Perkara ni telah berlaku kat anak pempuan aku di asrama dia.
Masa tu (16 Mac 2014) aku tengah amek gambo pengantin mekap kat butik pengantin....tetiba dapat kol dari akiss. Ngan suara nak nangis, sedih.....memberitahu bahawa kredit hp dia tinggal 0.73sen. Padahal aku baru jer topap RM30 utk sebulan.
Banyak kredit dh hilang tu!!!! Sebelum2 ni takde masalah pun....tetiba kali ni jadi macam tu. Selalunya RM30 tu akiss leh jimat...siap ada belen lagi walaupun dh tamat tempoh sebulan. Akiss ni rajin kol aku citer itu ini tp takde ler sampai bergayut leh abes RM24 kreditnya pun. Nombor dalam aktif10, kan. Bkn banyak pun jejas kalo sembang2 setakat 10 minit 2-3 hari sekali??
Akiss ckp kredit dia mgkn kena curi dari cara share kredit. Tapi mesej dari hotlink mengatakan kredit telah di'share' tu telah dipadam siap2 dari rekod hp. Mesti budak ni dh pakar bab ni.
Akiss citer, masa dia sedar belen dia dh sikit tu....akiss dh check kat log hp. Takde
pun panggilan perbualan tempoh lama telah dibuat, ataupun akiss terklik kol
tanpa sedar.......
Aku tanya...budak sama bilik ke yg dia agak2 curi??
Akiss kata...tak, sebab dlm dorm dia..sorang jer yg guna line maxis. Lagi 2 orang guna celcom. Akiss citer dia dh check baki hp kawan dia yg line maxis tu....baki kredit dia pun sket jer...beberapa ringgit aje.
Sape ler yg curi, ye.
Curi kredit hp anak aku sampai tinggalkan beberapa sen aje?? Tu lom lagi dh ditolak beberapa sen komisen sbb share kredit tu!!!!
Abang cadangkan...gi Maxis Centre.
Aku pun bagitau akiss....takpe, akiss. Nanti ibu gi Maxis Centre...check nombor apa yg telah amek kredit akiss melalui share topap tu!!!
Ada kelapangan....aku pun gi Maxis Centre kat Kamunting ni.
Dorang cuma leh tengok perpindahan kredit aje. Tapi tak leh nak tengok nombor hp yg telah dipindahkan kredit tu..
Kelemahan sistem share topap, ye tuan dan puan2. Sepatutnya, sistem leh rekod nombor apa yg telah dikongsi kredit tu. Bila jadi macam ni....senang nak rujuk. Buat mcm post paid. Dalam bil ada nombor2 yg telah digunakan utk buat panggilan, kan.
Tapi, tak kisah. Aku nak tengok jgk rekod perpindahan kredit tu.
Officer Maxis tu pun baca ler dari skrin dia..."Puan ada topap kredit utk nombor ni melalui Maybank2u". Ok, mmg betul!!!
Pastu dia kata lagi......"Pada 15 Mac jam 1.42 pagi....ada satu perpindahan kredit dari nombor ni sebanyak RM24." RM24!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Licin kredit hp akiss. Songlap abes sekaligus tu.
Awal pagi tu dia buat keje ni. Masa akiss dah tido. Hp letak kat tepi dinding katil sebab nak buat alarm bangun pagi.
Bila aku bagitau akiss pasal ni. Akiss pun teringat. Ada sorang kawan dia dari bilik lain yg katanya janji nak kejutkan dia jam 1.40 pagi utk sama2 buat keje hias utk rumah sukan kat tengah2 asrama. Akiss ckp ler....bkn nak tuduh tapi dia syak kawan dia tu sbb budak tu mmg ada rekod mencuri sebelum ni. Tapi mencuri barang laa....bkn kredit hp.
Bila along ngan angah balik ni...dorang pun tolong ler adik dorang ni nak trace nombor yg telah ditransaksi sejumlah kredit tu. Tapi tak leh. Angah kata...kalo celcom boleh. Maxis tak tau ler ada ke tak. Ikutkan...aku dh gi Maxis Centre tu...tp dorang mmg dh kata tak boleh nak trace nombor yg telah di'share' kredit tu, mm..
Ok....mula dari skang...aku kena ler buat validity utk nombor hp akiss. Abang kata....skang dh leh buat 90 hari ngan RM8 berbanding ngan 365hari sebanyak RM33.
Lepas2 ni topap akiss RM3...RM3 aje. Aku takkan bagi peluang kredit hp anak aku kena curi lagi!!!
Hotlink ni ntah apa2 dh skang ni. Dulu ada jgk youth club...dh tak buat dh. Pastu ada lak buat Pelan utk budak U...pun dh takde dh. Leceh ler dorang ni. Mcm laa bila buat pelan gitu...syarikat dorang tak dapat untong langsung!!
Nota ALONA:-
~Baru ada mood nak citer pasal ni....elok ler kepala tengah rasa berat ni sebab hari ni hari aliran berat, mm..
7 comments:
ye lah lona sapa tak marah kan.
kalau aty pun marah..kot ada hal kecemasan tak dpt dah nk kol.
maxis pun satu.. kejap ada pelan mcm ni..kejap takde..buatlah pelan utk bdk sekolah..budak u jimat skit.
ya Allah... sampai camtu skali!
usahakan la apa2 kak
janji akiss tak terkena lg masalah camni
bukan apa, riso tetiba ada emergency je
try la pakai no lain kak
postpaid yg bleh share beberapa no dlm 1 akaun
ke xde ek? rasa mcm ada
tak sure
kak, andaikata tukar no akiss, jgn kasi dia bgtau kawan2 yg dia pakai line apa
riso jd camni la nnt...
mendidih hati saya baca kak.. yang curi tu tak ingat dosa pahala ke.. sampai macam tu sekali.. kesian mak bapak dia..
mmg geram tu..
curi kredit byk gk tu..
jgn la curi..minta sket share tk per la...
sabar ye akiss dan kak..
pendapat T le kan, sebenarnya maxis boleh je check sape yg syer credit tu. tak logik la tak leh check kan.. tapi dorang ni saja la kan, ibarat kata nak check wat pe..pi mai pi mai pun yang untung dorang jugak..
dorang akan jaga privasi pengguna la konon... sebab tu dorang ambik sikap cakap tak leh cek.
eleh.. dengan kecanggihan teknology tak kan tak leh cek. menda mudah je pun. mesti la duit tu di pindah ke nombor si polan si polan kan... ramai yg dah merungut dengan maxis ni. urusan ngan dorang pun banyak sangat songehnyer..
nasib baik tak pergi lagi tengok kat wayang ...huhu
nti lau jumpa budak tu kan kak suh je akiss perli2 je..kasi hint skit kt budak tu..mcm el buat kat ofismate el ni..dia boleh amek kusi baru el ni ms el tgh sibuk2 bilik sebelah..el dah cam kusi el tu xde tompok2..bila smpai kt meja el..tgk2 kusi tu dia dah tukar ngan el...el pun ckp jelah..sapelah bongok sgt pi curi kusi iols ni..mmg monyet hahahaha" pas2 el bising2lah itu ini lah sekalli ofismate el tu mcm bersalah dia ckp.."lau u nak balik kusi ni..take lah" ha tgk tgk mcm x bersalah je dia ckp kan..huhuhu
bgs jugak kak lona topup RM3 sekali tu..skit2 topup..xyahlah byk2..nti kes sm gak berlaku..pas2 suh akiss simpan lelok hp tu jgn letak kt tmpt org yg sllu npk
bill tepon el kdg2 x smpai RM5 sebulan syukur sgt2 dpt jimat mcm tu :)
Post a Comment