Jangan tak caya ye....ni mmg nombor giliran utk ujibakat kilauan emas musim ke-4.
Jangan ingat aku yg join ujibakat ni, pulak!!!....hehe. Aku lom cecah umur 40 lagi. Bln November nanti baru 39 tahun...haha..BARU??? bluek!!!
Jadi, sape yg join ujibakat ni??
Cer tengok...ujibakat tu di Zon Timur, kan???
Ni adalah nombor giliran ayah aku, hehe.
Aku ler yg gatai2 soh ayah join tu. Soh ayah cari pengalaman aje. Tapi tak sangka lak ayah betul2 bersemangat nak gi dan berani nak gi mencuba. Lepas2 tu...aku ler yg dok carikan info tentang syarat2 utk join ujibakat tu kat internet. Nak kena ada gambar 3R laa, itu laa ini laa, kan..
Jadi...pada hari kejadian (Jumaat minggu terakhir bulan februari) ayah pun gi Kuantan. Tido sana sewa hotel. Ayah gi sana bertemankan best frennya...siak Nasir, hehe.
Pagi2 Sabtu tu...kul 8 lebih ayah pun gi ler Berjaya Megamall Kuantan utk sesi ujibakat.
Ayah citer....orang punya laa ramai nak mencuba nasib.
Ayah citer itu ini gitu gini. Ayah kata...lepas2 ni....takde ler kawan2 ayah leh kelentong pasal ujibakat ni, hehe. Sebab ayah dh lalui pengalaman sendiri.
Owh, ye...tentu ada yg tertanya2...mcm mana ngan nasib ayah aku dalam ujibakat ni??
Hehe....tak dpt, tak berjaya di peringkat awal lagi. Sempat ler nyanyi 4 rangkap lagu tu atas pentas depan Datuk Adnan Abu Hassan & Ayie sebagai juri tapi diberi tanda MERAH, ngee.
Takde nasib ayah aku ler, kan. Tapi takde ler pulak baru bukak mulut dh kena angkat tanda merah tu....kan. Sekurang2nya...lama jgk ler juri dengar nak menilai.
Ayah aku nyanyi lagu apa??
Lagu Seruling Anak Gembala dari Jefrydin.
Eh, aku ni bkn saja2 bagi cadangan ayah masuk tau...sbb sbg pendengar yg baik....suara ayah kalo nyanyi mmg best. Kawalan low note dan high note tu...sangat baik. Ton suara pun sedap...
Tapi ayah bukan laa kaki karaoke, ye.
Dulu masa mak masih ada pun...ayah cuma karaoke anak-beranak kat umah kitorang ni jer. Dan kekadang di kenduri kawen di atas permintaan anak2 sedaranya. Kalo idak, ayah tak pi pun. Sesaja nak pi serah diri tu...bkn ayah aku ler!!!
Ayah citer...ramai yg dh pernah mencuba 3 musim2 lepas pun datang lagi mencuba utk musim kali ke 4 ni. Yg datang dari Johor...dari Perak pun ada semata2 nak cuba nasib kat zon Timur ni.
Ayah pulak...cukup ler sekali. Bkn serik....tapi dh penah lalui sekali cukup ler.
Ayah pun ok jer. Takde kecewa pun, huhu..
Kita positif.....InsyaAllah, ada hikmahnya.
Tambah pulak...tahun ni ayah menunggu tuah sekiranya dapat naik nama utk menunaikan haji dengan jakim menerusi skim imam dan bilal2 masjid.
Sebenarnya, aku ada gak rasa ralat. Bkn ralat sbb ayah tak berjaya ke peringkat seterusnya walaupun ke peringkat ke-2 tu, tau. Tapi ralat sbb aku rasa bersalah pulak. Tak sangka lak ayah leh ikut
cadangan aku soh try ujibakat kilauan emas tahun ni. Besar jgk modalnya.
Nak gi Kuantan tu mesti kena isi petrol, tol lagi......hotel lagi, cuci
gambar 3R lagi, mm.
Tapi bagi ayah pulak...itu adalah pengalaman.
Lalui sendiri pengalaman yg kita selalu tengok kat tv dah 3 musim
Kilauan Emas saban tahun tu, kan. Dan....ayah leh kongsi cerita kat kitorang dan kawan2
pulak pengalamannya tu.
Tapi tu laa....takde video rakaman dari hp ayah pun masa ayah sedang diujibakat ni. Pakcik siak yg temankan ayah tu pun tak reti nak guna kamera video hp, uwaa!!!
Kalo ada, leh gak kitorang tengok sendiri. Tunggu kat kapsul ujibakat zon Timur dok tayang kat tv tu...takde pulak keluar giliran ayah.
Nota ALONA:-
~Hidup ini perlu lebih banyak berpikiran positif agar tidak mudah nak berburuk sangka.
5 comments:
yang penting pengalaman.
bukan senang nak dpt pengalaman berharga.
wah! :)
ala..tak salah mencuba kak.
tak kesampaian T nak tengok ayah akak beraksi...
tak salah mencuba..
sporting ayah kak alona..
nak gk dia try kan..
tk per kak..ayah kak nak try tu
tp dia perlukan sokongan..
tgk2 kak beri smngt cuba nasib..
tk salah mencuba kan..
teringin juga nk tgk ayah kak dlm ujibakat tu..
tp tk rakam la plak..huhu..
xpelah kak..pengalaman tu lagi berharga...mmg sporting ayah akk
Post a Comment