kak belikan ok :)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

best gk minyak tu kan..
bleh try nnti..

betui2 kak..sian hb sy sbb kena tggu ujung bln dpn plak gaji..jenuh duk save la tu..tggu wife dia plak dpt gaji ni..cover sket..haha

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tak pernah tengok kedua2 myk tu... akak ni ada gak beberapa jenis myk urut & myk panas kat rumah tu... tp jarang2 sangat digunakan kecuali dah terpaksa sgt... hehe..

Sarah Talib said...

pernah tengok minyak ni...tpi x pernah guna pun...mujarab

wantie said...

minyak burung gut gut pernah dengar la. kalau minyak unta tak pernah dengar lagi.

bau dia best ke kak?

che mid said...

minyak unta yang tak panas.. che abang ai suka la minyak yang tak panas dan tak bau 'busuk' he he.. tau tak satu-satu minyak sapu yang dia izinkan guna ialah vicks ..

Unknown said...

X prnh dngr@ tengk kedua ubat nie.

adam said...

Saya jual minyak burung unta Big Bird's Lamborian, boleh dapatkan online di https://shopee.com.my/adamziyaf penghantaran percuma pos laju.

Unknown said...

Ada stok ke... Lama mencari ni minyak lemak unta

Anonymous said...

bagus minyak ni buat simpan utk kecemasan mana tau bila perlu nanti