Friday, November 1, 2013

Tempat lawatan baru di Melaka...

Info dan gambar ni...kawan aku yg keje kat tourism Malaysia, Putrajaya tu yg bagi.
Ha'ah....elok ler dia bagitau pun...sebab aku ni mmg suka dgr ada tempat2 baru utk dilawati kat tempat yg kita dh penah pi. Takde laa nanti bila pi lagi tempat tu...kita boring sbb nk pi lawat yg sama aje, kan. Lain laa kalo tempat membeli-belah mcm kat Langkawi tu, hehe..

Contoh....macam ni laa...kat negeri Melaka ni, negeri kelahiran arwah mak aku.
Dah ada Hang Tuah Centre...terletak di Kg. Duyung. 7-8km dari bandar Melaka.
Di belakang kawasan tu tempat lawatan kita dulu2 tu...Perigi Hang Tuah, hehe..

Ada apa kat dalam Hang Tuah Centre tu??
Ada satu rumah utama...mcm istana jer nampaknya, kan..
Kat dalam tu ada 2 galeri. Katanya ada auditorium jgk kat dalam tu.
Ni ler bangunan utama tu...
Kat sana jugak ada 5 buah lagi bangunan rumah kayu yg cantik. Setiap rumah dinamakan dengan 5 orang pahlawan bersaudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir & Hang Lekiu. Setiap rumah ada pameran galeri tersendiri.

Masuk sini dikenakan bayaran jugak ye..
Berbaloi kot...kita leh dapat lebih banyak info tentang sejarah Hang Tuah bersaudara terutamanya, kan..
Ni adalah harga tiket masuk yg dikenakan di Hang Tuah Centre. Dewasa RM5 dan kanak2 umur 7-12 dikenakan bayaran RM3 seorang..
Waktu lawatan pulak...dari 9.00 pagi sampai kul 5 petang.
Dibuka setiap hari, ok...
Kawasan ni baru dibuka..jadi mcm panas sket laa sbb pokok besar mcm takde jer lagi, hehe..

Owh, ye.....
Ada lagi satu...
Ada satu tempat penginapan yg baru dibuka jugak..
Desa Balqis di Kuala Linggi...masih di Melaka dan dah bersempadan ngan Port Dickson, Negeri Sembilan.
 http://www.desabalqis.com/House.html
Untuk maklumat lanjut...leh klik kat link bawah gambar di atas tu.
Kat sini pun menawarkan penginapan ala2 kampung...rumah kayu yg pasti menenangkan.
Yang menariknya...setiap rumah penginapan dinamakan seperti rumah paklong, rumah pakngah, rumah nenek, rumah mama, rumah penghulu dan beberapa lagi. Leh pi check sendiri kat link tu jugak, hehe..
Antara pemandangan kat situ.
Kat sini ada kolam renang jugak ye. Kolam renang menghadap laut, tau. Menarik sebab kolam renang ni kat tepi bukit.
Eh, aku dh buat promosi lak kat sini, huhu...(mana laa tau kot2 tokey resort ni bg diskaun lak kat aku nanti, kahhh....gelak besar!!).
Bukan apa...aku tengok kawasan ni (leh tengok kat website dorang)...teringat kat kampung arwah mak kat Melaka tu. Cuma bezanya...kampung mak tu bukan tepi laut laa, hehe. Leh nampak sawah terbiar aje...
Kalo duit banyak dan berani tanggung risiko...leh jer aku ngan adik aku buat chalet cenggini, hehe. Berangan jer laa dulu, kot....kehkeh..

Nota ALONA:-
~Gambar dan info kredit kat sahabatku.....Noreena.
~Melaka tempat kelahiran dan tempat arwah mak dibesarkan. 
~Balqis tu pulak nama anak pempuan aku....cuma kena tambah Z jer kat belakang urup S, hehe..

10 comments:

Unknown said...

Cantik landskap kedua dua tmpat nie

Adriannasyaz said...

Saya duk mlaka tp x smpai lg ke tmpt ni.nanti boleh la try lalu2 snggah :)

el said...

mcm best je chalet tu kak

Anonymous said...

tak tau puh,, nnti leh cuba pg sini !

wantie said...

wah..ni dah kira pakej mempromisikan ni. thanks for the info

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik pemandangan kt desa balkis tu...

nad said...

Wow bestnya homestay tu!

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

thks 4 info kak..
zura ritu gi melaka tk dpt nk jln byk sgt tmpt..

desa balqis tu cantik la tmpt dia...bestnya..

ibuayu said...

Akak tak tahu pun wujudnya tempat2 yg alona cerita...nama je duk melaka...huhu

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.